♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label SyawaL. Show all posts
Showing posts with label SyawaL. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal 1434H

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera... 

Masih mood raya...

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf, pada keluarga sy MK's Ayah, Mama, adik beradik saya Mohdz Nasli Mohammad Kodari, Ezzy Gonzales dan Amir Farhan. Halalkan makan dan minum, maaf diatas kekurangan yang tidak tertunaikan. Tak lupa buat keluarga sebelah Ayah Mohammad Kodari, dan keluarga sebelah Mama Misripah (saya anak jawa :D). Juga kenalan yg mengenali samada yg ter-dekat, ter-sedang, ter-jauh diatas segala salah dan silap serta keterlanjuran bahasa, kebiadapan berbicara, keteroveran tingkah laku. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Saya juga tidak sempurna 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
 


Rutin tahunan, yang pertama. Selepas solat terawikh yang terakhir, di kawasan perumahan MK's berlangsungnya aktiviti bertakbir di malam raya dari rumah ke rumah. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara kami sekampung. Seronok. Time ni aku duduk diam dalam bilik. Sebab, rumah yang kecil dipenuhi dengan ramai orang lelaki, makanya aku cepat rasa malu. Hehehe

Rutin tahunan yang kedua, sesi bergambar besama keluarga. Tapi, mana silapnya, rutin ni ter-skip untuk tahun ni. Insyaallah, raya haji nanti akan dilaksanakan.


Rutin tahunan yang ketiga. Seperti biasa setiap kali tiba hari raya, selepas menunaikan solat Aidilfitri, MK sekeluarga akan singgah menziarah salah seorang dari kami yang lebih dahulu pergi meninggal kami. Siapa yang mengenali kami sekeluarga, sudah tentu tahu akan rutin ini. Muhammad Zul Hafis, telah meninggalkan MK's 11tahun yang lalu. Kalau dia masih hidup sekarang, sudah berusia 19tahun. Kehidupannya tak panjang, janjinya dengan yang maha Esa, hanya setakat 8tahun. Semgoa Allah tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sudah tentunya, dia bahagia disana. Al-Fatihah.

Rutin tahunan yang ke-empat. Apa lagi balik kampungggggg.

Selamat hari raya semua...

Monolog: Maaf zahir batin ;)

Monday, September 3, 2012

SDF beraya 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Masih mood raya kaaaan.

Jadinya, I pun nak tepek la muka raya I dengan my buddies ini. Tema tahun ni berkaler-kaler. Lokasi pengambaran, Putrajaya.


Intro, mesti up muka sendiri terlebih dahulu. Oh ya, baru je highlight rambut setelah setahun bertahan dengan warna rambut asal. Nak masuk bakul angkat sendiri sekejap, "Eh anggunnya". Weeee


Di lokasi yang sama, boleh pulak terjumpa dengan dua budak comel ni. Sebelah kanan I, memang dah kenal 3tahun lepas. Satu-satunya adik terangkat I yang masih kekal dengan I. Seorang lagi, I kenal dari FB dan Twitter dekat 2tahun jugak tapi tak pernah berjumpa. Kebetulan berjumpa disini. Sesi kenal mengenal pun berlaku. Nasib baik korang kepung aku, nampak gak aku kurus. Hahaa


Cute kan..? Ya weolls memang cute. Sila jangan jeles. Bajet retis sangat ni. Comel-comelkan weolls. Dah lama weolls tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan jadual masing2. Bila berkesempatan berjumpa sebegini, memang tak dilepaskan. Siap tumpang tidur oke. Terima kasih tuan rumah, menjemput Iolls ni. Makanan semuanya sedap-sedap. Home made cook. Lepas ni boleh buat catering. Yes!! Sokong 200%. Secara tak langsung, product MK's Home Cook pun tumpang sekali. Ngeee. Tauceeee tauceeee.

Credit photo buat Ej, Chieyo Sean dan Gyena Armani.

Itu sahaja sekian terima kasih.

Monolog: Tunggu rumah aku plak :p

Sunday, September 2, 2012

Open House! Terima Kasih

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

01september2012

Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput Iolls ke rumah korang. Ada rumah yang I lepak campur tumpang tidur. Ada rumah yang I sampai waktu orang tidur. Maafkan I wahai tuan rumah. Hahaha

Pun begitu, ada juga rumah yang I tak sempat nak singgah. Maafkan I tuan rumah, tahun ni tak sempat nak jalan. Tahun depan insyaallah I sampai. Jangan serik jemput I okey.

Terima kasih! Makanan semua sedap2.

Monolog: Rezeki!

Friday, August 24, 2012

Tertutup

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiada rumah terbuka. Dah dua tahun berturut2 tak buat rumah terbuka.

Kenapa??

Kerana Syawal tahun ni jatuh pada bulan August.



Oke bye!

Monolog: Kesian

Wednesday, August 22, 2012

DND

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Itu la dia Diva kat rumah I ni. Tak pernah I tengok, dia nak melepak, dalam bilik I. Hari ni balik kerja, dia lepak kat bilik I. Tengok la aksi dia bila I suruh kuar. Tak dilayan oke!

Huh! Nasib aku sayang ko. Kalau tak, dah lama kena lempang!

Diva Mimeco jom sleeep. Zzzzz

Bye!

Monolog: Makin jatuh cinta dengan memiawww grgrgrrrr


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takbir Raya

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiap2 tahun pun, rumah I didatangi jemaah dari masjid untuk bertakbir. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, ianya menjadi tradisi di kawasan perkampungan kediaman I. Eceh ayat bunga2 seyh. Maklum la mabuk ketupat rendang masih terasa. Mabuk ke? Huh.



Mood masih beraya, tapi badan dah sampai tempat kerja. Dari semalam lagi dah start kerja. Ini la hasilnya kalau amik mc 6bulan lamanya. Kerna la berkorban extravaganza.

Jumpa lagi dengan cerita lain. Masih bab raya ke? Tengok keadaan la hehe

Monolog: Sakit hidung T_T

Tuesday, August 21, 2012

Pilihan Warna Raya 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Untuk Syawal pertama, sepakat sedondon sekeluarga berwarna kuning diraja. Syawal kedua pula, sesuka hati la nak pakai warna apa.

Monolog: Tak sedap badan rasanya :/

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MK's Family

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tahun ini warna kuning menjadi pilihan. Yes, I bukan keturunan di raja, but nak berangan dengan warna diraja. Boleh tak uolls. Boleh la kaaan.

Selamat Hari Raya!!!

Monolog: Sudah kerja laaaa T_T
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 19, 2012

Leguh kaki kite!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lenguh! Pukul 1130pagi gerak, sekarang dah pukul 2petang masih di Kuala Selangor. Baru suku perjalanan ni. Bila nak sampai.

Kiri dan orang belakang dah selamat berdengkur :(

Monolog: Nak tidur jugaaaak


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Disini tempatnya :(

No comments:
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera.

On the way to hometown. Singgah sebentar di jambatan yang menjadi penghubung baru diantara Kesas Highway ke Taman Sri Sentosa dan juga Taman Medan.

Kenapa singgah disini?

12tahun yang lalu, adik I meninggal disebabkan mati lemas. Disini la beliau dijumpai tersangkut di atas sebatang kayu. Dahulunya, jambatan ini belum siap, maka kami sekeluarga tak berkesempatan nak tahu dimana asal sebenarnya arwah dijumpai. Sehingga la hari ini, Ayah mahu tunjukkan kepada kami sekeluarga. Suasa hiba seketika.

Okey la uolls, nak teruskan perjalanan ke kampung halaman. Sure jem teruk! Saboooo.


Monolog: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ziarah

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tiap² tahun mesti pergi.

Monolog: Sedih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Oo'ooo balik kampoooong

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monolog: Harap tak jem

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yeah Raya!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

630pagi iolls da bangun. Uolls bangun pukul berapa eh..

Pepagi I dah sibuk mengosok baju. Itu rutin tahunan. Sangat la tak best nak mengosok baju, dan paling I malas uolls. Terpaksa jadi rajin hokey. Biasanya, tiap² tahun I gosok baju sehari sebelum raya, tapi semalam, kepala dah migraine, tertangguh la kepada esok harinya. Dah siap gosok baju, sediakan bekalan untuk dibawa ke rumah Ninda. Selepas solat raya.

Nanti sambung eh uolls. Banyak benda nak buat ni. Singsing lengan tetinggi.

Entry tanpa gambar.

Monolog : Rajinnya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1Syawal1433

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

......人
....( ◎ )_________人
..║ ∩║____.-:'''"''"";-.
..║ ∩║___(*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_. ║∩∩∩∩║
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓. ┆Ramadan meninggalkan kita
▓ Syawal pula menjelang tiba
┆Rendang ketupat sudah tersedia
▓ Selamat Hari Raya!!!
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓.
✽ MAAF ZAHIR & BATIN ¯\(ツ)/¯
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶⌣̊✽̶
♥ MK's Family
Sibuk ke uolls? Iolls pun sibuk. Sibuk² pun masih sempat nak check in kat belog ni. Well, menulis adalah satu terapi yang baik untuk diri sendiri. Selain dari dok bbm/watsapp, menulis juga boleh meredakan segala kemarahan dihati. Tak caya, cuba buat.
Kalau dulu, cara I meluahkan isi hati dengan menulis di atas kertas kajang, dan kertas itu kemudiannya dibakar. La ni dah advance sikit, menulis dalam belog. Tapi tidak la dibakar uolls. Nangis la I satu entry nak bakor! Berapa kali pulak nak beli laptop baru. Itu baru laptop. Bersiaran langsung dengan blackey blom kira lagi. Mak bankrup nokssss. Muahaa
Dalam gumbira, hati rasa sayu. Sunyi pun ia. Kenapa?
Asal bulan August je, mesti begini la uolls. Lagi² seminggu lagi Malaysia menyambut Merdeka yang ke 55. Ini bermakna, 12tahun arwah adik pergi meninggalkan I (kalau tak salah hitung).
Dikatakan, setiap yang telah pergi ke rahmatullah, akan pulang ke rumah bila tibanya Ramadan. Betul kan uolls?

Sepanjang Ramadhan, I terasa akan kehadiran arwah adik dirumah I. Dapat I rasakan, sepanjang I menyiapkan order customers, arwah menemani dan melihat setiap geri I dari balik² pokok pisang dibelakang rumah. Setiap seminit, pasti I menoleh disitu, dengan harapan, dapat melihat wajahnya. Malangnya, beliau tidak mahu tunjukkan wajahnya, hanya sekadar perasaan dari naluri beliau yang ingin dikatakan, "Saya pulang". Hati merasa sangat rindu. Andai arwah ada lagi, pasti keadaan dirumah ini riuh. Al-Fatihah.
Hmm okey la uolls. I nak sambung buat kerja. Sementara nak menunggu kedatangan orang masjid datang ber-takbir raya ni, jadi la anak dara yang baik. Ye dok hehe.
Monolog: Semoga kau berbahagia di Syurga-Nya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Friday, August 17, 2012

Sarang Si Semut

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sarang si semut in the house yo!

Kalau da namanya kuih peberet, harus la berusaha untuk mengentel. Nah ini la hasilnya mengentel dari jam 11malam-3pagi. Siap boleh stop sekejap, dan keluar runner beli cups yang kekurangan. Tak budget pun dapat berbiji2.

Bila di uli², disagat² dapat la 6bekas kecil. Bersamaan 200biji.

Untuk resepi, rujuk PR12#1.

Bye!

Monolog: Super mengantuk
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 30, 2011

Eid Ul-Fitr 1432H

No comments:
السلام عليکم
Salam Syawal semua,

Sayu...
Hati ini makin sayu...
Rindu...
Terkenang adik sayangku...

Lirik yang hujung tu, memang I saja tukar. Hari ni genap 9tahun I kehilangan adik I yang ke-3. Walaupun sijil kematiannya bertarikh 01Sept2002, tapi kami sekeluarga tidak akan lupa pada tarikh 30Aug2002.

Tika dan saat ini, I sedang melawat beliau. Beliau yang I maksudkan, arwah adik I Muhammad Zulhafis. Kena pulak, tema tahun ni warna hitam, sesuai pulak dengan keadaan yang berlaku 9tahun lepas.

''Dik, waktu kau nak mengenal dunia, Allah lebih menyayangimu. Kau tak sempat nak merasa liku2 hidup yang sangat mencabar. Kau tak sempat nak berpakaian sedondon seperti kami tiap kali raya. Kau tak sempat nak merasa gaduh2 sayang dengan adik beradik. Kau tak sempat nak merasa air tangan mak yang sedap2. Kau tak sempat nak merasa main rebut2 dengan yang lain. Kau tak sempat nak luangkan masa bersama kami. Kau tak sempat merasa susah senang kami. Segalanya tak sempat. Tapi, akak tau kau sempat merasa bahagia disana. Kau sempat menikmati dunia yang lebih indah disana. Kau sempat berpakaian indah disana. Kau sempat menikmati makanan yang enak2 disana. Kau sempat segalanya terlebih dahulu disana. Semoga kau bahagia di Taman Firdausi ciptaan Allah s.w.t. Hanya Dia yang mengetahui keadaanmu disana. Al-Fatihah''

Ok, I nak baca Yasin. Jumpa lagi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Hari Raya

No comments:
السلام عليکم


Dah raya dah raya dah raya! Yeeeeaaaa!

Dikesempatan ini, ampun maaf dipinta pada yang mengenali diri I secara langsung atau pun tidak. Semoga Syawal ini lebih indah dari Syawal yang sebelumnya. Insya Allah.

Selamat Hari Raya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menu Syawal

No comments:
السلام عليکم


Kini tiba masanya
Hati gembira dihari raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf maafan
Dengan keikhlasan..

Semalam, Mama dok kletang kletungkan. Nah! Ini la hasilnya kletang kletung semalam. Sambal sotong, kari kambing, sayur goreng. Tiap2 tahun pun menunya tetap serupa. Nah rasa? Mari la datang beraya ^^

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 6, 2010

Setelah Penat ~ Open House SDF 2010

No comments:
السلام عليکم
Meriah dan meriah itu yang boleh Yy katakan. Walaupun penat, setelah selesai mengemas, sesi fotografi pun bermula. Walau pada mulanya, mahu perposing sebelum tetamu sampai, dek kerana terlebih waktu untuk memasak, aktiviti ini di tunda ke malam hari.

Inilah aktiviti yang berlaku seletah 2jam berehat

SDF dihatiku..

Model akan datang

Hehhee

Oloh2.. Comelkan

Actually banyak gambar, tapi Yy rasa cukup yang ini je la.

P/s Makan on time oke

Thursday, September 23, 2010

Pokpok menyerang

No comments:
السلام عليکم
Holla.. Sibuk kah..? Dah lama bercuti bila datang hopis kalut la jadinyakan. Macam dah lupa2 je rutin yang perlu dibuat bila lama sangat meninggalkan kerusi empuk tu. Fuffff mana satu nak setart yeah. Apapun mekasih la kerana sudi menjejakkan diri ke blog Yy yang tak berapa nak gah ni kan. Hekhek

Raya tahun ni memang tak best. Uh dari awal bila terpaksa korban cuti raya, dek kerana bagi peluang junior2 nak cuti [walau sebenarnya Yy berhak terlebih dahulu]. Apalah daya Yy untuk berkata TIDAK, bila tiket flight sudah dibeli. Apalah pula daya Yy bila pelepasan itu diberikan terlebih dahulu dari BosYy untuk mereka. Apalah daya Yy untuk control segalanya. Cewah sesi meluahkan hati dan perasaan bermula. Baca aje la yeah. 


Lagi la Yy rasa sayu, bila salah seorang adik Yy kena chicken pox. Dan sekarang telah tersebar ke seluruh keluarga Yy. Aiseh, ku merasa kesakitan yang mereka2 rasakan ketika ini. Sob sob..

Oleh kerana itu, rumah Yy dikuarantinkan dari kunjungan tetamu. Tahun ni ~TIADA OPEN HOUSE~ kata Ayah Yy Kalau nak datang boleh, tiada halangan. Cuma sanggup atau tidak tetamu Yy share chicken pox yang dah menyerang keluarga Yy tu.

P/s Sharing is Caring sanggup ngan tak sanggup je hekhek

♥ Aurora Follow3rs