♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Heart. Show all posts
Showing posts with label Heart. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Semerah Cinta Stiletto ~ LEPAKING ~ POOL ~ Nyum2.. (",)

2 comments:
Cerita hujung minggu. Lepas satu destinasi, ke satu destinasi. Moh baca N3 aku. Rasa nak menulis, tapi kekeringan idea. Hahha jiwaku kacau... Yok layan pixca...

DESTINASI PERTAMA:- MENONTON WAYANG ~ CATHAY CINELEISURE (",)

With IRMA, KAMIKAZE, YART, ME n EJ
Sinopsis...
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.
(dipetik dari kotak music)
RUMUSAN : Cerita ini biasa aje... (",)
DESTINASI KEDUA :- LEPAKING ~ LITTLE PENANG THE CURVE (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE n ME
Sembang sembang, sambil pekena Char Kuey Teow, Ice Kacang, Prawn Mee.. Nyum2...
DESTINASI KETIGA : POOL (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE, CYICAK, KEYSHA n ME
Ngeh2 da lama tak main, sekali main tetap maintain ayu.. Wahahaa
DESTINASI KEEMPAT : NYUM2  (",)
With KAMIKAZE, IRMA, CYICAK, KEYSHA, EJ, YART n ME
Dah lama tak makan Nasi Goreng Ikan. Waaaa tgugat diet ku... (",)
P/s Terima kasih kerana sudi hangout dengan aku, dapat juga aku kenal korang in person next time kuar lagi k...(",)

Thursday, April 1, 2010

Evolusi KL Drift 2 ~ Best

1 comment:
Ahad lepas, aku dan mereka pergi tengok wayang. Cerita apa, cerita ni la..


Sinopsis Evolusi KL Drift 2
Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

 Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!


(dipetik dari my gosip.com)

Secara keseluruhannya, cerita ni, memang best. Layan bila tengok time drift. Berangan seketika kononya aku yang bawa. Buleh gitu. Hehehe sedap2 melayan, tangkap syahdu pulak, bila heroin mati. Uhuk2... Hilang ayu aku ni. Lalalaaa...

Apapun tahniah buat Skop Production (",)

P/s Mungkin buleh buat kelainan sikit, kerana jalan cerita terutama watak tertentu yang tak berubah dari drama ke filem siapa, cari laa

Thursday, March 18, 2010

I-City Shah Alam

No comments:
Berjalan2 di I City...
Meh layan gambar je la...
Hehehee...

Mereka yang menemani (",)

Aksi dan aksi (",)

Ej, Yart, YenYen (",)

Ada sesiapa perlukan model (",)

Lagi2 model akan datang wahahaa (",)

Aku yang memang suka bab2 pose nih (",)

Bodyguard aku huhuuu (",)

Selalu ada (",)

Bila da sengal (",)

Cepat2 dah nak tutup (",)

Penutup, dengan si merak (",)

Nak cari makan, makan western food. Jom pergi Big Foot.

P/s Lain kali nak pergi lagi...

Monday, March 15, 2010

V3 Samseng Jalanan... Bleh laaa (",)

No comments:
Aktiviti hari minggu... (",)

Aku pergi jalan2 dengan mereka... Selepas berhari2an aku sibuk mengejar dateline... (",)

Menonoton wayang... V3 Samseng Jalanan... (",)

Sinopsis,

REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. 
Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu  telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.
Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.
Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.
Bagi aku, cerita ni ok la. Ending tak berapa nak best. Kenapa tidak disudahi dengan jalan cerita...? Kenapa berakhir dengan kata2...? Huh budget tak cukup kowt. Lain kali budget kasi lebih eh. Hehehe pandai je complain... (",)

Sekian

P/s Hurm... 

Monday, February 15, 2010

Balik PD... (",)

No comments:
Orang lain cuti dapat cuti lama2, tapi aku dapat cuti sekejap je. Jadi la kan, aku pun tak ke mana2. Ej ajak aku balik kampung dia, so aku pun ikut aje la. Walaupun dekat je kampung dia, yang biasanya akan mengambil masa dalam 1 jam. Tapi balik kali ni,  membawa ke 3 jam. Macam nak balik kampung aku da lamanya. Ye la musim orang cuti panjang ni, banyak yang balik kampung kan. Aku...? Mula2 celik la bijik mata ni, bertahan tak mahu tido kononnya, tapi bila Mak Haji dan Pak Haji dok bertekak pasal nak elak jem nih, aku dengan rela hati lelapkan mata kerana tak mahu ikut serta dalam perdebatan ni. Panas2 macam ni, yang bertekak watpe. Sama juga sana sini jem. Rungut aku dalam hati la.. (",)


Sampai rumah busu, jeng jeng jeng... Ikan bilis sambal kegemaranku, berserta rendang daging da siap terhidang. Lapar... Takde cakap banyak, moh serang... *alamak lapar punya pasal, aku tak sempat nak amik gambar. Hehheheee. Setengah jam kemudian, burp... Alhamdulillah kenyang. Percaya atau tidak, aku tambah sampai 3 kali. Mana tak badan aku ni makin membulat... (",)


Sesi adik beradik bertemu, ada perkara yang mahu dibincangkan. Jadi aku sebagai orang kuar (walau mereka anggap aku ini sebahagian dari keluarga), pandai2 la bawa diri. Tak baikkan dengar orang tua bersembang. Ceh sopannye aku. Anak sapa la nih. Huhuhuuhuu. Aku  kemana la tu, masuk bilik dan ZzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz... (",)


2 jam kemudian, aku da bangun. Panas gila. Walau ada kipas, tak terlawan panas yang sedia ada. Pun begitu, aku masih boleh tidur lena. Hehehe panas2 memang best untuk tidur tau. Ye la apa nak but time panas2 ni. Nak bergado dengan matahari...? Uish aku tak sanggup. Migraine aku kang... (",) Get ready untuk ke rumah abang Ej. Aku siap minta tapau lagi ikan bilis dan rendang daging tadi. Mana tau leh makan kat rumah malam nanti heheheh... (",)


Rumah abang Ej tak jauh dari rumah busu. Dalam 15min leh sampai, tapi naik kereta la. Kalau jalan kaki pun boleh gak, berpeluh la ketiak kan... (",) Tunggu punya tunggu dekat 30 minit baru pintu rumah dibuka. Tidur rupanya. Aku ajak Ej pergi pantai. Berangin sikit kat sana... (",)


Ej... (",) 


Aku dan Ej... (",)


Aku... (",)


P/s Biarkan... (",)

Monday, May 11, 2009

pUplE PaRTy - PaRt II

No comments:
Haloya kita sambung lik cerita pasal PURPLE PARTY aku ari tu... 12.30 tengah malam - Masing2 order makan pasal kitchen da nak tutup plak. Huh ari tu kata tutup kitchen pukul 2 pagi. So masing2 kelam kabut order apa yang dorang nak makan. Da settle order, sementara menunggu makanan sampai, kami mulakan separuh game untuk EJ. Dimana aku menyediakan wish [yang aku collect dari tetamu2 aku] untuk EJ, dan EJ kena cari mengikut clue [tol ke ejaan aku tu.. Hehe] yang telah disorokkon, dan EJ perlu meneka siapa yang memberi wish itu. Seandainyer EJ salah teka, ada denda yang menanti. Jadinyer bermacam2 gaya si EJ mencari wish yang telah di sorok kan oleh si dalang. Sapa lagi kalau bukan BABY. Ni la gaya2 EJ sewaktu mencari wish2 yang disorokkan tu.

Clue untuk wish ni:-
KALAU ANDA DIATAS, SAYA DIBAWAH. BERHAMPIRAN DENGANSUMBER PENYELAMAT.
Wish yang disorokkon adalah...
“HAPPY BIRTHDAY YANG KE 28...MOGA BERTAMBAH2 SIHAT HENDAKNYER”



Memandangkan EJ salah meneka siapa si pemberi wish tersebut, EJ dapat habuan... Dimana EJ kena makan sebiji CUPCAKES lambang MU dari pemberi wish tersebut. Sapa punya wish, jawapannyer KROL la. Wah tengok tu, nganga jangan tak nganga... Heheheee


Clue untuk wish ni:- DARI BAWAH NAIK KEATAS MENUJU KE DUA SOFA DEKAT TENGAH2 BOLEH LETAK SESUATU, SAYA DIATASNYER Wish yang disorokkon adalah...
“Selamat Ulang tahun SAYANG...Da tua rupanya CIK ABANG ni, ALLAH selamatkan mu di hari jadimu”




Sekali lagi EJ salah teka, jadinyer dapat la lagi habuan dari si pemberi. Memandangkan si pemberi tak datang pada malam tu, jadi, bagi pihak ajala. Sapa lagi jawapannyer adalah SHAM. So, EJ kena denda lagi, dan wakilnyer adalah JESZ... Kali ni, CUPCAKES dgn GULA.. Hehee




Clue untuk wish ni:- DUA BENDA YANG DIPERBUAT DARI KAYU, ADA DISEBELAH KIRI DAN KANAN CARI LAH SAYA DISITU. Wish yang disorokkon adalah...
“Dear friend...Happy birthday...Growing old is mandatory growing up is optional n may all you dreams come true..."





Clue untuk wish ni:-

DENGAN INSAN BERBAJU PURPLE BERAMBUT PENDEK, DATANG KESINI MENAIKI KERETA. MINTA AKU PADANYA

Wish yang disorokkon adalah...

“SEMOGA ENGKAU BAHAGIA”





Sekali lagi EJ salah teka, jawapannyer adalah JAI. Jadinyer kena lagi la. Aku tak dapat nak pasti kan ada yang disuap oleh si JAI.. Apapun malam ni malam mengena buat EJ....

To be continue.. Hehehee Daaaaaaaaaaaaaaaaa

pUplE PaRTy

2 comments:
Assalamualaikum ... [Jawap dengan penuh dan seikhlas hati tau]...Selamat pagi semua....Hari ni aku nak cerita pasal PURPLE PARTY yang aku janji nak share ngan korang.

*09 Mei 09 *
10.00 pagi - Aku da bangun dari tido. Padahal hari ni aku cuti. Leh tido sampai tengahari. Tapi mungkin da lama sangat aku kerja tade cuti, mata ni da biasa bangun awal [-tapi sebenarnya, aku tak lena tido, dok riso pasal party malam ni huhuuuu-] Aku kejutkan EJ, dia kata dia nak pergi keje. Kejut punya kejut dia pun malas.
Lama2 aku pun tertido lik.

1.00 petang - Aku terjaga dari tido. Aku kejutkan EJ sekali lagi. Aku bangun mandi. Sementara aku mandi EJkemas tilam. Sambil aku siap2 EJ mandi. Da siap, kitaorang ke destinasi.

1.30 petang - Makan dulu kat STATE PJ. Huhuuu baru ada energy nak buat keje.

2.00 petang - Aku hantar EJ pergi kedai, dan aku ke tempat lain. Mana aku pergi, aku nak pergi print game. Lom print lagi. Pasal apa aku lambat print, aku minta ayat2 dari kawan2 sampai malam tadi, baru la dapat. Mungkin dorang sibuk kot. Takpe la. So aku pergi klinik tok print game tu. Kalau la bos aku tau aku print bukan barang kerja, mampus aku. Ahaks...

2.30 petang - Da settle aku singgah umah mak tok amik dulang. Aku nak buat apa ngan dulang tu, aku nak letak cupcakes. Cari punya cari, aku tak
jumpa yang kecik. Erm ok la dari takde.

3.00 petang - Lepas amik dulang kat umah mak, aku pergi PJ bli belon. Memandangkan takde news dari yang patut tolong beli belon, aku beli je la. Kalau takde susah plak. Aku terfikir pasal lilin. Eh da li lilin ker? Lilin patut ada yang membeli, takpe la biar dia beli. Walaupun takde berita dari dia, aku cuma leh fikir mungkin dia da beli. Jadinyer aku hanya beli belon.

4.00 petang - Settle je aku amik EJ kat kedai. Destinasi seterusnyer aku pergi kedai KAK AMY. Niat dihati nak colour rambut. Tapi macam da kesuntukan masa jer. Jadinyer aku trim je la rambut aku ni. EJ pun potong gak ckit rambut. Kasi kemas. Dalam pada tu dia pun sibuk tanya nak potong2 rambut ni apasal. Aku buat bodoh je tanpa jawapan...

5.00 petang - Kebetulan JESZ pun nak repair rambut dia yang besar sebelah tu. Aku pun tunggu la. Hahaa sorry JESZ jangan marah kang tak comel.

7.00 malam - Settle je potong rambut, kami da lapo, jadi kami pergi pasar malam kat dato' harun. Kalau masuk dato' harun ni, tak sah kalau tak beli nasi lemak pakcik. Selalu kalu datang kedai pakcik tu mesti tutup. Kali ni lalu buka plak, diorang pun tapau je la. Sampai pasar malam kitorang terus pergi gerai bihun sup. Da lapar katakan, da tak pandang makanan yang bayak dijual kat situ. Aku makan bihun sup, EJ, KROL, JESZ makan nasi lemak yang dorang tapau dari gerai nasi lemak pakcik yang memang jadi kegemaran diorang.

8.00 malam - Makan punya makan, JESZ tengok jam. Dia kata da lewat ni. Aku pun tengok la jam. Huhuu.. Masa sentiasa mencemburui kami. Da settle suma, kami pergi cari ikan bilis. EJ kata nak masak esok. KAK AMY pun sibuk dok tanya mana ikan bilis, mana ikan bilis tiap kali datang bertandang kat umah. Jadinyer EJ nak tolong masakkan. Takut kempunan KAK AMY tu nanti. Da dapat apa yang dicari, kami pun balik. Dalam keta, JESZ bgtau nak lik umah mak malam ni. Katanya tido sana. Hahahaaa nak tergelak aku ni. Aku wat bodoh je.

8.45 malam - Sampai umah da . Mesti dorang kelam kabut nak siap. Huh... Mata JESZ pun aku da nampak kuyunyer. Mengantok. Aku pun ajak EJ lepak dalam bilik. Padahal aku nk lepaskan diorang pergi, tanpa pengetahuaan EJ. Sudahnyer aku terlelap.

10.30malam - Aku sedar dari tido. Tu pun EJ kejutkan. Aku tany EJ mana diorang. Katanya, da kuar, dia pun tak sedar bile diorang keluar. Fuh... Nasib baik. Aku ni kalau dapat baring, kejap je da hanyut... Ahaks. Aku pun bangun mandi. Da settle mandi, aku soh EJ mandi. Aku bagitau dia, nak bawa dia ke satu tempat. Apa lagi banyak la soalan2 cepu emas yang aku dapat... Tapi aku buat bodoh jer. Aku siapkan pakaian dia yang patut dia pakai. Dia tanya aku lagi nape nak kena pakai baju ni. Aku cakap pakai je la jangan
banyak tanya. Dia pun menurut je la... Dalam pada tu, aku dapat mesej lilin xde. Peh aku da agak da. Mana nak runner time2 gni. Aku sms ARY. Minta tolong carikan lilin. Dia pun takde idea mana nak cari. Hm... Aku dapat sms, Ary pergi 7E, lilin takde. Peh, sakit otak da. Sumpah seranah aku dalam hati ble jadi macam ni. Sorry pada yang terasa. Tak lama tu, aku sms JESZ tanyakan lilin. Dia kata da dapat cuma 5 batang. Aku pun ok kan je la daripada takde.

11.45 malam - Jeng jeng jeng... Aku minta kunci keta kat EJ. Dia tanya lagi. Nape ni. Aku cakap bagi je jangan banyak tanya. Masuk je keta, aku terus mainkan peranan. Hehehee... Aku pun kuarkan kain azimat aku dari handbag. Aku cakap kat EJ "Sorry ye awak kena pakai benda ni" Apa lagi dia pun kata "Ha?Perlu ker" Aku pun kata "Perlu, ini bukan satu ugutan tapi permintaan" Dia pun kata "ok la...." Hehehee...
Aku pun drive menuju ke destinasi. Sampai je kat WESTERN DIGITAL jalan jem. Peh aku tepuk dahi. EJ kat sebelah dok membebel "Awak kenapa tepuk dahi" Aku pun tanya "Eh leh nampak ker" Dia jawap "Takde la, dengar bunyi" Aku pun bagitahu "Jalan jem" Lepas je depan GIANT KELANA JAYA jalan da ok. Rupanyer ada perarakan. Owh aku lupa plak ari ni WESAK DAY. Jadinyer aku pun pecut keta la. Da lambat. Dorang da dok sms aku. Sabar2 aku da berusaha secepat mungkin ni... Huhuuu

*10 Mei 09*
12.15 tengah malam - Aku da sampai kat THE CURVE damansara. Jadinyer aku pun parking la kereta. Hahaa.. Aku sedang memimpin si buta. Aku frust pasal aku tak sempat nak amik gambar dia masa dalam keta. Ye la mmg da over time dari yang sepatutnyer. Sabo je la aku. Apapun, ni la rupanyer bila mata EJ ditutup....

Heheeeheee ni la rupa EJ ketika di tutup mata. Aku yang memimpin dia ni, asyik kena pijak kaki. Huh sakit. Aku dapat rasa dia panik. Pasal dia tak pernah ditutup mata gitu. Dulu buat aku kan. So sekarang aku membalas... Hm macam yang korang baca sewakty disebalik tabir PURPLE PARTY ni, ni la tempat yang menjadi sasaran kami...

Heheee... Da selamat sampai kat destinasi yang di rancang. Semua yang ada diminta senyap. Ibaratkan takde sapa kat situ. Sementara tu, aku kena pakai topeng yang disediakan untuk aku. Huhuuu... Sebelum tiup lilin, kami sempat lagi pose.

Inilah tetamu2 aku yang datang pada malam tu. Aku kenalkan kawan 2 aku dari kiri ARY, JESZ, AKU, EJ, BIE, NORT, KROL, DANIEL, n JAI... Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis pada malam ni. Da pose suma apa lagi, time tok buka mata. Bila mata da di buka, kami ramai2 meyanyi kan lagu HAPPY BIRTHDAY EJ. EJ terkejut. Dia tak sangka nak celebrate birthday dia seawal ini. Jadi, time tok tiup cupcakes berlilinkan 5 batang lilin...
To be continue... Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, May 10, 2009

DiSEbaLiK tAbiR PupRlE PaRTy - PaRt 2

No comments:
Hohooo i am back. Hehehehehe semangat aku nak continue cerita aku tentang PURPLE PARTY aku... Korang teruskan membaca tau. So, tempat pun da ada. Jadi aku kena plan yng seterusnyer plak. Gift... Aku da plan gift untuk kali ni. Memang niat nak buat kelainan. Jadi aku g Central Market untuk menempah gift tu. Percaya tak aku pergi tempah sorang2 tau. Takde sapa teman. Hohooo... Nama pun SUPRISE kan. Jadinyer kena la pergi sorang2. Bukan tak mau minta tolong sapa2. Dah tak suprise la kan. Korang mesti nak tau apa yang aku tempah kan. Ni la gift yang aku tempah tu....
GIFT SET FOR LADIES
Taraaa... Ni la set gift untuk tetamu2 aku... Jangan marah muka aku ada dalam gift tu. Mesti la ada... Aku yang penat2 runner... Ahaks... Cantik tak topeng tu. JESZ ngan ARY yang runner tok aku. JESZ, sesungguhnyer ko tau selera aku. Ahkas. Huh grand siut. Yang penting topeng mata ni special ckit. Pasal dia jenis keras. Bukan jenis kertas tau. Leh koyak2. Yang penting harga dia tak macam biasa. Huhuuu. Berapa? tu rahsia la. Pada yang tau diminta tutup mulut anda. Aku harap sangat2 la dorang tak buang topeng ni. Memang cantik kan. Hm... Buat tetamu2 aku, frame la topeng ni kalau boleh. Sekali lagi terima kasih buat JESZ ngan ARY yang sudi runner tok aku.. Sanggup g runner kat MID VALLEY walaupun time berkerja. Aku benar2 menghargai...
GIFT SET FOR GUYS
Hohoooo. Selain tu, aku rasa macam tak cukup je. Masa aku dok jalan2 kat SUBANG PARADE, mencari barang, aku ternampak la satu kedai ni. Jadinya aku dapat idea tok beli sebagai gift sampingan. Nak tau apa... Tu FARMOUS AMOUS. Ha aku percaya biskut ni glamour. Semua orang tau biskut ni. Kalau pergi mana2 shopping complex yang ada kedai ni, bau dia cukup menarik hati kan. Wahahaaa... Tetiba lapar plak aku. Tengah aku dok sibuk memilih yang mana satu aku nak order, aku dengar suara seseorang. Suara ni macam biasa aku dengar.. Huhuu speaking london tau. Bila aku toleh, eh FARA FAUZANA. Malangyer aku tak bawa camera sebagai bukti aku jumpa dia. Betul la aku tak tipu... Eh da alih topic, sambung lik. Jadinyer, aku harap tetamu2aku tak simpan la biskut ni. Simpan lama2 buat apa. Memang tok dimakan kawan2...Jangan lak korang perli aku nak frame juga tau. Ahaks...

Itu la antara perancangan aku tok PURPLE PARTY aku. Korang mesti nak tau cerita pasal PURPLE PARTY tu kan? Jangan lupa baca blog aku seterusnyer tau. Ok la. Aku ada kerje nak buat. Jumpa lagi... DAAAAAAAA

Saturday, May 9, 2009

DiSEbaLiK tAbiR PupRlE PaRTy

2 comments:
Assalamualaikum....Halo2.....Selamat Pagi Malaysia...Ahaks...Aku harap korang yang membaca hari ni sihat2 je hendaknyer. Semoga ALLAH merahmati kamu. Amin... Aku ikhlas tau. Hm... Macam yang korang baca blog aku sebelum ni, aku dok sibuk wat persiapan pasal SUPRISE yang aku plan. Hohohooo...SUPRISE ngan dimaksudkan, PURPLE PARTY semperna meyambut ulang tahun EJ yang ke-28..Hohooo... Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut tentang PARTY ni, aku nak share gak ngan korang apa yang bermain2 di fikiran aku sampai kan migraine untuk buat PARTY ni....

Mula2 sekali aku dok fikir, kek apa yang aku nak buat. Kali ni, aku nak cari kelainan ckit. Disebabkn sekarang ni musim cupcakes, jadi aku buat keputusan tok buat cupcakes sahaja. Hehehe...Jadi idea2 untuk design ni, AKU ngan BABY dok perah otak sampai migraine minah tu aku kerjakan. Hahaha... Anyway thanks Bie tolong aku ngan idea2 ko 2. Hasilnyer...

CREATE BY ME & BABY

PLAN [A] mulanya aku nak buat di satu tempat yang aku rasakan tersangat la romantik. Ha macam mana aku leh terfikir tempat tu. Kisahnyer dipendekkan cerita, a
ku tersesat masuk ke kawasan tu ngan EJ masa aku cari tempat tok makan. Mula2 aku fikir
takkan ada tempat makan kat kawasan ni. Nak tahu kenapa aku leh kata macam tu. Ye la kawasan persekitaran di kelilingi rumah setinggan/kampung. Jadi sapa sangka ada tempat
makan yang romantik macam tu. So aku dah mula angan2. Nak celebrate kat situ. Korang mesti tertanya2kan apa tempat tu. Ok la aku bgtau. Ini la tempat yang mula2 menjadi pilihan aku....

BORA ASMARA, SG PENCHALA
View dari luar pun korang leh fikir sendiri macam mana plak view kat dalam. Takkan la aku nak bagi tahu apa yang ada kat dalam kot. Kalau rasa2 nak tau, pandai2 la korang survey past korang baca blog aku ni. Teruskan cerita aku tadi. Tapi sayang sekali, niat aku nak wat kat sini tak kesampaian pasal dorang tutup pukul 12malam. Jadinya aku nak celebrate kat situ tak dapat. Ye la da tentu2 nak wat midnite, tapi tempat tu tutup pun midnite, kesimpulannya, cancel la... Kalau PLAN [A] tak jadi, aku kena fikirkan PLAN [B] plak. So, aku da fikirkan PLAN [B] sekiranya PLAN [A] tak menjadi. Tempat tu jauh dari kawasan umah aku. Dekat town la... Tempat tu pun lebih kurang ngan PLAN [A] aku. Hm, aku memang cari tempat yang romantik tok kali ni. Memang teringin sangat la nak cari tempat yang agak romantik ni. So, aku pun
terpikir akan tempat ni...
BORA OMBAK, AMPANG
Hohooo korang mesti familiar ngan tempat ni kan. Jadinya aku pun bercadang la nak baut kat sini. Tempat ni memang lebih kurang sama ngan tempat [A] tadi. Ye la da nama pun branch kan. Tapi atas sebab2 tertentu aku tak jadi la nak buat kat tempat ni... Jadinya aku pun cari la tempat lain, iaitu PLAN [C] dimana aku sendiri tak de idea tok PLAN [C]. Senang cite, PLAN [C] bergantung pada tempat yang dicadangkan oleh housemate aku. Maklum la mula2 memang nak
buat sendiri sumanya, ye la tak mau susahkan orng lain. Sudahnya aku da tak daya nak berfikir lagi. Jadinya AKU, JESZ, KROL, NORT N ARY g survey tempat. Sudahnya, antara banyak2 tempat yang ada, ni la PLAN [C]....


THE APARTMENT RESTAURANT & CAFE, DAMANSARA
Akhirnya tempat ni la yang menjadi sasaran kami tok PURPLE PARTY. Pada yang sanggup teman aku sampai pukul 3pagi untuk cari tempat ni, aku ucap terima kasih banyak2 atas kesangupan korang tu. Juga pada yang sudi membantu aku. Jasa dan budi baik korang tetap aku ingat... Nak di balas dengan kata2 tak terkata rasanyer. Ketahui la aku da pun kenal hati budi korang tau. Ngan isi2 perut usus sekali. Wahahahaha...Erm ikuti sambungan cerita ni esok. Aku ada keje nk buat. Daaaaaaaaaaaaaaa

Friday, May 1, 2009

Aduhai

No comments:
Da berminggu2 aku demam. Tp xde la berterusan sampai xbaik langsung. Kejap ok kejap x. Macam cipsmore, kejap ada kejap xde. Ngada2 demam ni. Pun begitu, aku kena kerja gak. Macam yg korang baca sebelom ni, aku xde staff lagi. So berkerjala sampai mampus. Wahahaaaa...

Di tambah plak, PURPLE PARTY da nak dekat ni, aduh jd kalut gak r. Tapi nasib baik ada yg sudi membantu. Sapa mereka, faham2 la sapa. Tak perlu la aku nak bagitau kat sini. Korang memang best. Aku tak pernah jumpa kawan macam korang, yang sanggup bersusah senang untuk aku. Saaaaayaaaaanggggg korang (aku da kenal usus perut korang tau...Ahaks). Bercerita bab PURPLE PARTY ni, nak gak aku share ngan korang. Ha... Kali ni aku mmg wat lain dari yang lain (aku rasa la...lalalalllaaa) Bertempat di "........." (dirahsiakan dulu..huhuuuu) simple n santai. Aku xde la jemput ramai mana pun. Kawan2 yang terdekat jer. Takut terover budget la plak. Aku xmau la buat party yang memerlukan budget banyak. Cukup termampu sudah. Tak mau aku berhutang sana sini bab2 makan ni. Kang orang yang aku berhutang tu tunggu aku depan syurga heheheee (klu la syurga itu tempat ku INSYAALLAH) Sabtu lepas 2 Mei 09 gift utuk tetamu2 aku da pun siap. Nanti aku tunjukkan ek rupa gift 2. Nak aku tunjuk sekarang xsuprise la... Yang penting baju tok malam 2 aku da li. Simple sudah nak vouge2 watpe..Yang termampu je...

Cuma aku kena runner belon ngan lapik meja tok party 2...Erm bila nak cari ek... Akan ku cuba curi2 masa aku yang sememangnya xde ni. Insyaallah akan aku usahakan..Ok la aku jumpa korang esok2 ke, jap2 lagi ker...Kerana kerja2 aku menunggu tok disettlekn...Daaaaa

♥ Aurora Follow3rs