♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Saudara. Show all posts
Showing posts with label Saudara. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Selamat Pengantin Baru kepakkepungkepakkepung

No comments:
Assalamulaikum, Salam Sejahtera.

Chak!

Jangan terkejut, relax relax. Nothing much nak cerita. Sekadar singgah kat belong kusam I ini untuk meredakan tahap stress yang bersarang dalam kepala I ini. Oh oh stressnya. Stress la sangat *tangan dibahu mata diatas. Cer buat :p.

Congratulations!

Mukadimah diperenggan yang kedua. Tak lewat lagi nak wish kaaan, masih fresh-fresh manis gitu. Tahniah buat pasangan pengantin yang melangsungkan majlis persandingan pada hujung minggu lepas. Siapa itu?? Taraaaa yang pasti bukan I okey. Kalau I yang bersanding, belum tentu lagi berlangsungnya majlis selama tujuh hari tujuh malam berturut-turut. Ehem belum tentu majlis berderet-deret hari ye. Yang pasti, bersanding tu akan ada. Kasi heboh satu key ell. Eh ini semua poyo!

Hokey hokey. Siapa yang bersanding sebenarnya ni. Macam mana nak cakap eh, macam mana nak cerita eh. Yang pasti, I kenal dengan kedua-dua mempelai. Dua-dua oke, bukan I kenal salah seorang je. Sebabnya, memang dah kenal rapat dengan keduanya. Yang lelaki, anak buah kepada Mak Aji. Yang perempuan pulak, anak angkat kepada adik ipar Mak Aji. Siapa Mak Aji? Mak Aji mak angkat I laaaa. Jadi, weolls bersaudara angkat la. Amboi kerlaaaaaaaas keluarga angkat ini.


Santeknyaaaaaaaaaaa pelamin. Pink pink. Tapi lagi cantik warna oren. :p


I tengok dari jauh aje. Tunggu turn paksa rela jadi penyanyi jemputan. Konon!

Selamat Pengantin Baru buat Mila dan Rashid. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan. Amin.

I bila lagi???? Masih menunggu hokeey hikhik. Ehem cik abang sila kumpul duit banyak-banyak. Ye awak la cik abang. Ye awak. Tah siapa la cik abang tu. Tunggu aje laaaa. Propa kena ada eh....

Bye!

Monolog: Sewel!!

Saturday, July 17, 2010

يننالي اللهواينناءيلايهيروجياون

No comments:
السلام عليکم
Terima panggilan dari Mama jam 6am

Mama "Pakcik Amat meninggal, jom balik kampung" 
Me "Innalillahiwainnailaihirojiun bila meninggal" 
Mama "Pagi tadi pukul 5" 
Me "Tunggu kakak hanta kereta, kakak tak boleh nak balik sekali kerja. Malam nanti kakak balik" 

Dalam keadaan mamai YY bangun pergi ke bilik mandi, buang apa yang patut di buang (>__<). Sampai depan pintu untuk ke rumah MamaYY terlepas untuk gosok gigi, patah balik ke dalam gosok gigi dulu, kalau tak bau achemm hikhik. Bawa kereta dalam keadaan separuh sedar, Alhamdulillah, sampai di rumah Mama dengan selamatnya. Walau mata separuh tertutup.

Sampai rumah mama ayah bertanya 
Ayah "Tak balik ke..?" 
Me "Balik tapi lewat" 
Ayah "Tak apa la, asal balik" 

YY tahu Ayah bersedih .

~ MODE ; KELAM KABUT + NAK BALIK KAMPUNG ~

P/s Takziah 

Monday, April 12, 2010

Semerah Cinta Stiletto ~ LEPAKING ~ POOL ~ Nyum2.. (",)

2 comments:
Cerita hujung minggu. Lepas satu destinasi, ke satu destinasi. Moh baca N3 aku. Rasa nak menulis, tapi kekeringan idea. Hahha jiwaku kacau... Yok layan pixca...

DESTINASI PERTAMA:- MENONTON WAYANG ~ CATHAY CINELEISURE (",)

With IRMA, KAMIKAZE, YART, ME n EJ
Sinopsis...
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.
(dipetik dari kotak music)
RUMUSAN : Cerita ini biasa aje... (",)
DESTINASI KEDUA :- LEPAKING ~ LITTLE PENANG THE CURVE (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE n ME
Sembang sembang, sambil pekena Char Kuey Teow, Ice Kacang, Prawn Mee.. Nyum2...
DESTINASI KETIGA : POOL (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE, CYICAK, KEYSHA n ME
Ngeh2 da lama tak main, sekali main tetap maintain ayu.. Wahahaa
DESTINASI KEEMPAT : NYUM2  (",)
With KAMIKAZE, IRMA, CYICAK, KEYSHA, EJ, YART n ME
Dah lama tak makan Nasi Goreng Ikan. Waaaa tgugat diet ku... (",)
P/s Terima kasih kerana sudi hangout dengan aku, dapat juga aku kenal korang in person next time kuar lagi k...(",)

Thursday, April 1, 2010

Evolusi KL Drift 2 ~ Best

1 comment:
Ahad lepas, aku dan mereka pergi tengok wayang. Cerita apa, cerita ni la..


Sinopsis Evolusi KL Drift 2
Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

 Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!


(dipetik dari my gosip.com)

Secara keseluruhannya, cerita ni, memang best. Layan bila tengok time drift. Berangan seketika kononya aku yang bawa. Buleh gitu. Hehehe sedap2 melayan, tangkap syahdu pulak, bila heroin mati. Uhuk2... Hilang ayu aku ni. Lalalaaa...

Apapun tahniah buat Skop Production (",)

P/s Mungkin buleh buat kelainan sikit, kerana jalan cerita terutama watak tertentu yang tak berubah dari drama ke filem siapa, cari laa

Monday, March 29, 2010

JAI ~ Selamat Hari Tua...

No comments:

Happy Birthday,
Semoga bahagia selalu,
Dimudahkan segala perjalanan hidup,
Diberkati dan Dirahmati olehNYA,
Senyum2 selalu

P/ s (",)

Saturday, March 20, 2010

I Will Follow U...

No comments:
Nak share moment sat...
Ini, aku dapat dari facebook aku...
MY TOP FOLLOWERS...
Then aku dapat comment dari followers aku yang pertama...
Katanya...

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep

A mountain so high it can keep me away

I must follow you
Ever since you touched my hand I know
The near you I always must be
And nothing can keep you from me
You are my destiny

I love you, I love you, I love you
And where you go I'll follow, I'll follow, I'll follow
You'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep me away, away from my love

I love you, I love you, I love you
And where you go I'll follow, I'll follow, I'll follow
You'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
keep me away, away from my love

And where you go I'll follow 

P/s Terima kasih jangan berhenti okay...

Thursday, March 18, 2010

I-City Shah Alam

No comments:
Berjalan2 di I City...
Meh layan gambar je la...
Hehehee...

Mereka yang menemani (",)

Aksi dan aksi (",)

Ej, Yart, YenYen (",)

Ada sesiapa perlukan model (",)

Lagi2 model akan datang wahahaa (",)

Aku yang memang suka bab2 pose nih (",)

Bodyguard aku huhuuu (",)

Selalu ada (",)

Bila da sengal (",)

Cepat2 dah nak tutup (",)

Penutup, dengan si merak (",)

Nak cari makan, makan western food. Jom pergi Big Foot.

P/s Lain kali nak pergi lagi...

Monday, March 15, 2010

V3 Samseng Jalanan... Bleh laaa (",)

No comments:
Aktiviti hari minggu... (",)

Aku pergi jalan2 dengan mereka... Selepas berhari2an aku sibuk mengejar dateline... (",)

Menonoton wayang... V3 Samseng Jalanan... (",)

Sinopsis,

REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. 
Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu  telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.
Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.
Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.
Bagi aku, cerita ni ok la. Ending tak berapa nak best. Kenapa tidak disudahi dengan jalan cerita...? Kenapa berakhir dengan kata2...? Huh budget tak cukup kowt. Lain kali budget kasi lebih eh. Hehehe pandai je complain... (",)

Sekian

P/s Hurm... 

S.I.B.U.K... (",)

2 comments:
Sibuk....
Title aku untuk N3 kali ni...
Sehinggakan takde masa untuk mengupdate blog aku...
Kenapa takde masa...?
Aku dok kejar claim yang pending berbulan2 lamanya...
Kenapa pending begitu lama...?
Terlalu leka melayan karenah orang2...
Siapakah orang2 tu...?
Hamba2 ALLAH yang aku rasakan cukup sempurna sifatnya...
Sempurna ke...?
Sempurna, bijak sangat dan comel2 belaka(",)...
Mereka yang pernah singgah dalam kehidupanku...
Kini, berkat usaha aku sendiri...
Aku berjaya ubati lukaku sendiri...
Yang terluka dengan keadaan sekeliling...
Terluka dengan sifat orang2...
Aku biarkan sahaja mereka2 terus melukakan hati aku...
Kekuatan mula menguasai diri aku...
Semangat mula menyelimuti tubuh aku...
Ketawa mula terukir diwajahku...
Tiada lagi parasit (aku harap begitu la)...
Tiada lagi gangguan (macam ada lagi je)...
Tiada lagi busuk hati (masih tinggal lagi sisa2 itu)...
Yang mampu aku lakukan dari jauh...
Ku doakan mereka2 bahagia...
Walaupun mereka2 tak mahu aku hidup bahagia...
Ku tetap doakan yang terbaik dalam hidup mereka...
Walaupun mereka2 mahu aku jatuh dalam segalanya...
Sejahteralah hidup mereka2 tanpa kau lagi...
Benar... Segalanya telah aku ketahui...
Kepercayaan itu tiada lagi untuk mereka2...

P/s Jaga diri kamu2 baik2 okay... (",)

Tuesday, February 2, 2010

Part II : Melaka ~ The Historical City

2 comments:
Pukul 7.30 pagi, aku da bangkit. Aku tengok sebelah, masing2 masih berdengkur. Ye la kan, malam tadi tido lewat. Tapi plan untuk hari ni tetap diteruskan. Golek punya golek, memang dah tak boleh tido. Aku tengok jam da pukul 8.30 pagi. Gagahkan juga untuk bangun, bila fikirkan banyak destinasi yang nak aku tuju. Tuala aku capai, alang2 aku da bangun dulu, supaya tak berebut bilik air yang satu tu... (",) 

Selesai mandi, seorang demi seorang aku kejut, soh mandi. Di mulakan dengan D, Uncle, then yang last da tentu2 Dato'. Sambil dorang bersiap, aku yang sedia siap ni, layan cite kartun kat TV3. Terpaksa tengok walau aku bukan peminat kartun yang tegar. Siap semua, masing2 tentunya lapar. Cari makan dulu baru jalan. Jam kat tangan pukul 10.30 pagi. Sempat lagi nak breakfast. Heheheh... (",)


Disebabkan malam tadi, da mengantuk, dan tak sempat pulak nak mengambil gambar hotel. Jadi, aku mengambil kesempatan ini tok snap pix hotel ni dari jauh. Cuaca sangat terik, jadinya dari jauh la aku snap... (",) Terus ke seberang, dan mencari makan. Perut aku memang lapar giler dari malam tadi. Huh...

Selesai makan semua, Alhamdulillah ada rezeki untuk hari ini. Jadi, aku teruskan destinasi. Sebelum itu Uncle pergi dapatkan kupon parking. Kang tak pasal2, Baby aku kena saman. Jalan jauh2 kena saman la pulak, tak best kan. Dah la pergi bercuti ni, meragam2... So tak mahu spoilkan mood yang da sedia spoil, aku ambil jalan mudah tak mahu pikirkan. Disebabkan hotel aku ni dekat je dengan kawasan2 yang nak dilawati, jadi semua setuju untuk berjalan kaki sahaja. Lagi senang tak payah pikir2 mana nak parking.  Sempat lagi nak pose2... Wajib tau... (",)

Singgah di tempat yang pertama... Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan... (",)

  Seterusnyer... A'Famosa... Cuaca sungguh panas, aku pose juga. Dato' menghilang pasal tak tahan panas. Pening... (",)

Naik tangga ke atas... St. Paul's Church... Sejuk cikit, pasal ada angin, leh nampak laut dari sini. Basah tiak aku, leh bagi kering. Sempat juga dok temuramah pelukis yang dok melukis kat situ. Sementara menunggu peluh reda... (",)

Berehat sebentar... Panas sangat, cari air mineral... Zasssss

Jalan2 dikawasan keliling... (",)

Pose depan hotel. Nak pergi ke kereta cari makan tengahari... (",)

Muka2 lapo. Sementara menunggu makanan sampai, meh pose dulu... (",)

 Orang2 kata, kalau datang Melaka, kalau tak kena asam pedas, tak sah kan. Jadi aku dan mereka2 ini pusing2 mencari kedai asam pedas yang paling sedap kat area ni. Selepas meroger2 sana, meroger2 sini, akhirnya jumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. Kedai ni terletak di Jalan PM3 berhampiran dengan Mahkota Parade, Melaka. Menarik bukan. Memang sedap. Tak caya meh test, sure2 kuah tu korang hirup sampai kering. Lagi2 asam pedas, memang favorite aku . Makan bertambah beb. Memang puas ati aku makan kat sini. Alhamdulillah, kenyang moh jalan lagi.(",)

Masih di kawasan yang sama, pusing2 kat kawasan ni. Menara Taming Sari. Aku nak naik, tapi aku gayat. Jadinya pose je la.. Kikikii... (",)

Chist Church Melaka... Jalan sini pasal nampak kedai cendol kat seberang. Sambil berjalan aku tengok2 barang2 yang ada jual kat situ. Berkenan, grap je. Untuk kegunaan sendiri je... (",)

Da puas makan cendol, pergi ke kawasan lain pulak. Muzium Samudera, dikala petang. Cantikkan langit itu... (",)

Sempat lagi aku dan mereka ini pergi spa. Kasi ikan makan kaki aku... (",)

Kincir Angin... Akhirnya dapat juga bergambar berempat... (",)


Bila kesengalan melanda, begini la jadinya. Nak tunggu sunset punya pasal... (",)

Selesai berposing, aku dan mereka2 ini, naik bot, Melaka River Cruise. Malangnya takde pix atas bot, kerana keadaan diatas bot itu tak mengizinkan kami berposing sakan. Jangan tak caya, bot tu ada nama tau. Namanya adalah Dang Anum 19. Huh suka D no fav dia lak tu. Apasal bukan no aku...? Tetiba aku jealous di situ. Jealous... Buang masa jerk. 

Setelah habis pusing, seterusnya kami mahu makan, pilihan aku dan mereka ada seafood. Jadinya, beramai2 mencari mana letaknya Medan Ikan Bakar Umbai


Selesai makan... Moh lik KL. Lain kali leh datang sini lagi... (",)

P/s Penat tapi best (",)

Monday, February 1, 2010

Plan B... Melaka ~ The Historical City (",)

4 comments:
9 malam , aku baru balik dari kerja. Tengok pulak muka Ej (Dato') mencuka. Sigh... Mengeluh tak abis. Otak penat fikir macam2 hal. Emosi aku mudah terganggu lately ni. Aku pun tak tahu kenapa. Spirit aku hilang sangat2. Dari hal kerja, hal kawan2, hal saudara, dan hal2 lain lagi. Hm... Ambil jalan mudah tak mau fikir hal2 itu, yang pastinya aku yang akan terkena balik. Jadi baik diam2 sudah. Roger2 yang sana, roger yang sini. Dapat pulak sms dari ibu, "Mummy sorry, Ibu tak dapat nak join, ada budak la pulak.... Bla...bla...bla....". Aku hanya mampu kata "Takpe la Ibu, takde rezeki nak join kan. Mummy faham. Kita ni merancang sahaja Ibu...Bla..Bla..Bla.." Tapi dalam hati aku mengeluh (-_-")

10.30 malam, baru aku masuk bilik air. Mulanya nak amik Ary (D), pukul 9.30 malam, tapi tersangkut pulak tengok cerita Prom Night kat Astro. Jadi aku terlayan cerita tu kejap. Hikhik... Siap punya siap, tunggu Yart (Uncle) pulak. Dia pun lambat pasal kat rumah dia (Ara Damansara), ada makan2. Sabar lagi... (-_-")

11.00 malam, baru gerak amik D kat Shah Alam. Lewat dari yang dirancang. Mampu minta maaf je la kan. Dah amik D, terus ke destinasi yang mahu kami lawati. Plan pada mulanya, mahu pergi jauh ke selatan. Tapi bila fikirkan dugaan yang banyak sebelum nak pergi, berubah fikiran pergi tempat yang terdekat je, yakni Melaka... (",)

2 pagi, da sampai kat Melaka. Waktu malam, Melaka memang cantik. Banyak lampu. Ye la tempat bersejarahkan. Mesti la meriah. Ini merupakan kali ke-3 aku datang Melaka. Aku maksudkan bandar Melaka. Yang pertama dulu, waktu sekolah rendah, ala rombongan sambil belajar tu. Yang keduanya, aku berjalan raya kat rumah Mak Andak Dato', tak silap aku dua tahun lepas. Dan yang ketiga, malam ni la. Hikhik. Agak jakun (bahasa jawa) la sikit. Memang banyak perubahan.

Jalan punya jalan aku nampak signboard ni. Disebabkan da malam, lagi pun tempat ni da pun tutup. Masing2 plan nak naik esok. Jadinya, kami teruskan perjalanan. Nak cari hotel bajet. Hahhaa nak tau, aku dan mereka ni, memang suka plan macam ni. Main redah je kata orang. Ye la dah nama pun plan yang tak terancangkan. Lain la kalau yang jauh2 tu, agak proper la cikit plannye... (",)

Teruskan lagi perjalanan. Jumpa yang ini, Muzium Samudera. Cantikkan. Aku memang perak gile. Walaupun sebenarnya aku mamai (mana taknye, sepanjang jalan aku tido) tapi aku nak juga turun dan merapati kapal ini. Walaupun dah tutup tau. Kikikii... Dalam kapal ni la yang banyak khazanah bangsa  yang dirampas oleh penjajah dulu2. Yang tenggelam tu. Ceh buka buku sejarah lak pulak... (",) 
Ambil peluang bergambar. Mana Dato'...? Bawa diri pulak dia... (-_-")

3.15 pagi, Dah puas bergambar, pusing2 cari hotel. Akhirnya, jumpa hotel bajet yang tak jauh dari bandar. Nasib baik ada kosong. Hotel apa eh, Hotel Johannamanya. Yang best bila Uncle ngan D pergi kaunter, pakcik yang jaga kaunter tu siap tanya "Kamu semua ni pompuankan" Aku senyum je bila diorang cerita. Sah2 terpampang kat luar hotel "Pasangan bukan muhrim tidak dibenarkan menginap di hotel ini". Bagus2 kurangkan maksiat. Pix dalam hotel tak pulak aku snap pasal da mengantuk... 

Apa lagi tunggu tido la kan... ZzzzzzzZZZZZzzzzz
To be continue... (",)

P/s Aku lapa tau malam tu...

♥ Aurora Follow3rs