♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, November 24, 2012

Arabic Wedding

Assalamualikum, Salam Sejahtera.

18/11/2012 - PORT DICKSON

Cerita cuti panjang I tak abis lagi. Percutian kali ini lebih kepada meluangkan masa bersama dengan keluarga. Bukan hanya keluarga sendiri, malah bersama dengan keluarga kawan baik juga. Tumpang menumpang, makanya hubungan kekeluargaan dua-dua pihak makin erat. Insyaallah.

Selesai urusan keluarga dibahagian I, tiba pula urusan keluarga dipihak kawan baik I, Ej. Meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan arwah makciknya.


Bertemakan warna purple. Difahamkan warna ini adalah warna kegemaran arwah ibu pengantin. Mungkin mahu merasakan kehadiran arwah sewaktu majlis, maka warna itu dipilih. Secara kasarnya, tema yang dipilih bertemakan Arab.


Nak bergambar dengan pengantin, tapi ramai pulak yang berpusu-pusu meluru nak bergambar juga. Hasilnya, I tangkap la gambar weolls berdua. Muka agak mengantuk. Tidur hanya 2jam. Tidak mengapa korban tidur, asalkan kehadiran dirasai. Ngeee.


Sambil tunggu Pak Aji dan Mak Aji dok tepung tawar, sesambil itu la I dok mengagah budak kecik ni. Nama manja Ayu. Anak buah sulung Ej. Dan merupakan cucu sulung kelurga Pak Aji dan Mak Aji. Kalau dah menjadi yang sulung dan yang pertama untuk generasi yang seterusnya, tentulah akan menjadi kesayangan. Malangnya, si Ayu ini agak susah untuk bermanja. Haish lihat sahaja buka Ayu bila I cuba nak cium. Oh soooo kekwat!!!!


Inilah cara I nak pikat bebudak. Hanya tunjukkan camera dan minta pose. Tunjuk aje camera, pasti Ayu menoleh. Menoleh tanpa senyuman. Itu biasa kalau budak tak kenal kita kan. Sedapkan hati sendiri.

Selesai majlis, pulang ke rumah Abang untuk berehat. Refreshkan badan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Niat dihati nak hirup udara laut. Penat mengatasi keinginan. Heheee


Lihat, kan I dah cakap. Senang sahaja untuk berkawan dengan si cilik. Separuh senyum sudah. Lain kali kalau Cik Der datang, kite jadi geng tau. Muacks!!!

Jom pulang, Harap-harapnya jalan tak sesak.

Monolog: SILENCE IS GOLDEN

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs