♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, June 9, 2015

Love The Nature: MAAFKAN KAMI AKINABALU

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Takziah pada keluarga malin gunung yang telah pergi meninggalkan kita, dalam misi menyelamat maupun, sedang bertugas sebagai tourist guide ke Gunung Kinabalu... Kalian tetap HERO DALAM HATI KAMI...

Luahan hati... Dari newbie pergunungan...

Credit Google

Belum pernah sampai tak pernah lagi sampai, kepingin mahu sampai. Masih berada di dalam list hiking aku. Kejadian alam tidak pernah kita nak duga, hidu, dan sebagainya. Tetapi keadaan boleh berubah, dibaca dan dihidu sekiranya ada sifat sensetif dari setiap sudutnya.

Walau ianya hanya batu, walau ianya hanya sebuah gunung, namun mereka juga punya "hati dan perasaan" yang tidak meminta apa-apa kecuali sifat keprihatinan kita sebagai manusia. Sedangkan sesama manusia pun, punya rasa kecil hati, inikan pula alam semulajadi. Tetapi manusia tidak pernah sedar. Masih leka...

Menerokai alam hutan/gunung menjadikan aku seorang yang lebih sensetif pada alam. Tanpa hutan/gunung kita tak kan mungkin bernafas. Kita tak kan mungkin punya air. Kita tak kan mungkin punya sumber makanan. Bila masuk ke dalam hutan/gunung sekeliling kawasan aku jadikan kawan, aku jadikan teman bicara. Bertapa aku rasa bersyukur dan terus sujud syukur akan adanya mereka.

Pengamatan aku....

Aku kurang faham dengan segelintir manusia, yang suka menconteng segala batu-batuan yang ada. Ada kederat pulak nak bawa botol spray sampai ke atas. Bekalan makanan cukup ke tu???? Atau ada tenaga lain yang tolong bawakan bekalan. Aku juga kurang faham, sampah dibiarkan bersepah-sepah setelah bermalam. Aku rasa, dah bawa makanan tu beg sure sedikit ringan dan kosong. Jadi tak de alasan nak carry out trash yang ada. Aku memang tak berkenan, vandalism alam yang konon-kononya nak jadikan mural wall macam kat Central Market etc etc... Hey, kalau pun nak berkarya, mohon tengok tempat. MMM mmmm MMM. Lagi satu, jangan bazir makanan...

Itu baru vandalism... Perangai yang lain-lainnya yang tak sepatutnya?? Kenapa mesti buat macam tu.... Nak nampak lain?? Untungnya? Dapat viral. Pehtu??? Manfaatnya??? Haiyak sungguh aku tak faham.

Sayang Kinabalu - Kimin Mudim
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, 
Tinggi lagi sayang sama kamu, 
Biru biru hujung Kinabalu, 
Tengok dari jauh, Hati saya rindu.... 

Kinabalu dekat di Kundasang,
Banyak sayur boleh pilih pilih,
Apa guna pergi luar negeri,
Naik Kinabalu, Hati saya rindu...

Takkan nak tunggu seperti apa yang terjadi di Sabah, Gunung Kinabalu baru nak sedar??? Takkan dah banjir sana sini baru nak buka mata??? Takkan takde sumber air baru nak gali sumber air??? Kamooooon.

Apapun..... Maafkan kami AKINABALU... Aku wakil dari hikers yang ada... Berehatlah dulu.... Tunggu aku datang...

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs