♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Charity. Show all posts
Showing posts with label Charity. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

A Charity Concert in Aid of CARIF

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/12/2012 - Dewan Filharmonik Petronas.

Berpeluang memasuki Dewan Filharmonik Petronas, adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tidak pernah terbayang sekalipun, berpeluang menyaksikan persembahan yang dipentaskan oleh VVIP, VIP yang hanya di lihat di dada akhbar dan juga di kaca television.


Apa yang boleh I kata, terima kasih banyak-banyak pada Puan Boss, yang sudi sponsor tiket dan mengajak kami yang 'kecil-kecil' ini bersama-sama menyaksikan konsert amal ini. Kami adik beradik Bamz, sangat enjoy malam itu.


Bila Puan Boss katakan ada 'surprise' pada malam ini, tertanya-tanya dihati kecil kami, siapa pula yang datang. Dah tentu-tentunya orang besar. Nah, seperti gambar di atas, Tun Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sedang berduet. Masih steady masih romantic seperti dulu. How I wish to be like them when I turn to 80's. Hehe Insya Allah. 


Dihujung majlis, sambutan ulang tahun Tun Mahathir di adakan. Beliau sangat cute, bila diminta beri ucapan, Tun memulakan ucapan "Undilah saya" hehe.


Keterujaan dan kegembiraan yang terpancar di wajah weolls. Enjoy dan seronok, walau pada mulanya blur-blur. Maklum ajelah tidak terdedah dengan keadaan dan majlis sebegini.


Terima kasih kepada kawan baik I sekali lagi yang sudi teman dan drivekan I kesana kemari. Keadaan sekarang tidak berpihak pada I yang kepatahan kaki dek kerana tiada kenderaan. 

Itu sahaja ceritanya.

Bye!

Monolog: Terima kasih Puan Boss lain kali ajak lagi hehee

Tuesday, May 29, 2012

Lorong The Musical

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sihat semua..? Alhamdulillah sihat. Pada yang tak sihat tu macam yang selalu I tulis, pergi la klinik. Lagi2 sekarang ni musim panas. Banyakkan minum air. Nanti badan kurang air, senang juga nak sakit. I ingatkan diri juga. Sesama la kita menjaga kesihatan.

Today Me, and Bamz Angels akan tengok teater. Kalau ikut kiraan, teater yang bakal I tengok nanti adalah pengalaman kedua. Bukan tak minat untuk menonton teater, tetapi kesuntukan masa buat I menolak setiap offer yang ada. Well, kerja I tak tentu masakan. Sebelum ini, I support member I dengan Teater Juta Juta. Kali ini Me, dan juga Bamz Angels akan support teater Lorong The Musical "Kehidupan Anak Lorong Di Chow Kit". Million thank's untuk Puan Boss, yang sponsor kami sekeluarga. Its about charity project la.



Oleh itu, Klinik Bamz Healthcare akan ditutup malam nanti. Sesiapa nak datang consult dengan Puan Boss tu, boleh datang esok ye. Kami sekeluarga nak pergi support charity ini. Untungla siapa yang shift petang hari ni. Hehe. 

Oke! Nak check ubat. Bye2!

Saturday, February 11, 2012

Charity!

No comments:
السلام عليکم
Holla,

Selamat siang U olls. Sihat?! Alhamdulillah. Hari Sabtu yang memenatkan. Bangun awal pagi, siapkan order untuk dihantar ke rumah orang2 tua. Well, is charity baby! Last I ikut charity kalau tak silap I, 3tahun yang lepas. Huhuu

Kali ni, I tak ikut. Hanya amik order untuk dijamu pada orang2 tua. Amin, harap2 berkat la hendaknya. Charity ni bukan dari klinik I, tapi dari Petronita. I hanya bantu Puan Boss I yang merupakan ahli Petronita.

Okey la U olls, nak goreng karipap ni, jumpa lagi.

Muacks

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 9, 2011

Mana muat yunk...

2 comments:
السلام عليکم
Bilik Yy ni berbau tengik. Bukan kerana Yy tak mandi, tetapi dengan adanya...


Ye, wheel chaaaa untuk donation. Bukan satu tapi ada lima oke.

Menanti selama 8jam untuk dihantar ke tempat lain. Dan sudahnya datang dengan...


Aduh sayang, mana muat nak sumbat 5 wheel chaaa tu... -_-'

Monday, December 14, 2009

ChariTy @ Kg. DonGLai HulU LanGat

1 comment:
6.00am - Aku da bangkit tidur. Celik je biji mata, Ej da siap mandi. Risik punya risik, dia bangun pukul 5.30am setelah di kejutkan oleh Uncle. Thank You Uncle, bersusah payah call semata2 nak kejutkan kitaorang pagi2. Tanpa berlengah lagi, aku terus kejutkan budak2 aku lak. Sapa lagi kalau tak Sue dan Jessica. Alhamdulillah bangkit pun diorang bila dengar bunyi fone. Sambil aku mandi, Ej dok siapkan sarapan. Takut tak sempat lak nanti... (",)

7.15am - Aku da nampak kelibat Sue kat luar klinik. Dalam hati mana Jessica...? Aku call dekat 20kali tak berjawap. Aku da angin. Dr. B da call tanya aku kat mana. Ceh nak tak nak aku tak leh nak cover line da. Bagitahu je la dia, yang aku tengah tunggu Jessica. Dr. B suruh aku tunggu dia lagi 5 minit. Susah2 sangat, aku suruh Dr. B gerak dulu. Aku rasa aku tau tempat yang dimaksudkan... (",)

7.45am - Malas aku nak tunggu da, gerak je terus. Pandai la dia jawab dengan Dr. B esok. Tak mau campur dan tak mau tanya pun kenapa dia tak mau pergi. K****G, memang la gitu. Cakap tak serupa bikin, Walhal aku da kejut, dan dia kata "Ok Kak Ryn, jumpa kat bawah" Jumpa lu, seranah aku dalam hati... (",)

8.30am - Pusing punya pusing sampai la kat Kg. Donglai. Alhamdulillah sampai gak, walaupun salah jalan di hujung perjalanan. Peh sampai2 aku da terasa keperitan mataharinyer. Cap, tetiba leh tertinggal dalam kereta dan malas nak bersuara atau patah balik. Redha je dengan keadaan... (",)

8.45am - Mulakan tugas. Jeng jeng jeng... Lihat gambarajah dibawah.. Hehehehe... (",)

Aku ngan Sue. Dalam hati aku dok fikir, bawa ubat banyak2 ni, ada ke yang sakit teruk. Erm biasanya kalau buat charity pun, biasanya dibekalkan vitamin dan ubat cacing je kan. Tapi da Boss suruh bawa, kite bawa je la kan. Tol tak Sue. Sure Sue tengah mengangguk setuju. Nasib baik la ada orang2 PETRONITA yang nak menolong kitorang menyusun meja. Aku ngan Sue, susun ubat sahaja, harap maklum. (",)

9.00am - Acara pun bermula. Lihat gambar rajah dibawah yea... (",)

Di mulakan dengan Poco2, Senamrobik, dan Tarian. Untuk senaman pagi la kononya. Aku yang tengah menyusun ubat ni hanya dapat mengelengkan kepala kekiri dan kekanan, ikut musik je la. Niat dihati memang nak join je. Tapi tugas yang ada tak boleh nak di tinggalkan. Kalau tak sapa nak susun ubat2 yang banyak itu kan. Aku kena cover2 juga. Air muka Dr. B kena jaga... (",)

10.00am - Aku dengan Sue masih lagi menyusun ubat. Adeh... Moh pose dulu...(",)

10.15am - Orang da ramai dan aku da kepanasan. Pun begitu bila diminta senyum tetap senyum...(",)

 Ha... Yang kat sebelah kiri aku tu, anak sulung Dr. B, Navini nama dia. Baru Form 2. Mama dia soh tolong n join charity ni. Lain kali boleh ikut, n tau apa yang patut dibuat...(",)

10.30am - Sedang berlangsungnyer game. Aku tak dapat nak tengok, nasib baik ada Ej. Dia yang tolong snap pic nih... (walaupun aku serabut tengok pic ni aku nak letak juga)... (",)



11.00am - Sementara itu moh kita tengok apa jadi pulak kat tempat aku... (",)

Tu dia Puan Sri (bertopi coklat, tenagh duduk). Comel jer dia ni. Sporting giler. Hehehehe Dr. B yang sentiasa sibuk dengan hal dia. Kurang pasti apa yang dia cari tu. Ramaikan bayangkan je la, kesiibukkan yang teramat la sangat. Atleast kat dalam ni takde panas sangat berbanding aku yang kat luar tu... (",)

11.45am - Balik semula kedepan. Game masih berlangsung... (",)


12.30 pm - Time up. Klinik da tutup. Hehehe. Aku packing balik ubat yang disusun tadi ke dalam kotak(erm..macam aku baru past je keluarkan uabt tu dari kotak)...(",)

1.30pm - Makan time. Sambil makan ada lak persembahan dari mereka. Tarian Sewang (",)



2.30pm - Bersurai. Lagu "KENANGAN TERINDAH" menjadi penutup tirai. Nyanyi la ramai2... (",)

Kami yang da kepenatan. Sempat lagi pose dalam walaupun panas terik... (",)

Sekian...

P/S Uncle lain kali join eh... Cian dia tak dapat nak join... (",)

♥ Aurora Follow3rs