♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, November 21, 2012

Haji Tokda dan Hajah Ninda selamat pulang ;)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/11/2012 - KLIA

Memandu ke KLIA, bukan perkara luar biasa. I pernah drive ke KLIA ni sengsorang. Pick up kawan yang baru balik dari over sea. Kali ini pemanduan I ke KLIA bersam MK's. Dengan nasihat dari adik yang tak ikut kerana tak cukup muatan "Hati-hati memandu". I'm a professional driver brother. Jangan risau. Ehek.

Sepanjang perjalanan, I dok brain wash adik bongsu. Push him to high level. Ngeee terrible sisterkan? UPSR result belum keluar lagi. Maka dengan itu I mula membebel bagai nenek tua. Ngeeee terrible lagi kan?   Terrible tanda sayang okey. Kan kan kan.

Biasa kalau mai pickup orang, I tunggu kat dalam kereta aje. Parking pun kat tepi. Ini MK's nak parking kat tempat parking bertingkat. Cari parking. SESAT. Nah kita pusing dulu satu KLIA. Ngeee cukup tiga kali pusing, baru la jumpa parking bertingkat itu. Itu perkara biasa pada siapa yang tak biasa dengan kawasan parking disitu kan. Sedapkan diri sendiri aje ni. Kikiii

Seawal 730malam, MK's sudah berada di KLIA untuk menjemput Tokda dan Ninda. Terserlah kerinduan dan kesusahatian Mama bila dikhabarkan Ninda jatuh di bilik air setelah selesai melakukan tawaf sa'i. Itu khabar yang Mama dapat dari jiran sekampung yang berada disana, tetapi berlainan kumpulan. Setakat ini, tiada khabar dari pihak tabung haji mengatakan Tokda dan Ninda berada di tahap kritikal. Insyaallah selamat semuanya.


Sementara menunggu, mari isi perut dulu. Nommm nommm nommm. Terima kasih Mama sebab sudi belanja weolls ;)). Bukan ini sahaja, Mama siap bekal pulut panggang untuk dimakan seisi keluarga.


Bila sudah lemau sebab terlalu lama menunggu, ini la hasilnya. I dan Debab dok perposing. Muahahaa. Family yang lain masih belum kelihatan. Perjalanan yang jauh tentunya mengambil masa untuk sampai ke sini. Takpe, weolls jadi wakil. Cop tempat dekat dengan pintu ketibaan. Ngeee.


Penat mengantuk letih. Hari yang panjang rasanya.


Tapi Debab ni, I tengok aktif aje. Tak reti penat. Apakah usia membezakan??? Oh nooooooo. Lihat keadaan dibelakang, masih lenggang.

Tepat 900malam, kawasan yang lenggang tadi bertukar menjadi padat. Pening sudah kepala ini.


Itu Ninda!!!! Itu Ninda!!!! Peluk cium, air mata pun kuar. Aduhai lega hati. Disebabkan keadaan di KLIA terlalu sesak, sekeluarga sepakat untuk berhenti di R&R Dengkil.


Can u see my Haji Tokda? He still steady okey. Saluted la Tokda. Mulut terkumat kamit bercerita hal di Madinah. Siap boleh cakap "Sampai kat Malaysia, siapa la nak jemput aku ni. Macam mana la nak balik kampung. Aku ingat takde siapa ambil aku". Erk, weolls takkan sampai ke tahap itu Tokda. Kami akan sentiasa ada. Sedih betul dengar ayat itu.


Sebaliknya dengan Hajah Ninda, kelesuan, kepenatan dan kesakitan. Aduhai. Kalau la boleh dipindahkan sakit itu, kite sanggup memikulnya Ninda. Sedih.

Alhamdulillah, penantian kami sekeluarga berakhir. Tokda dan Ninda selamat pulang ke tanah air dengan selamatnya. Syukur, syukur syukur. Haji dan Hajah sudah. :)

Monolog: Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs