♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, June 19, 2015

BAMZ: UNFORGETTABLE Summer , BALI - PART I

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita yang bersarang. Marilah mengarang ditepian pantai ini...

Klik entry yang berikut, baru boleh sambung cerita yang dibawah. Ngeeeee.

BAMZ: A BENEFITS PACKAGE...

BAMZ: ... FULL OF SURPRISES

BAMZ: Summer HOT day, BALI

30 May 2015...  WARNING, entry kali ni terbahagi kepada dua oke. Sengaja buat macam tu. LOL.

Selamat pagi.... Hari yang ke dua di Bali! Bangun pagi, gosok gigi, cuci mukaaaaa dan mandi. Tidur lena malam tadi lepas kena uruuut. Eh ternyanyi la pulak. Hujan pulak tu ambooooi awaknya, nyaman sungguh rasanya tidur saya.Hiks Tetapi ada sedikit sakit-sakit badan daaaaa. Dah lama tak kena massage, jadi semua urat belikat tersimput rapi. Uhuuuu mari la mandi. Sabuuuuun dibilik mandi saaabuuuuun.....

Dah pun siaaaaap. Ceria rupa memasing. Hihiii

Sudah pukul 9.30pagi, marilah kita sarapan. Mesti korang fikir, kami ni buang masa kan? Bangun lambat, jejalan pun lambat.... Well, well welll kami memang nak semuanya berjalan dengan slow and steady. No rush rush. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum-sebelum ini, aku, kami takde tentukan mana kawasan yang perlu kita jelajah, dia lebih kepada apa yang senang tanpa stress kejar-kejar masa. Yela, bersama-sama aku ni ada dua ibu mengandung dan Puan Boss yang ada asthma. Jadi, kelam kelibut ni memang tak mau ada dalam aktiviti. Aku pun, boleh kena attack semput  kalau kekabut. Hahaha

Day 2 breakfast ~ Nasi goreng, pancake, kentang cili, sosej dan air oren. Combo omplay (omputih+malay)

Si Meykmok bahagia bila dah kenyang, pehtu selfie tepi kolam Ngeee 

Seperti hari sebelumnya, Abang Supir akan mengambil kami di resort, dalam pukul 10.00pagi. Waktu Malaysia dan Bali tak ada beza, sama aje. Oh ya, sebelum terlupa, sewa sehari dengan Abang Supir ni adalah RP500.00, Jadi kami booking 3hari, jadilah RP 1,5000.00. Apa nama Abang Supir? Nama dia Abang Khotim. Nak no talipon??? Nanti-nanti tunggu habis cerita k. Masuk-masuk kereta, aku dah tanya Abaag Khotim tempat shopping yang best. Bukan mahal atau murah yang dicari, tapi tempat shopping yang best dan variety gitu. Dan dan itu, Abang Khotim pun bawa kami ke tempat yang mahal terlebih dahulu katanya. Hahaha, takdela mahal kot mungkin sebab sejalan/arah jalan yang dekat-dekat dengan resort.

Tempat pertama kami jelajah adalah Discovery Mall, Jalan Kartika Plaza, Bali.

Bahagianya awak disini ye....

Disebabkan, naik aje ke mall dari parking lot terus nampak laut, kami yang memang meroyan bila nampak laut, terus serbu keluar. Lupa kejap nak cuci mata konon-konon nak shopping. Nampak, cuaca pun mendung. Tapi tak hujan sedang elok nak dolan-dolan. Hahaha!

Weeeeeeeeeee air tengah nak naik

Dah puas selfie/wefie sini sana, masa untuk masuk semula kedalam mall. Sudah berpeluh daaaaaa. Disebabkan panas dan nak sejukkan badan, aku pun mencari tisu kat Guardian. Dan, Puan Boss pun nak sejukkan badan, kita makan ice-cream. Hihii

Haagen-Dazs dihatiku - Not in picture hiks

Makan Haagen-Dazs kat sini (inhouse) kena tax, take away tak kena tax. Jadi kami makan sambil jalan. Jalan punya jalan jumpa kedai batik. Terus terang aku kata, kalau nak beli batik beli kat mall lagi berbaloi-baloi dari kilang. Harga dia jauh lebih murah dan kainnya jauh lebih lembut dan nyamannya bila berada ditangan. Sungguh aku tak tipu. Sebab aku kiranya merasa menyesal tak grab kat sini. Konon-konon, nak beli kat kilang buat batik. Tetapi... Tunggu la aku cerita bila dah sampai bab kat sana. Tungguuuuuu

Kedai ni tak jauh dari Haagen-Dazs. berpatutan dan banyak pilihan. 

