♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Sibling. Show all posts
Showing posts with label Sibling. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

I-City Shah Alam

No comments:
Berjalan2 di I City...
Meh layan gambar je la...
Hehehee...

Mereka yang menemani (",)

Aksi dan aksi (",)

Ej, Yart, YenYen (",)

Ada sesiapa perlukan model (",)

Lagi2 model akan datang wahahaa (",)

Aku yang memang suka bab2 pose nih (",)

Bodyguard aku huhuuu (",)

Selalu ada (",)

Bila da sengal (",)

Cepat2 dah nak tutup (",)

Penutup, dengan si merak (",)

Nak cari makan, makan western food. Jom pergi Big Foot.

P/s Lain kali nak pergi lagi...

Thursday, January 7, 2010

SeBenarNya...Dia RINDU

2 comments:
Semalam, aku balik kerja agak lewat. Kalau tak silap aku, dekat 12 tengah malam baru aku balik. Kenapa yea, aku bukan nak berlagak bagus. Tapi bila melihat stor ubat yang bersepah cara susunnyer, membuatkan aku rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Lagipun da memang kerja aku, walau sepatutnya ada orang lain yang bereskan, bila da kena tendang, pending lagi dan aku juga nak kena settlekan (-_-').

Sampai rumah, Dato' da tunggu aku untuk makan malam. Sian dia menunggu aku. Aku soh dia makan dulu tak mahu. Nak makan dengan aku katanya. Tengah2 makan... Dengan senyuman bermakna dari mukanya yang dah lama aku tak nampak lahir dari bibir kecilnya itu...

Dato' : Tadi saya dapat sms.
Aku: Sms? Sms apa...?
Dato: (",)
Aku : Senyum pulak. Lain macam je awak ni...?
Dato' : ****...
Aku : Owh... Kenapa...?
Dato' : Dia nak amik raket dia, tapi dia nak ambil kat kedai (",)
Aku : Bagi je la barang dia kan. Awak sendiri cakap itu barang kesayangan dia.
Dato' : (",)
Aku : Muka awak ceria... Awak rindu diorang kan. Atau mungkin dia nak amik kat kedai sebab nak makan sekali kowt. Diorang pun rindu masakan awak kowt. Diorang datang layan baik2 yea. Yang dah lepas, lepas la..
Dato' : Memang saya akui saya rindu diorang.
Aku: (",)
Dato' :  Kalau diorang datang cara baik, saya akan ok dengan diorang. Tapi kalau diorang datang ambil raket dan pergi, saya tak leh nak buat apa. Kalau saya je yang beria2, diorang takde apa. Buat apa kan.
Aku : Mengalah tak salahkan. Hal lama...

Aku tengok matanya berair. Mungkin sebak didada tak terluah. Aku biarkan saja dia dengan perasaan dia sendiri. Mengenali dia, dia tak suka nak bercerita dengan sesiapa. Melainkan da penuh dalam dada tu, baru la nak bersuara. Aku juga tahu, hidup dia sunyi tanpa mereka, walau dia tak mahu mengakuinya.

P/S Bukan minta simpati sesiapa, kadang2 apa dalam hati mungkin tak terluah dengan kata2...(",)

Wednesday, August 12, 2009

JaLan2 Cari PaSaL

No comments:
Malam minggu aku pusing satu DANAU KOTA tok cari barang. Takyah la aku bagitahu barang apa ye. Balik dekat pukul 5.00pagi. Mana aku pergi Ahad yang lepas ek... Ala semalam la kan. Dipendekkan cerita, Ahad aku kerja. Sedangkan bangla pun cuti (meminjam perkataan kawan2 aku, bila ada yang kena kerja hari cuti) Kenapa aku kerja? Aku nak menyiapkan kerja2 yang pending, pending, pending. Dalam pada itu sambil menyelam minum air la. Sampai kembung aku minum air tau. Ahaks. Pelikkan. Apa yang aku selam, biar aku sahaja yang tahu. Tak leh nak share... Sorry....

Ej, Amy n Me. Ready for jalan2..

Sorry Cik Amy, tunggu aku dekat 2 jam pasal, aku balik lambat dari klinik. Tiba2 ada emergency plak... Sorry sayang... Biasa la camera sentiasa ada dalam beg, so snap...snap..snap... Sampai2 terus makan dulu kat PENANG CAFE. Lapo, sampai lupa nak snap kat situ. Huhu. Memang ada plan nak kuar jalan2, jadi mana aku pergi ye. Aku yang da lama tinggal KL ni, belum pernah jejak kaki ke THE CURVE, jadi ingin merasai kenikmatan (ceh kasi gempak ayat sikit) merayap kat situ. Biasa pergi block sebelah je IKEA. Kali ni nak merayap kat THE CURVE pulak. Wahahaha.. Cari apa ek. Aku ni simple je orangnyer. Rasa tak penting aku takkan kuar RM. Takat jalan2 cuci mata tu, memang la aku suka sangat2. Lihat perkembangan semasa. Tapi kalau ada yang berkenan, benda itu akan menjadi target... Hehehee aku da ada 3 target. Aku akan dapatkan dalam apa jua keadaan. Huhu apa 2 target itu... Handbag, perfume dan handphone (handphone tu takde la aku survey kat situ). Harap2 dapat la kan.. Insyaallah... Sempat lagi bergambar bila Cik Amy nak mencari barang untuk hubby dia...

Masa ni kat Metrojaya, Curve. Huh.. Nasib baik ada tempat duduk tau.... Penat + mengantuk sebenarnya. Lalalalaaa
 
Cik Amy n Me, sempat lagi tau...  
Pusing satu CURVE yang dicari tak berkenan dihati. Sampai kasut aku da makan kaki aku. Ish, susah tol aku ni nak serasi dengan kasut sarung. Tak pasal2 bazir duit, beli selipar. Huh. Sambung2 cerita. Jadi ambil keputusan untuk pergi ke block sebelah, IKEA. Da pusing satu bangunan (hehe macam real je nak pusing satu bangunan) akhirnya jumpa yang berkenan dihati Cik Amy. Sudahnya, kami singgah makan karipap. Sementara menunggu si pembeli pergi beli sempat lagi pose sebagai bukti perjalanan. Lalala
Muka aku da penat... Tak cukup tido tau.. Bincang punya bincang nak kemana destinasi seterusnya, kami amik keputusan lepak kat WIP tempat SHAM kerja. So Pergila kami kesana. Uih mata aku saat itu amat la berat sekali. Curi2 tido dalam perjalanan ke sana. Dapat tido best tau....
 
Kalau datang sini tak sah kalau tak order air ni. Hehehehe
 
Sementara tunggu makanan sampai aku punya camera kan, pose lagi... Jangan marah
   

Pertemuan yang tak dirancang, jumpa pulak Cik Gyena kat sini... Comel je Cik Gyena ni, Aku rasa da macam gergasi dah kalau jalan dengan dia. Ahaks

Kebetulan jumpa mereka ini, so kita duduk satu meja. Untuk sesi suai kenal la... Makanan da sampai. Serang...
 
Sham n Cik Amy... Sweet couple Jam da pukul 12.00 malam, kepala aku da sakit, migraine aku da datang da, jadi aku minta dia dulu. Aku nak hantar Cik Amy balik dulu. Jumpa lagi ye Cik Gyena.. Hehehe Ok itu sahaja.. Jumpa lagi N3 seterusnyer ye.. DAAAAAAAAAAAA  

P/S Sayang I LoveU

Tuesday, July 14, 2009

SepErti yAng aku Janjikan

No comments:
Aku da tunaikan apa yang aku janjikan...
Hehehheeee... Berapa kali tiup lilin Cik Amy...? Tu aje... Takde cerita. Plan malam ni nak masak. Da lama tak masak... Nak masak apa ye... DAAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, July 13, 2009

Naili's PlaCe

No comments:
Happy Monday everybody....Wah... Walaupun asthma datang menyerang kehidupan aku sekarang, yang pernah singgah dalam kehidupanku ketika suatu zaman kanak2 ku dahulu, yang da bertahun2 hilang, datang balik tanpa aku undang, aku tetap ceria pagi2 ni. Uish... Sekali datang menyerang da macam hujung nafas kehidupan da. Huh... Sesak nafas aku dibuatnyer untuk mengarang ayat diatas. Baik la reader's kesayangan aku yang sudi membazirkan waktu untuk membaca setiap karangan yang ada dalam list2 aku ni, aku nak story pasal aktiviti aku pada malam minggu yang lepas.... Jom hayati bait2 cerita seterusnyer. Wahahaa
Balik je kerja, aku terus siap2. Ready2 tok satu celebration yang aku buat, sehari sebelum majlis. Ha... Semuanya last minit tau... Jam kat dinding da pukul 10.30 malam. Aku masih lagi bersiap. Tengah siap2 KROL n SHAM baru nak gerak dari Sunway menuju ke Sentul. Dalam hati ni da marah sangat2 pasal booking pukul 11.30malam. Kalau tak, tempat yang aku booking tu kang kena duduk dek orang lak. Sempat ke nak sampai sana aku sendiri kurang yakin. Ye la hari sabtu malam minggu KL kan macam sardin dalam tin. Sana sini da tentu2 jem gile. Lagi2 SHAM yang aku kenali, memang suka mengikut jalan yang mengarut2. Elok2 tempat tu dekat. G jalan yang jauh2. Da tu pulak, aku kena lak amik si AMY kat Subang. Lagi aku angin. Aku soh turun kat Pyramid je senang nak g amik n terus jalan, tapi nak ke Subang la pulak... Sabo je la aku menjadi seorang yang beriman... Takpe2 dugaan tu.... Moh layan pic. Tak banyak yang leh aku story pasal bising. Jiran aku wat renovation kat sebelah.... Jom

Ni la tempatnyer....

Ni la kek untuk AMY yang hampir cair.... Dugaan banyak sangat... Sorry aku janji aku ganti yang baru ok...

Wajah befday girl...

Semoga panjang umur ya...
 
Kami adik beradik yang nakal punya idea...

Sentiasa ada....
 
Kesayanganku... Da lama tak jumpa diorang ni...
 
Dan wajah2 yang sudi meramaikan majlis yang cukup sempoi malam tu...
 
Friendship never ending ok... Settle makan, habiskan tenaga dan duit kat danau kota. Takde apa yang aku leh beli pasal kedai hampir tutup. Da lewat sangat aku kesana. Ok la... DAAAAAAAAAA

Wednesday, May 20, 2009

KaMi BeNaR2 KeCeWa...

2 comments:
Morning READer's... Hari ni, aku mulakan hari dengan begitu malas sekali. Mana takknya, pukul 4pagi baru tido, jadinya tak cukup tido la. Apa yang aku buat sampai 4pagi... Baca sampai habis tau.. Aku bagitahu kenapa...

Hari ni merupakan ulangtahun SHAM yang ke-23 tahun. Siapa SHAM, housemate aku. Jadinya, seperti biasa aku merancang untuk meraikannya. Mungkin juga salah aku, tapi patut ker itu balasannyer. Pada mulanya, aku merancang untuk buat kejutan untuk SHAM. Dimana kami semua [harap faham siapa yang aku maksudkan] akan ke tempat kerja SHAM dengan membawa sebiji kek. Tapi, bila difikir2 balik, time orang kerja, takkan nak ganggu. Jadi cadangan itu dibatalkan. Mula la aku plan last minit. Aku sms SHAM minta dia balik awal. Tapi dia hanya boleh balik pukul 1pagi. Takpe la kami tunggu. Jadi, aku fikir, walaupun tak meriah mana, hanya sekadar keluar makan sama2, itu sudah memadai bagi aku. Aku sms pada semua yang aku rasakan perlu. Risiko yang aku dapat, SHAM belum tentu akan balik tepat pukul 1pagi. Dan perkara itu telah aku maklumkan pada siapa yang terlibat. Aku faham masing2 ada komitmen. Itu semua takde hal bagi aku....

Memandangkan dorang balik awal, aku minta EJ ngan JESZ pergi beli kek. Terima kasih kerana sudi membantu aku runner kek. Seperti yang aku jangka, ARY>NORT>BABY>JAI tak dapat nak join. Yela aku pun faham, da lewat. Aku pun tak paksa diorang join. Asal aku da bagitahu, itu da cukup. Segalanya terpulang. Jadi, kami tunggu SHAM balik sampai pukul 1.30pagi, dia tak balik2 lagi. Perasaan hampa tu sedikit sebanyak menguasai diri....

Tunggu punya tunggu kami semua da lapar. Kami ambil keputusan untuk kuar makan je, tanpa tunggu SHAM balik. Jadi AKU, EJ , JESZ, KROL pergi makan kat NARIZA. Berjalan kaki ramai2. Best gak jalan kaki malam2 ni. Jam da pukul 2pagi. Sedang kami dok sibuk menjamah makanan [maklumla da lapar] aku dapat sms dari SHAM. Bunyinye...

SHAM : Suruh balik awal, tapi sorang pun takde kat rumah".
Aku : Selamat Hari Jadi SHAM, kami tunggu SHAM sampai pukul 1.45pagi tapi SHAM tak balik2. Kami ada beli kek untuk SHAM. Ingat nak makan sama2, tapi takde rezeki kot. Kami kat NARIZA datang la sini.
SHAM : NARIZA kat mana? Malas la. Penat. Thank's a lot.

Aku tersentak. Sms tadi tak aku jawap. Sedihnyer aku hanya tuhan je yang tahu. JESZ ngan EJ da berubah muka menahan marah. AKU n KROL hanya mampu memandan satu sama lain. Kecewa.... Memang SHAM da banyak berubah....

Sampai rumah, jam da menunjukkan pukul 2.45pagi. aku nampak SHAM tengah makan magie. Lapar agaknyer. Aku terus masuk bilik, capai towel nak mandi. Panas... Panas hati dan juga cuaca. Settle mandi, KROL kuarkan kek. Pada mulanya, kami memang tak mahu kuarkan kek tu. Tapi, kerana sayangkan hubungan yang dah macam adik beradik ni, ego kami buang. AKU, EJ, KROL, JESZ da pun duduk kat luar. Sambil KROL panggil SHAM berkali2. SHAM masih baring kat tempat dia. Sedih giler. Sekali lagi kami panggil. Tapi nak tahu apa yang SHAM jawap. "Takpe la, aku penat da kenyang". Apa perasaan korang...? Sekali kami kami panggil, dengan mengeluh, SHAM bangun dan potong kek tersebut. Aku pandang yang lain2. Masing2 kecewa. Ya memang kami kecewa sangat dengan perangai dia. Di suapakn kami semua, "Thank Semua..." Dan dia balik ketempat dia semula. Sudahnyer, kami ber-4 potong kek tu beramai2. Apa perasaan korang...?

Settle je makan aku terus masuk bilik. Da sakit hati, apa yang korang nak buat lagi...? Aku tak bercakap dengan EJ pun. Masing2 dok layan perasaan kecewa dan marah dalam hati.... Ni la rupa kek yang kami beli untuk SHAM....

Jumpa lagi... DAAAAAAAAAAAAAA

KAMI TIDAK MINTA DIPUJI, CUMA HARGAI SEMENTARA ADA WAKTU...

♥ Aurora Follow3rs