♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, June 16, 2015

BAMZ: Summer HOT day, BALI

Assalamualaikum, Salam Sejahtera....

Dah baca BAMZ: A BENEFITS PACKAGE...  ? Kemudiannya BAMZ: ... FULL OF SURPRISES ? Pergi baca yang itu dan ini sambungannya....

29 May 2015....


Good Morning Bali! Yes, we're in Bali, Indonesia

Muka bahagia kan memasing. Cuma aku je sedikit lemau, ada sedikit sakit kepala. Dress up pun tak siap! Hahahaha. By the way, menginap di Bakung Sari Resort & Spa ni, beserta sekali dengan breakfast tau. Itu kat mana-mana resort/hotel pun ada, aku je yang saja nak kasi tau. Oh ya, sebelum kesini aku ada buat research tentang ramalan cuaca. Mengikut ramalan kaji cuaca, sepanjang beberapa hari kami kat sini, cuaca panas. Maka sedang elok nak berjimba. Tetapi sebaliknya yang berlaku, sesampai aje kami di resort, hujan turun. Hujan rahmat orang kata. Takdela lebat mana pun, seperti disambut kedatang kami gitu, renyai-renyai dan, membuatkan tidur kami pun lena.... Hahaha

Breakfast orang putih + orang kampung - Pancake, nasi goreng, ayam crispy dan sayur nyummmmeh

Lepas breakfast, kita pi husha tempat untuk massage. Alaang-alang kat sini ada tempat untuk massage, jadi apa kata kita mencuba....

Booking couple room. Senang hiks

Waktu untuk berjimba!!!!!

Dek kerana kami semua ni boleh dikatakan giler dengan laut, dan Bali ni terkenal dengan beachnya yang cantik lagi awesome, maka beach yang pertama kami lawati adalah Kuta Beach. By the way, kami kesini takde fix itinerary tau. Kiranya kita sebat apa yang sempat. Hiks

 Muka bahagia memasing bila dapat tengok laut.

Disini, apa yang aku lihat, banyak omputih datang untuk surfing. Aku ni kalau tak kerana nak jalan-jalan tempat lain, dah lama aku terjun laut tu dan join surfing (oke, aku budget aku giler terrer main surfing wakakakaa). Pada yang datang sini dan nak mencuba surfing, adalah digalakkan. Tapi hati-hati la ye, ada je papan gelongsor ni kalau nak sewa. Hiks

Perjalanan diteruskan ke Tanah Lot! Yeay. Jangan lupa beli tiket tau...

Daya tarik Wisata Tanah Lot Tabanan Bali - RP 30,000.00

Selfie depan pintu masuk 

Bazar Tanah Lot

Masuk-masuk je, terus nampak bazar (kedai souvenir), Mula laaaaaa mata pun dah tak senang duduk dan fikirkan list-list souvenir untuk dibawa pulang. Sabarlah wahai hati, kita pi tengok tempat yang sepatutnya dulu ehhhhh...

Candid photo Puan Boss. Baru tahu dia suka makan jagung hiks

Majority penduduk Bali ni beragama Hindu, maka tidak hairanlah terdapat banyak temple dan boleh dikunjungi, dan juga menjadi tempat tarikan untuk tourist yang datang. Namun begitu, tidak la sampai masuk ke dalam kawasan sembahyang mereka, hanya disekitar luar kawasan pemujaan sahaja.

Wefie time... Smileeeee

Air tengah surut, boleh la sampai ke bawah ni. Kalau air pasang, hanya tengok dari atas aje la jawapnya. Hihiii

Permandangan dari atas. Air mula pasang... 

Oleh kerana aku bersama dua ibu mengandung maka, tak kesemua temple kami singgah. Oleh itu, kita main selfie dari jauh je...

Cheeeeseeeee 

Apa yang aku terpegun kat sini, ukirannya yang unik. Bali terkenal dengan ukiran yang menarik. Apa lagi aku nak express kan keunikan yang ada. Susah nak diluahkan dengan kata-kata...

Okey! Shopping timeeeeeeeeeeeeeee

Puas dah shopping???? Berapa ribu habis hihiii

Panas... Cuaca memang panas. Tepi laut dan matahari pun nak menurun, masa ni dah pukul 3.00petang lebih. Fuh... Tak sedar dah menjelajah kat sini dekat 3jam. Abang supir sure tension tunggu kami. Lol

Makanan di sedap!!! Sungguh 

Perut pun lapar, dan kami inginkan nasi padang. Datang Bali, tak cari nasi padang tak sah la kan. Nasib baik, dapat abang supir yang beragama Islam. Jadi, senang la nak mencari makanan yang halal. Jangan heran, kalau ternampak babi guling bersepah sana sini. Itu biasa. Hihiii Abang supir cadangkan satu restoran ni. Dia dari awal, sebut sederhana. Aku fikirkan makanan dia sederhana sedap ke, sederhana mahal/murah ke, rupanya nama tu Restoran Sederhana. Adoiii Hahhahaa

Alhamdulillah kenyang.... Masa untuk pulang dan temu janji massage/facial treatment untuk malam ini...

Treatment for mummies  

Memandangkan mereka ini mengandung, maka treatment yang sesuai adalah basic pedicure, manicure dan facial. Kalau boleh nak massage, tetapi tukang urut tak berani nak urut. Jadinya hanya aku dan Puan Boss ajelah yang kena "bantai" kow kow. Sorry la gambar takleh nak up. 18SX baby!

Selesai sudah hari yang pertama. Alhamdulillah dipermudahkan.

Bye!

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs