♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Frendz. Show all posts
Showing posts with label Frendz. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Tadom Hill Resorts: CNY treat chill and relax #gagapingcrew

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Let's have some fun!!!

Yeah time to chill and enjoy our day. Memandangkan we'olls cuti, makanya we set a date early and make our reservations at Tadom Hill Resorts on this days 8-9 February 2016. Memandangkan ianya cuti umum, so memang awal lah aku booking. Kalau tidak mengangalah nak beratur. Lagipun we plan untuk stay one night, nah booking awal tu sangatlah digalakkan. Tempat ni masih panas dan menjadi viral, sooooooooo let check it out apa yang best kat sini.


We datang as a group, as a family. Yes yes ramai tu kan jadinya, aku pilih untuk ambil tent dekat dengan lakeside. Ramai tunggu rate eh? Harga tu, masa aku pergi tau. Sekarang ni mungkin dah naik or mungkin dah turun, so uolls kena juga check it out dengan pihak management. Nah! Seperti dibawah

- 2D1N Stay for 1 Lakeside Tent with 2 pax breakfast for children + day pass - RM134.00
- 2D1N Stay for 3 Lakeside Tents with 6 pax breakfast + day pass - RM420.00
- 1 LakesideTent for 2pax

Hehe, kasi up muka sendiri larh

Actually, ada banyak pilihan/jenis untuk uolls stay. Ada Bamboo Hut, Hammock Spheres, Gendui Chalets, Bamboo Garden Tents Site, Eco Tent Site, but we choose Lakeside Tent. Free free korang pergila tengok website dorang okai! http://tadomhillresorts.com/

Apa lagi kemudahan yang ada kat sini?

 Shower room

Jangan risau ada tempat mandi tau. Yang ni aku up dulu sebab aku sejenis orang yang kena mandi. Selain dari itu takyah nak terasa rungsing, fikirkan mana nak salin baju bagai. Nah sini selamat, siap cover segala ruang yang ada tu. Tapi, pandai-pandai la juga bawa diri ye kawan-kawan, jangan nak membulat sangat kat dalam tu (erkkkkk korang faham kan maksud aku?) 


Eh korang jangan risau juga, shower room lelaki dan perempuan asing. Jangan main redah je.

Toilet

Ok next, tandas dan shower room berlainan ye kawan-kawan. Jadi giler selesa lah kalau nak memerut lama-lama kat dalam ni. Tak berebut lah kiranya, mana yang nak mandi atau mana yang nak menunaikan hajat.

Musola / surau

Tempat solat pun ada, selesa dan tenang.


Cafe

Kalau datang under package, breakfast disediakan, buffet style. Makanannya, boleh la so so aje. Tapi kalau rasa nak makan/kudap-kudap saja-saja sebab nak isi masa lapang, baik lagi kalau uolls bawa makanan sendiri. Harga makanan kat sini agak pricey sedikit.

BBQ pits 

Boleh bawa makanan sendiri, tapi pits kena sewa dengan THR. Diorang pun ada sediakan marinated BBQ sekali dengan arang. Agak mahal dalam lingkungan Rm 200-300 kalau tak silap. 


Life jackets

Life jacket disediakan, dan mesti pakai bila masuk dalam air, walaupun nak berkayak. Sayangi nyawa anda. Walaupun uolls terror dengan air. Kemalangan tak pernah ada bau, cegah lebih baik kan kan...
Itu cerita kalau nak stay up kat sini. Nak walk in pun boleh, ada ay pass : Rm25.00 (adult) RM20 (child) - peak season. Tapi antara korang kena sabar atau pun tidak beratur panjang tu.


More view to look at...



Yes! We have fun here. Macam-macam korang leh buat, nak terjun ke, nak berenang ke, nak kayak ke. Nah! Datang lah dan rasai keseronokannya. Hahaha


More info http://tadomhillresorts.com/
More story http://bebyaurora.blogspot.my/


That's it!!! Tadom Hill Resorts check!
Xoxo

Wednesday, March 11, 2015

BAMZ: Happy 10th years!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

#throwback

Holla!!!!

Happy 10 years anniversary Klinik Bamz Healthcare!!!

Februari, genap 10 tahun berkhidmat, satu jangka masa yang lama sepanjang aku berada dalam alam pekerjaan. Sedari awal permulaan, aku berseorangan dan diikuti keluar masuk rakan sekerja, sehinggalah bertemu dengan teman sekerja, yang aku anggap sebagai adik. Nama pun adik beradik, terkadang tu adalah salam faham, perkara biasakan.... Sedangkan suami isteri pun berkelahi, apalagi kami adik beradik kecik ni.

Venue: The Owls Cafe 

Dalam kesederhaan dan kecik kecilan, bila Puan Boss ajak makan waffles, kami pun joooom. Jarang kami dapat makan bersama walaupun ada waktu rehat. Waktu rehat pun ganti berganti. Bekerja yang berkhidmat untuk negara dan lebih kepada keprihatinan masyarakat dalam bidang perubatan ini, lain ragamnya dengan yang duduk office tau.


Walaupun hanya waffles, cukup sempurna bila kita dapat luang masa bersama. Time inilah macam-macam cerita dan luahan perasaan terkeluar. Sangat enjoy!!!


Team-fie! Tulang belakang, orang kuat, Klinik Bamz Healthcare. Memperkenalkan dari hadapan kiri, Dr.Sundra, Lynn, dan Siti. Sebelah kanan hadapan, Puan Boss Dr.Bhamini, me, dan Sue. Semua dah ada chop "mohor besar" kecuali aku. Nak tackle, tackle aku oke. Kahkahkah


We-fie dengan Puan Boss. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan perhubungan yang positive ini. Baru 10tahun, masih banyak tahun dihadapan untuk dikejar. In Sha Allah dengan izin-Nya. Terima kasih diatas jasa budi dan segalanya yang telah Puan Boss hulurkan tanpa mengenal erti perbezaan kaum.

Like Facebook kami Klinik Bamz Healthcare.

XOXO

Tuesday, May 13, 2014

Happy Birthday Housemate!!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

12/05/2014

#EJturns33
#33
#happybirthday
#housemate
#bff
#friend
#sdf


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan sahabatku...
Allah selamatkan kamu...

Kehadapan sahabatku,

Tiada apa yang mampu menandingi keikhlasan dan kesetian kamu untuk terus menjadi sahabatku. Biarpun satu persatu teman pergi meninggalkan aku, kamu tetap bersama aku disaat jatuh dan bangunku. Terima kasih untuk ikatan persahabatan yang tetap utuh walau kita jarang berjumpa biarpun kita sebumbung. Pun begitu sahabat, ketahuilah, saat jatuh dan bangunmu aku tetap ada sentiasa disisi kamu. Moga persahabatan ini kekal sehingga Jannah. Amin...

Ikhlas,
Teman serumahmu

Monolog: TERIMA KASIH

Wednesday, April 2, 2014

BIRTHDAY: Happy Birthday ARIES ^,^

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hello APRIL. Please be nice ya!!!

Bukan nak cerita pasal bulan April. Tapi nak cerita pasal surprise birthday si Aries yang baru berlangsung minggu yang lepas. Ya, I call it last minute planning. Pun begitu Alhamdulillah, aku berpeluang untuk datang dan sumbangkan sedikit keperluan untuk menjayakan majlis. Berjalan lancar semuanya walaupun aku yang paling lewat datang ke majlis.

"Happy birthday sayang. May you have a special birthday filled with everything your heart desire, and may all your birthday wishes come true. Love, peace and happiness always"

Super duper friends (SDF) bergabung setelah sekian lamanya. Ya, keluarga kecil kami sudah pun bertambah. Welcome to the families darling. Credit photo Gyena.

Itu sahaja. Tunggu cerita yang lain hehee

Bye!!!

Monolog: I am a fighter hiks

Thursday, November 7, 2013

Birthday: Mama 55years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku menulis bukan kerna namaaaaa apa yang ada adalah kehidupan~~~~

Nah tetiba aku nak menyanyi pulak lol. 05November2013, Mama kesayangku genap berusia 55tahun. Masih ayu, comel seperti waktu muda muda. Oleh yang demikian, sepakat aku dan adik-adikku nak menyambutnya diluar. Tak jauh pun, dekat kawasan perumahan aku je. Jom nyanyi beramai-ramai

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mamaku sayang
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi Mama
Selamat hari jadi


"Mama, selamat ulang tahun kelahiran yg ke-55tahun. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sihat walafiat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Moga dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan. I love u Mama. Malam nanti kita potong kek! Muaaah" status dipetik dari facebook milik aku. Ngeeee


Dua orang terpenting dalam hidup aku. Ayah yang akan mewalikan aku sewaktu aku berkahwin satu hari nanti, dan Mama yang akan duduk disebelahku sambil memegang era tanganku ketika aku dinikahkan. Mohon pada yang Esa, agar mereka masih ada bersamaku sewaktu aku diijabkabulkan. Yang penting, restu mereka dengan pakal suami aku nanti. Hamboi, macam nak kahwin esok aje bunyinya. Hahaha! Suatu hari nanti laaaa bukan sekarang. Bukan sekarang hehehee


Aku dan Mama. We are Scorpion, jangan cuba macam-macam nanti kami sengaaaaat haha. Serupa tak muka kami ni??? Tak serupa?? Ramai yang cakap muka aku ni lebih mirip kepada Ayah. Ramai yang kata aku anak Ayah. Anak Mama atau Ayah, yang pastinya wujudnya aku ni hasil gabungan Mama dan Ayah. Sayang kedua tetap serupa. Nasib ketinggian Ayah menyebelahi aku. Merasa la aku jadi tinggi ngeeee


The family in Mak Long Cafe, Puchong. Tengok, Ayah dah pandai nak buat peace hehee. Adik mana adik?? Adik yang snap gambar ni. Kawan baik pun ada sekali menyambut ulang tahun kelahiran Mama. Aku ada 4orang adik lelaki (seorang dah meninggal dunia), aku seorang je perempuan tunggal dalam keluarga. Orang cakap, aku anak mahal. Mahal laaaa sangat. 


Posing sebelum makan. Memang favourite aku buat rambut begini. Ikat-ikat sanggul. Senang, simple dan ringkas. Itupun terlintas kat kepala hotak aku ni nak potong rambut pendek. Sangat merimaskan rambut panjang dan tebal. Nampak sweetnya aku. Aku puji diri sendiri, kau orang tak suka pi muntah jauh-jauh. Wakakakaaa.

Cerita habis.

Bye!

Monolog: Dalam hati ada hati hahahah

Sunday, May 19, 2013

Ulang tahun kelahiran yang ke...?

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ahad-12-May-2013

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran housemate aku yang ke 32 tahun. Aku memang tak plan nak menyambut ulangtahun kelahiran dia. Cukup aku dah bawa di ke Kota Singa, tempat yang dia sendiri kepingin mahu jejak. Buku merah dah ada, bila ada offer ajak kesana, zassss aje la.

Niat pada mulanya nak makan angin ke Pantai Timur. Nasib tak menyebelahi aku, bila resort yang dipilih fully booked. Maka dengan itu, memang cancel secara tak langsungnya untuk memandu selama 8jam kesana.

Mari tiup lilin yang pertama...

Nak dijadikan cerita, Kakak aku turun ke Kuala Lumpur. Aku sendiri tak tahu yang dia nak datang kesini. Tau-tau dia dah call dan set for lunch. Tak fikir panjang, jom ajela.


Bertempat di Marche Restaurant The Curve. Lepas makan-makan datang pulak desert dengan lilin. Nah tiup laaaa :D

Selamat Hari Jadi!!!!

Isnin-13-May-2013

Bila dah dijemput turun ke tingkat bawah untuk makan malam, aku dan housemate turun tanpa banyak kata. Tapi hati aku dah berdetik-detik. Samada apa yang aku rasa itu berlaku dari idea secara berkumpulan atau persendirian. Instinct aku ni tak leh dinafikan, kebiasaannya tepat. Tapi aku biarkan sahaja, sehingga segalanya berlaku dengan sendirinya.

Bila terhidangnya, makan malam yang berlaukkan ikan siakap tiga rasa, sayur bayam masak tumis, dan juga ikan bilis berlada aku yang sememangnya dah lapar, menjamah tanpa banyak kata. Aku lihat tidak ada apa-apa yang pelik, dan aku tak dapat nak menghidu apa-apa melainkan bau makanan yang menyelerakan.

Kejutan yang kedua, kan aku dah kata...


Menyanyilah bergabung-gabung semasa kami berempat.

Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to EJ
Happy birthday to youuuuuu

Sekian terima kasih. Bye!

Monolog: Semoga panjang umur ya! Xoxo

Sunday, February 17, 2013

Belated Birthday Shena ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16-February-2013

Happy Birthday to you, 
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Shena,
Happy Birthday to you....

Walaupun belated, kesempatan yang ada tetap disambut bersama. Walaupun sebenarnya, berlaku kejadian disebalik tabir, tapi masa yang sentiasa bertindih sesama sendiri mencemburui weolls. Tapi itu bukan alasan.


Gambar jelas menunjukkan yang weolls tak cukup korum. Salah seorang dari weolls, menghadiri krusus. Berkhidmat untuk negara katanya. Ada kesempatan akan weolls bergabung dan berkongsi cerita. Bukan mengumpat, tetapi mengikuti perkembangan semasa. Ngeeeeeee


Sweet 27th. Se-sweet kek ni gak. Boleh didapati dimana-mana kedai Secret Receipe.

Credit picture Gyena.

Bye!

Monolog: Amin

Friday, January 4, 2013

Hey! Its ur BIRTHDAY!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bila sampai tahap mengiler memang tak leh tahan. The craziness that I had! Yes, I'm :). Memandangkan hari ni masuk kerja tengahari, dan semalam habis kerja awal, mula keluar perangai giler yang dah lama terkubur. Terasa nak buat kejutan mengejut, tapi macam diri sendiri yang terkejut pun ada.

Balik kerja cari belon, cari kek. Journey dari Kuala Lumpur ke Seremban. Celah gigi je kot hahaha.

Pada mulanya, plan pasang lilin sesiap dan beri salam dan jerit 'Surprise!!! Happy Birthday'. Tapi macam sunyi sepi je rumah si polan ni, makanya dimulakan dengan BBM. Kot la menidur ke kan. Bila BBM, si polan ni otw balik dari klinik. Oh demn! Me dengan Ej yang dah melangkah keluar dari kereta, terus mencicit lari masuk semula ke kereta. Me??? Dah mula panic, start enjin kereta dan undecided nak jalan terus, atau nak ke kiri atau ke kanan. Oh u-turn. Ya, ya I u-turn serious.

Tengah nak u-turn datang lak cahaya lampu dilorong berhampiran dengan kereta I. And the best is, I boleh stop dari u-turn dan menoleh ke arah cahaya kenderaan tersebut. Dan!!!!! Si polan dah nampak I dan Ej. Both of sure gelak besar dalam kereta. Oh oh weolls plak yang ter-surprise.

Happy Birthday Spongebob!!!!!


Tiup-tiup lilin. Make a wish. 


Memilih kek dari Cake Sense, salah satu favourite kedai yang disukai si polan. Symbolic disebalik kek berwarna putih. I sengaja pilih warna putih supaya kehidupan si polan akan sejernih, seputih kek itu. Semoga segala impian dan cita-cita si polan menjadi kenyataan. Insya Allah.

Suap-suap kek. Aummmm.


Makan malam di D'Malee, Sikamat. Meriah! Memang punah diet kalau hari-hari macam ni.


Sebelum pulang, I ikat riben kotak kek kat baju si polan. Haha! Cutenya. Okey si polan yang dimaksudkan adalah Ate :D.

Oke bye!!!

Monolog: Next plan.. 

Thursday, December 6, 2012

Asam Pedas Melaka

2 comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Dah penat bermain di Legoland, berenang di pool Bayu Marina Resort, bershopping di Johore Premium Outlet (JPO) mari la pulang ke kota yang penuh sibuk. Satu kereta akan menuju ke Stadium Merdeka, ada konsert JLO, satu kereta lagi singgah Melaka. Oh asam pedas, I miss u. Muah muah.

Bila masuk ke Melaka kali ini, macam pelik sedikit. Tak pernah la bila I datang sini jalan jem, kali ni jem jugak. Mungkin sebab cuti sekolah. Lagi nak salahkan cuti sekolah kan. Memang salahkan cuti sekolah! Salahkan dia salahkan dia. Okey! I merepek. :p


Check in di Asam Pedas Selera Kampung. Amboi menariknyaaaa, tak yah tunggu. Serbu!!!!!

15minit kemudian, Alhamdulillah terima kasih sudah kenyang. Bila sudah kenyang, marilah exercise. Tak tahu pulak kat sini dah ada down town. Ingat kat KL je ada :P. Tak banyak yang menarik kat down town ni.


Cuaca mahu hujan. Mari pulang. Pulang mari la pulang....

Cerita sudah habis. Bye!!!

Monolog: Sangat fun

Wednesday, December 5, 2012

SDF di LEGOLAND

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sambungan cerita hujung tahun I dan SDF. Pada yang belum tahu, tak tahu kemana I dan buddies pergi, boleh klik kat sini, SDF year end 2012 HOLIDAY!!!Dengan harga tiket Rm 96. Untung beli awal-awal. Kalau tak berebut kat kaunter tiket nanti.

Mana nak start eh. I start dari awal perjalanan weolls kesini. Perjalanan dimulakan seawal 4.00pagi hari Sabtu, dengan dua kenderaan berasingan kawasan. Bertemu dan konvoi sekali dari RnR Seremban dan seterusnya.

Kenapa 4.00pagi bertolak? Awalnya? Sure uolls akan tertanya-tanya kan? Tak tanya pun I akan teruskan penulisan jugak. Weolls memang suka travelling. Bila dah travel, setiap perhentian yang ada sure weolls berhenti. Berhenti untuk merenggangkan badan, buang segala apa yang patut. Duduk lama dalam kereta pun tak berapa nak selesakan. Lain la kalau dalam kereta boleh baring-baring lalalaaaa. Lagipun weolls target nak sampai ke destinasi seawal 10.00pagi. Target kena la ada kan.

Nah! Seperti yang terancang sampai juga ke destinasi dalam lingkungan 10.30pagi. Biasa la kawasan baru, GPS pun tak berapa nak betul bawa jalan. Tersesat-sesat, terpusing-pusing, itu dah menjadi makanan GPS. Bawa jalan lama pun okey. Janji sampai. Percaya tak percaya la hari Sabtu pun sana sini jalan Johor ni sesak. Kalah KL, tak semua tempat kot yang jem. Erk betul ke? :p


HERE WE ARE!!! Nak bergambar hanya weolls aje kat pintu gerbang ni memang tak dapat la kan. Waktu perdana lagi-lagi musim cuti sekolah. Memang weolls akan berebut dengan mereka-mereka. Ingarkan weolls la yang terawal. Tapi, masih ada yang awal dari weolls. Diorang bangun tidur pukul berapa ni. Hehehe


Firstly cari map. Kemudian, discuss mana kawasan mana nak terjah. Masing-masing decide nak naik ProjectX. Terpaksa menunggu lebih kurang 60minit untuk sampai ke turn weolls. School holidaykan, tak dapat nak elak la. Boleh muat untuk 4orang, buat I tamak, nak naik berdua aje. Me and Bby. Satu lagi gerabak, naik tiga orang. Lagi dua orang tak naik. Gayat kata mereka. Hehehe.


AWESOME!!! Sampai tergeliat urat belikat I ni ha. Actually, I dah lama tak naik benda-benda ni. Seingat I, kali terakhir I naik sewaktu umur I 12tahun. Now umur sudah berganda-ganda. Makanya sedikit berani, takut dan cuak tu ada. Berani-berani macho je. :p

Kemudian, mahu naik Dragon's Apprentice. Duration yang ini, 30minit, sebab gedabaknya boleh penuhkan dalam 12orang. Kalau tak salah pengiraan la. Yang ini kesemua SDF dipaksa naik. 


BEST!!! Ketinggian roller coasternya tak berapa nak tinggi la. Lebih sesuai untuk kanak-kanak sebenarnya. Tapi, dek kerana antara weolls ada yang gayat, jadinya consider la naik yang ini. Nanti pitam, pengsan anak orang susah pulak I nak buat CPR. Hahaha

Kemudian, weolls nak pergi terjah Lego Studio. Tetapi barisan yang mengular panjangnya membantukan terjahan weolls. Terus decide terjah Lego City Stage. 




TERUJA melihat susunan lego yang ada. Terfikir sejenak, berapa lama masa diambil untuk menyiapkan semua ini. 5tahun? Mungkin kan. 

Penat sudah. Mari pulang berehat-rehat sementara menunggu waktu malam. Nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia. kamon Harimau Malaya.

Ada sambungan. Sila tunggu :p

Bye!!!

Monolog: Weolls akan datang balik.

Sunday, November 25, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

24/11/2012 - Medan Selera Lokas Makana

Pulang dari kerja, mesti kebulur kan. Amboi kasarnya ayat. Tukar-tukar ayat kasi manis. Mesti laparkan. Nah, baru la sopan. Teringat la pulak akan kisah, I tersesat nak mencari burger bakar sampai membawa ke Kajang. Jelas menunjukkan masih buta dengan jalan. Bukan buta, tetapi kurang tahu akan kehadiran kawasan baru. Okey statement kasi sedap hati. Herm herm.


Siap buat review, dari internet. Nak print map, amboi besar betul kertasnya. GPS? Kerana GPS la I sesat sampai ke Kajang. Maka dengan itu, simpan la GPS untuk trip yang lain pulak. Bukan GPS menipu, tetapi kadang-kadang nak depends pada GPS pun belum tentu betul. Terkadang tu pulak, human dengan gadget pun boleh salah faham. Berbalik kepada cara lama, I tulis pakai kertas. Ngeeee


Berapa syoknya dalam hati bila dari kejauhan dah nampak signboard tempat yang dicari. Wallalaaaa secara automatic, berkeroncong perut ini. Yang nak dicari itu bukanlah makanan yang baru. Dah lama heboh dipelusuk Malaysia. Cuma, I yang selalu nak sergah waktu-waktu orang dah mula lupa. Lupa eh? Takkan la lupa. Buka lupa la, waktu yang tak ramai orang. Herm nak makan kena la selesakan.

Pelbagai kedai makanan ada kat sini, ada gerai laksa, tomyam, steamboat, sengkuang calit dan lain lain lagi. Yang penting I hanya nak serbu satu kedai ni. Kaw Kaw Burger Bakar. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Khamis(rest day) dari jam 7.30pm-2.00am bergantung kepada stock makanan ye. Ngeee


Pertama sekali bila dah sampai, kena la cari tempat duduk. Alhamdulillah tak ramai orang pun, mungkin semuanya dah serbu diawal-awal waktu perdana. Lepas dah dapat tempat duduk, marila beratur untuk meng-order apa yang mahu dimakan. Bila dah order, akan diberi no order. I merupakan customer yang ke 157. Herm, sehari berapa customer bang? Soalan yang terdetik dalam hati. Nak tanya terang-terang kang dikata kepoh pulak. Tak nak la kite :D


Inilah menu yang diorder itu. Namanya adalah Kaw Kaw Double Beff Baconizer. Macam burger biasa, bezanya dagingnya tebal, kalau dah double tu dua keping daging tebal la kan. Menggunakan salad yang bukan dihirs halus. Dipotong ala-ala nak makan salad gitu.  Ada cheese ada daging bacon juga. Rasanya? Sangat nyummyih!!!! Rasa nak tambah lagi. Amboi nafsu. Noooo noooo.


Lepas makan, ada pencuci mulut. Sengkuang calit yang memang dah lama mengidam. Akhirnya tercapai juga impian nak makan kedua-dua jenis makanan ni. Herm, rezeki Alhamdulillah.


Muka senang hati bila dah kenyang. Mata pun minta bantal. Planning nak bawa seisi keluarga ke sini. Tak lupa juga best buddy I yang sibuk dengan urusan masing-masing. Hujung-hujung tahun ni, memang banyak kerja kan. Faham... :D.

Bye!!

Monolog: Hujung tahun tak cukup rehat. Acaner? 

Saturday, November 24, 2012

Arabic Wedding

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

18/11/2012 - PORT DICKSON

Cerita cuti panjang I tak abis lagi. Percutian kali ini lebih kepada meluangkan masa bersama dengan keluarga. Bukan hanya keluarga sendiri, malah bersama dengan keluarga kawan baik juga. Tumpang menumpang, makanya hubungan kekeluargaan dua-dua pihak makin erat. Insyaallah.

Selesai urusan keluarga dibahagian I, tiba pula urusan keluarga dipihak kawan baik I, Ej. Meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan arwah makciknya.


Bertemakan warna purple. Difahamkan warna ini adalah warna kegemaran arwah ibu pengantin. Mungkin mahu merasakan kehadiran arwah sewaktu majlis, maka warna itu dipilih. Secara kasarnya, tema yang dipilih bertemakan Arab.


Nak bergambar dengan pengantin, tapi ramai pulak yang berpusu-pusu meluru nak bergambar juga. Hasilnya, I tangkap la gambar weolls berdua. Muka agak mengantuk. Tidur hanya 2jam. Tidak mengapa korban tidur, asalkan kehadiran dirasai. Ngeee.


Sambil tunggu Pak Aji dan Mak Aji dok tepung tawar, sesambil itu la I dok mengagah budak kecik ni. Nama manja Ayu. Anak buah sulung Ej. Dan merupakan cucu sulung kelurga Pak Aji dan Mak Aji. Kalau dah menjadi yang sulung dan yang pertama untuk generasi yang seterusnya, tentulah akan menjadi kesayangan. Malangnya, si Ayu ini agak susah untuk bermanja. Haish lihat sahaja buka Ayu bila I cuba nak cium. Oh soooo kekwat!!!!


Inilah cara I nak pikat bebudak. Hanya tunjukkan camera dan minta pose. Tunjuk aje camera, pasti Ayu menoleh. Menoleh tanpa senyuman. Itu biasa kalau budak tak kenal kita kan. Sedapkan hati sendiri.

Selesai majlis, pulang ke rumah Abang untuk berehat. Refreshkan badan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Niat dihati nak hirup udara laut. Penat mengatasi keinginan. Heheee


Lihat, kan I dah cakap. Senang sahaja untuk berkawan dengan si cilik. Separuh senyum sudah. Lain kali kalau Cik Der datang, kite jadi geng tau. Muacks!!!

Jom pulang, Harap-harapnya jalan tak sesak.

Monolog: SILENCE IS GOLDEN

Thursday, November 15, 2012

Movie: Istanbul Aku Datang

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

15/11/2012 - MUTIARA DAMANSARA


Melihat trailer ini, I sangat la teruja untuk menontonnya. I love comedy. I love to laugh. I love it!!! Tak sabar tak sabar tak sabar. Hehehe.

Berkat dari kesabaran, bila dah diajak keluar berjalan, maka I pun okey aje la. I ni kan jenis yang okey okey aje. Ngeee.
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
Melihat kelincahan Dian, lagi-lagi bila dia berlari dengan heels setinggi itu, buat I rasa nak pakai heels balik. Amboi la. Senangnya berlari pakai heels. Berapa kali director suruh cut untuk dapat short yang terbaik? Ngeee.

Layankan lagu ini. 


Pun begitu, I bagi tepukan gemuruh selepas show habis. Tepukan dalam hati, nanti orang-orang kata I buang tebiat. Ngeeee.

Bye!!!

Monolong: Aku dataaaang kepadamuuuuu

Sunday, November 4, 2012

Movie: Skyfall 007

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita semalam.

Dah lama tak ber-movie, maka dengan itu release stress dengan ber-movie. Kebiasaannya kalau ber-movie, I akan buat movie marathon. Tapi, kali ni I tak ber-movie marathon. Sebab dari awal ada plan yang tersusun rapi mengikut jadual.

Memilih untuk menonton Skyfall setelah membuat research terlebih dahulu.

synopsis
007 (Daniel Craig) becomes M's only ally as MI6 comes under attack, and a mysterious new villain emerges with a diabolical plan. James Bond's latest mission has gone horribly awry, resulting in the exposure of several undercover agents, and an all-out attack on M16. Meanwhile, as M (Judi Dench) plans to relocate the agency, emerging Chairman of the Intelligence and Security Committee Mallory (Ralph Fiennes) raises concerns about her competence while attempting to usurp her position, and Q (Ben Whishaw) becomes a crucial ally. Now the only person who can restore M's reputation is 007. Operating in the dark with only field agent Eve (Naomie Harris) to guide him, the world's top secret agent works to root out an enigmatic criminal mastermind named Silva (Javier Bardem) as a major storm brews on the horizon. Albert Finney also stars in the 23rd installment of the long-running spy series. The film was directed by Sam Mendes (American Beauty, Revolutionary Road) and shot by acclaimed cinematographer Roger Deakins (True Grit, The Reader, The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford). ~ Rovi

Tengok trailer ni buat I teruja sesangat.


Terus jatuh cinta dengan official song Skyfall. Suara Adele memang boleh cam tau. Hehe


What a great Saturday! 

Monolog: .....

Friday, September 28, 2012

House Warming

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Yes! I am planning for it. Mula la nak listkan nama tetamu. List-list menu. List itu list ini. Banyaknya list. Nak jemput pun tak ramai kot. Ramai-ramai bikin kalut dan semak je, tak payah le kan.

Sudi-sudi la kiranya, tetamu I mai ke pondok baru I. Kena juga discuss dengan house mate. Kot la dia pun ada plan lain. Huhuu.

Boleh request tak, siapa yang mai umah tu bawa hadiah. Sebab, uolls pulang pun dengan buah tangan jugak. Kikiii

Monolog: Mengejar waktu.

♥ Aurora Follow3rs