Yang sebenarnya bukan beria sangat la kami nak kesini, sekadar window shopping sahaja. Sebab benda-benda macam handbag, kasut etc etc banyak kat mall di Malaysia. Jadi, mall kat sini aku samakan ajelah dengan Malaysia, cuma batik kat sini harga dia berpatutan. Sedih! Oleh yang demikian, mari kita ke tempat yang dikatakan murah. Itulah gatal lagi mulut bertanya dengan Abang Supir mana tempat shopping yang best, kan dah buang masa kat sini. Aku marah diri sendiri! Huh

Wefie sementara tunggu Abang Khotim. Puan Boss? Dia pi cari Abang Khotim hihiii

Seterusnya kita ke Krishna Oleh-Oleh Khas, Bali, di Nusa Kambangan. Krishna Oleh-Oleh Khas ni, banyak outlet dia, jadi kami pergi dikawasan yang terdekat dengan kami.

Shopping adalah terapi terbaik wanita lol!

Nampak sticker di bahu Lynn?? Setiap pengunjung/group yang masuk kesini akan diberi no, sebagai kiraan buat mereka. Waktu ini, kami group yang ke 458. Uishhhh ramainya kesini. Diakui, barangan disini memang murah. Bezanya, kat sini fix price. Kalau kat kedai luar tu, masih boleh lagi 'bagen' (tawar menawar). Kat sini, sesuai untuk dapatkan ole-ole atau buah tangan untuk mereka yang disayangi secara pukal. Nak buat business kat Malaysia pun boleh, carilah barangan unik kat sini. Hahahha

Wefie depan pintu lepas habis shopping. berapa juta RP habis y'alls hahhaaa

Seterusnya kita ke Monumen Ground Zero, Bali. Masih ingat tragedi bom di Bali pada tahun 2002?



Mengakibatkan meninggalnya 202 jiwa, 88 orang berwarganegara Australia, 38 warga negara Indonesia, 7 warga negara Amerika dan 6 warga negara swedia. Peristiwa pemboman ini lebih dikenal dengan nama bom Bali 1, karena terjadi 2 kali pemboman di Bali. - info http://www.rentalmobilbali.net/monumen-ground-zero-bali/

Kat sini, takdela nak selfie/wefie bagai. Sementara berada disini, hanya doa mengiringi mereka yang menjadi mangsa pengeboman. Rata-rata yang datang kesini, memang bermuram durja. Tapi iyelah, kita doa yang baik-baik sahaja. Terus terang, pijak je kawasan ini, tawakkal ajelah. Sejarah boleh berulang ye kan. Fuhhhh!



Lupakan kesedihan, yang hidup ini teruskan kehidupan. Perjalanan seterusnya, kita singgah ke Nusa Dua. Disebabkan terpegun dengan kehijauan dan keindahan alam semulajadi, maka disini aku sertakan gambar yang sempat aku ambil. Tapi bukan semua lah uhuuu...


Menarik kaaaan??? Hijaukaaan? Tiba-tiba aku rindu dengan hutan. Argggh! Missss my hiking.... Back to story. Istimewanya, Bali pada aku, mereka mementingkan dan mengekalkan keindahan semulajadi, tanpa penambahan warna. Sejuk mata aku memandang, walaupun sebenarnya cuaca panas terik. Hilang segala stress rasanya. Kalau diberi pilihan tak nak balik Malaysia. Hahahha!

The Bay, Nusa Dua

Dah pusing-pusing kat dalam kawasan Nusa Dua ni, Abang Supir suprisekan kitorang!!!! Giler laaaa! Mungkin dia tahu, yang kami ni memang meroyan bila tengok air laut biru, nah dibawanya kami ke The Bay Bali! Nasib laaaa kami datang sehelai sepinggang, kalau tak memang dah terjun kat dalam laut tu. Arghhh aku rasa nak fly kesana now (dreaming)...

My other half extended family with two little baby in tummy (not me and boss ya!!) 

PUAS????? Belum puas oke! Jom ke tempat lain pulak. Kali ini lebih teruja jugak. Yeee terujaaa

Take a while guess where we are. Uhuuuu nyaman sik gitu!

Jumpa next entry!

Bye!

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs