♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label EmOsi. Show all posts
Showing posts with label EmOsi. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Bila aku hilang hormat

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bila aku hilang hormat
Aku lah manusia yang paling kurang ajar
Bila aku hilang hormat
Aku lah manusia yang tak ada hati
Bila aku hilang hormat
Aku jadi keras hati

Bila aku hilang hormat
Aku memang tak peduli
Bila aku hilang hormat
Aku akan mula membenci
Bila aku hilang hormat
Aku tak peduli dengan apa yang terjadi

Bila aku hilang hormat
Aku akan pastikan aku dibenci
Bila aku hilang hormat
Aku tak perlukan sesiapa disisi
Bila aku hilang hormat
Aku akan mula pentingkan diri



Jadi, jangan biarkan aku menjadi manusia yang hilang hormat. Sedangkan aku adalah manusia yang dilahirkan mempunyai hati yang baik [sesekali angkat bakul sendiri tak mengapa]. Jika tidak, aku akan menjadi manusia yang bukan diri aku. Mungkin aku akan jadi serigala jadian. Ngeeeeeee ngeri tak haha..

Mood: Sewel


Friday, March 23, 2012

Berangan dan berangan

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     
 

Selamat tengahari semuaaaaaaaaaa

Berangan itu indahkan? Alangkah indahnya kehidupan ni bila apa yang difikirkan dalam kepala terus menjadi kenyataan. Nah! Mudahnya kehidupan tanpa usaha ye dok. Kalau macam tu tak payah susah2 la bersengkang mata nak cari sesuap nasi kan..

Sesaja nak merepek.

Oke bye



Tuesday, May 17, 2011

Sentap!

No comments:
السلام عليکم
Sentap betul dengan adik Yy Ezzy, tinggalkan Yy kat rumah dan pergi air terjun dengan adik Yy Farhan. Huh!


Setakat air yang cetek begini, tidak menjadi masalah bagi Yy untuk main cepuk2 air. Sentap lagi bila dia tak kejut Yy dan pergi senyap2. Sentap lagi bila kena duduk rumah dan melayan kerja2 klinik yang entah bila nak abis! Waaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, February 21, 2011

Mmmm

No comments:
السلام عليکم
Sesungguhnya sedang berkecil hati...


Babai..

Cemburu ke?

No comments:
السلام عليکم
Tajuk macam sentap je. Tapi Yy tak rasa Yy sentap. Yy tak rasa Yy cemburu. Tapi bila fikir2 memang cemburu kot. Ahahaha. Persoalan yang acapkali berputar dalam kepala Yy;


Macam pelik pulak berperasaan macam ni. Atau statement Yy ni adalah statement ego. Ngeh egokah Yy.? Eh takde la, hanya folow instinct dan juga logic + summary sesuatu perkara. Huhuu

Oke fine, apapun yang berlaku, itu adalah lumrah kehidupan. Tak semestinya berada diatas itu hebat. Tak semestinya berharta itu kaya. Tak semestinya cantik itu ayu.

Adakah Yy akan diingati andai Yy pergi dulu...?

Monday, October 18, 2010

Jatuh Cinta.. Wow

No comments:
السلام عليکم
Lain macam je tajuk Yy ni "Jatuh Cinta". Yy jatuh cinta ke? Hohooo. Benarkah..? Mungkin ye mungkin juga tidak. Hanya Allah je tau kesahihannya. Yang pasti, tidak semestinya jatuh cinta dengan manusia, kadang2 jatuh cinta dengan harta benda, budi bahasa, dan sewaktu dengannya. 

Bila suka, tersengih2 macam kerang busuk. Bila tengok je, malu2 anjing. Bila bercakap je sengan2 silu. Ceh.. Geli lak bila dok cerita pasal jatuh cinta ni. Hahhaa.. Yy bukan manusia romantik. Jadi itu la hakikatnya bila berlakunya keadaan jatuh menjatuh ni. Tapi kan, bila berlakunya keadaan begini, masih geli tak Yy..? 



Hahhaaha tunggu dan lihat aje la

P/s lalalaa

Monday, October 4, 2010

04/10/10

No comments:
السلام عليکم
Aku di situ
Mendengar
Meneliti
Memerhati
Mendalami
Keadaan yang sedang berlaku

Ada aku disitu
Setiap masa yang terdetik
Setiap kata yang terkeluar
Setiap kelakuan yang terpamer
Setiap hilai tawa yang gembira
Ku cuba mendalami keadaan ini

Aku berada disitu
Saat menanti 
Saat berbual
Saat bergurau
Saat bermanja
Aku diam terpaku

Ya, aku disitu
Selama 12jam tanpa kemana2
Kerana aku tahu
Perkara ini akan berlaku

Ku genggam tangan 
Tanda marah
Menggigil tubuh badanku
Tanda geram
Seram sejuk tubuh aku
Tanda tidak tertahan

Masih ku berdiam diri
Terpaku di tempat yang sunyi itu
Tidak mahu kemana2
Tidak mahu keadaan yang buruk berlaku
Yang pasti
Aku seperti tiada hati
Untuk bersemuka dengan mereka2 ini

Sesungguhnya
Pintu hatiku, kian tertutup rapat
Tidak mahu lagi dikaburi 
Tidak mahu lagi aku tempuhi
Garis2 terluka sakit hati

Adakah ini dendam
Atau prasangka buruk 
Terhadap perkara lepas
Tidak
Aku rasakan tidak
Kerana ku merasakan
Aku kian ditindas

Ada apa dengan 04/10/10
Hanya mereka yang tahu
Yang pasti
Diri ini tidak lagi mempercayai
Kerana
Hati ini sudah tawar

Aku ingin menjauhi

P/s Cukup sudah

Saturday, June 19, 2010

Stress ~

No comments:
السلام عليکم


Sedikit stress bila bangun dari tidur pagi ni. KENAPA...

Rambut giler kembang semangkuk

Muka naik jerawat sana sini

Badan dah naik

Arggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh, kenapa badanku terlalu sensetif ni........... Uhukkk pagi2 buat aku nak nanges.....


Terus saya layan lagu ni 



* Walau sebenarnya, takde kena mengena dengan situasi saya pagi ni (--')


P/s Ku dah lakukan apa yang patut, tapi tetap macam tu.. Uhuk

Friday, June 18, 2010

Ring ring ring

No comments:
السلام عليکم


~ Aduh ~ Hish ~ Adeh ~ Alamak ~ 


Perkataan yang mampu saya keluarkan bila TT (colleague saya memanggil saya) ~
"Kak, ada call dari ********" 
Seperti dapat mengagak dari siapa, ye panggilan dari salah satu panel klinik saya (nama terpaksa saya rahsiakan). Mahu atau tak mahu, panggilan itu saya jawab. Seperti dapat merasakan apa yang mahu diperkatakan ~
"Kenapa u, la bla bla bla bla bla bla" ~ si pemanggil dok membebel ~
Saya hanya mampu kata ~ 
"I'm sorry, so sorry, i understand" ~ adeh la, parah hati nak menjawab ~

Hmmmm, macam mana saya nak luahkan apa perasaan saya sekarang ni. Malu..? Sakit hati..? Panas hati...? Entah la, cuma apa yang saya tau, saya tak suka kena bebel pagi. Cehhhhhh mood leh spoil bila pagi2 kena bebel. Tak percaya...? Pergi la tanya Mama saya. Sure2 saya akan tutup telinga bila enjin bebelan start (seperti kurang ajarkan, tapi itu yang saya lakukan) . Tak pun saya akan cakap~ 
"Mula dahhh, ye... Udah le... Ye... Udah le" ~ dengan harapan segera berhenti membebel ~ 

Semua orang tak suka kena bebelkan, ke ada yang suka dengar.. Huuuu

P/s Bukan tak terima bebelan, tapi jangan lakukan pagi2 (--')

Friday, June 11, 2010

Miss U...

1 comment:
السلام عليکم

Miss my Mama...
Miss my Ayah... 
Miss my Brother..
Miss my Soul...
Miss my Angel...
Miss my Baby...
Miss my Dear...
Miss my Babe...
This song for U... (",)
Thank U for everything...



P/s Sangat rindu

Nak Menjerit Rasa ~~~

No comments:
السلام عليکم

"Lagenda Budak Setan" 
Dah keluar panggung,
Best tak...?
Sama macam novel tak..?
Nak tengok sebab pernah baca novel ke..?
Pasal artisnya ka..?
Lalalaaa..
Yang pasti nak tengok,
Tapi bila..
Aku sangat2 sibuk dan penat,
Cari masa..?
Yerp perlu cari masa..
Hahahaa..



P/s Aku penat!!

Tuesday, April 6, 2010

BABY maafkan I..

2 comments:
Terluka,
Hanya itu yang mampu aku katakan,
Pedih sangat2 sakit bila jadi macam ni,
Tanpa sengaja, 
Aku lukai DIA,
Tanpa mahu,
Aku sakiti DIA,
BABY,
Maafkan I,
Tidak sengaja untuk I lukakan U,
Sungguh jauh disudut hati I mahu lukakan U,
I sendiri tak tahu macam mana boleh jadi macam ni,
Sungguh bukan silap dari I,
I sendiri tak sedar bila jadi macam ni,
BABY,
Ampun kan I,
Jangan marah I lagi,
I janji tak akan ulangi lagi,
Walau silap itu bukan datang dari I,
BABY I SAYANG U...

Kalau aku jumpa malaun yang calarkan BABY aku ni, aku balas dengan lebih dasyat )*&^%$#$%^&*

P/S Unnessersary expenses :(

Thursday, March 25, 2010

R.I.M.A.S LA WOI!

No comments:

Sungguh merimaskan, bila sedang sibuk membelek paperwork yang bertimbun2, telefon berbunyi. Bila berlari2 anak mencapai ganggang telefon itu, yang memanggil tadi meletaknya pulak, atau tak bercakap. Sekali dua kali ok la kan, tp kalau berpuluh2 kali, tahap temperature aku mula meninggi. Setinggi KLCC...? Atau mungkin lebih dari itu. Kemarahan mula menebal, timbul rasa benci. Sangat2 benci dengan ketidak fahaman bahasa yang pernah aku warning sebelum ini. 

Kalau orang datang menyinggah blog aku ni, mesti diorang dok cakap, "N3 dak ni, asyik marah2 meluat2 je". Hah untuk pengetahuan aku pun menyampah nak menulis, nak bercerita tentang hal yang sama. Dan lagi rimas kalau perkara yang sama berlaku. Apa, aku tak leh nak hidup aman...?

Kalau sebelum ni, aku bukan merayu, tapi mengharapkan keadaan kembali seperti biasa. Satu persatu langkah aku cuba untuk merapatkan hubungan itu. Cukup takat 3 kali mencuba, tapi satu pun tiada balasan. Dan cukup aku faham, rasanya tak perlu lagi untuk aku meminta2 dan berusaha. Kenapa tidak kau duduk diam2 dan jangan kacau2 aku lagi kan? Cukup apa yang dah dan pernah berlaku. Lupakan. Bolehkan...?

Kau boleh ingat aku sampai bila2 tiada paksaan...
Kau boleh terkenang2 tentang aku bila2 kau suka...
Tapi jangan kau harap aku akan buat macam mana kau buat...

P/s Muka aku da tebal sangat kat tempat aku ni, gara2 perangai kau... Sure lepas ni SMS tak putus2 sampai... Haish

Monday, March 15, 2010

S.I.B.U.K... (",)

2 comments:
Sibuk....
Title aku untuk N3 kali ni...
Sehinggakan takde masa untuk mengupdate blog aku...
Kenapa takde masa...?
Aku dok kejar claim yang pending berbulan2 lamanya...
Kenapa pending begitu lama...?
Terlalu leka melayan karenah orang2...
Siapakah orang2 tu...?
Hamba2 ALLAH yang aku rasakan cukup sempurna sifatnya...
Sempurna ke...?
Sempurna, bijak sangat dan comel2 belaka(",)...
Mereka yang pernah singgah dalam kehidupanku...
Kini, berkat usaha aku sendiri...
Aku berjaya ubati lukaku sendiri...
Yang terluka dengan keadaan sekeliling...
Terluka dengan sifat orang2...
Aku biarkan sahaja mereka2 terus melukakan hati aku...
Kekuatan mula menguasai diri aku...
Semangat mula menyelimuti tubuh aku...
Ketawa mula terukir diwajahku...
Tiada lagi parasit (aku harap begitu la)...
Tiada lagi gangguan (macam ada lagi je)...
Tiada lagi busuk hati (masih tinggal lagi sisa2 itu)...
Yang mampu aku lakukan dari jauh...
Ku doakan mereka2 bahagia...
Walaupun mereka2 tak mahu aku hidup bahagia...
Ku tetap doakan yang terbaik dalam hidup mereka...
Walaupun mereka2 mahu aku jatuh dalam segalanya...
Sejahteralah hidup mereka2 tanpa kau lagi...
Benar... Segalanya telah aku ketahui...
Kepercayaan itu tiada lagi untuk mereka2...

P/s Jaga diri kamu2 baik2 okay... (",)

Friday, February 12, 2010

5 Tahun Sudah

2 comments:
Hari ni, 12 February 2010. Hari ni juga, genap 5 tahun aku dengan Dato'. Dan selama itu la, satu persatu dugaan datang. Dari satu cerita, ke satu cerita aku dapat dan aku dengar. Seronok bila aku tau, semuanya cerita aku

Hubungan aku yang pasang surut dengan ***** pun jadi perbulan hangat. Yang penting 5 tahun ni juga, aku menunggu sesuatu yang tak jatuh2. Ye la bintang mana boleh jatuhkan. 5 tahun ni juga, seorang demi seorang dok tanya aku, bila lagi. Fahamkah mereka akan situasi yang aku hadap selama ini...? Perlu kah aku bercerita secara detail, apa yang terjadi. Tak perlu kerana takde kena mengena dengan kehidupan orang lain. Aku yang lalui aku yang tahu apa terjadi. Orang lain tak perlu nak jadi penyibuk atau tukang selamat dalam kehidupan aku. Sesungguhnya, telah aku baca kebusukan hati sesorang itu.

Aku berubah ke..? Berubah ikut masa, itu perlu orang tau. Hai.. Tak abis lagi rupanya. Cukup2 la pada yang busuk hati atau kurang senang dengan aku ni. Sudah2 la tu. Jangan banyak sangat bercakap, kena batang hidung sendiri kan ke malu. Orang keliling da leh baca la. Aku mungkin jahat la pada pandangan orang, mulut mugkin manis. Tapi balik n fikir sendiri la aku ni level yang macam mana. Sekurang2nya aku da tau hala tuju aku.

5 tahun macam2 leh jadikan. Dengan dugaan aku yang memang tak lepas2. Huh busuk sungguh hati. 5 tahun ni juga, hati aku masih padanya. Walau luaran aku, lain rentaknya. Kata apa lagi aku nak cakap. Kata apa lagi untuk aku lagukan. Masih belum sedar...? Aku biarkan lagi dia terleka dan hanyut dengan jalan yang dia pilih. Mungkin aku yang salah. Tapi pernah tertanya tak, mungkin kau...?

Aku biarkan perasaan dan keadaan yang berlaku ni, terus berlalu. Orang selalu nasihatkan aku "CUKUP2LA BAGI ORANG LAIN PIJAK PERASAAN KAU". Aku hanya mampu tersenyum..

P/s Luaran bukan cermin utuk dalaman... (",)

Friday, January 29, 2010

... Sigh

No comments:

Tik tok tik tok... Jam kat tangan dah pukul 8.41malamKalau korang tengok N3 sebelum ni, aku ada bercerita tentang Plan BBQ, yakni Plan A. Sampai ke hari ini, takde jawapan pada yang berkenaan. Ye mungkin sebelum ini, perkataan TIDAK JANJI, INSYALLAH, da menunjukkan keputusannya. Tapi, apalah salahnya, membazirkan waktu untuk seketika, bagitahu "Maaf tak dapat nak follow". Apa la pulak ruginya untuk mengconfirmkan (aku pun tak pasti la ayat ni ada atau tak, kalau takde aku minta maaf eh) bahawa memang tak dapat nak join. Bukan satu paksaan, tapi apalah salahnya, jangan bagi orang lain tertunggu2, berkira2, atau mungkin tercari2...? Sigh (-_-"). Mana pergi perasaan masing2 aku pun tak tahu la. Lupakan perkara itu, memang aku tengah kecik hati. Pada siapa... Pada siapa2 yang terasa akan hal ini. Tak terasa, lantak pi la. Malas nak pikir banyak.

Jadi, dengan hal yang last minit ini juga la, mana yang da tukar cuti, mana yang telah susun jadual aktivi, terpaksa plan benda yang lain. Iaitu, Plan B tapi nak kemana? Masing2 da pecah otak. Yang sana tanya aku, yang sini tanya juga, yang sinun lagi. Semua plan jadi kucar kacir. Aku paling tak suka keadaan ni. Nasib baik juga tak berhabis beli barang2 untuk Plan A yang terancang terlebih dahulu. Kalau tak membazirkan. Nasib badan kena macam ni. Frust... Memang aku frust... (-_-")

 Nak Plan apa ni...?

P/s Nak kata apa lagi... Cukup la

Thursday, January 28, 2010

Kecewa Aku Kerana KAMU..

11 comments:

Tewas lagi... Jatuh juga airmata ni... Setelah sekian lama menahan kecewa... Sakit lagi hati ini.... Bila sekali lagi terasa... Hancur rasa hati ini... Bila aku terkena... Kenapa... Mengapa... Aku biarkan sahaja... Benci dengan keadaan ini... Dalam kesedihan... Aku terima sajak... Sajak dari seseorang... Yang rapat dengan aku... Jom baca...

Butt3rfly ...
Jangan menangis
Jangan bazirkan air mata 
Dari mata cantikmu itu
Air mata bukan hanya untuk kesedihan

Tapi simpan juga untuk kegembiraan
 

Butt3rfly ...
Jangan menangis
Senyuman kamu sangat manis 
Hilai tawa kamu buat aku bahagia
Ketawa la kamu
Supaya aku gembira dan juga ketawa

Butterfly... 
Jangan menangis
Lihat disana
Masih ramai yang menyayangi

Lupakan sahaja
Kesilapan yang lalu jangan diulangi
Perkara yang sakit jangan diingati


Butt3rfly...
Jangan menangis
Aku... Mereka tetap sayang kamu
Hargai kamu sepertimana kamu 
Walau di mana saja berada

Butt3rfly...
Jangan menangis
Nanti bila kita jumpa
Aku nak buat kamu ketawa

 Akan aku cuba sepenuhnya

Butt3rfly... 
Jangan menangis
Gantikan tangisan itu dengan senyuman
Agar dapat mengubat rawan 


TERIMA KASIH ABIL 

P/s Aku kecewa dengan siapa...?

Saturday, January 23, 2010

Perasan ke Tak...

2 comments:

Perasan tak....
Kadang2 apa yang kita buat itu menyentuh perasaan orang lain...

Perasan tak...
Setiap kelakuan kita diperhati...

Perasan tak...
Apa yang kita lakukan selalu jadi persoalan...

Perasan tak...
Yang kita ni selalu lakukan kesilapan...

Perasan tak...
Siapa orang disekeliling kita...

Perasan tak...
Siapa je disisi kita...

Perasan tak...
Bila kita diperlukan...

Perasan tak...
Siapa yang benar2 sayang kita...

Perasan tak...
Niat seseorang tentang kita...

Perasan tak...
Kesungguhan seseorang dalam hidup kita...

Perasan tak...
Siapa kawan...

Perasan tak...
Siapa lawan...

Perasan2kan tentang semua itu. Jalan leka sangat dengan apa yang ada...

P/S Setiap kejadian ada sebab...

♥ Aurora Follow3rs