Ahad-12-May-2013
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran housemate aku yang ke 32 tahun. Aku memang tak plan nak menyambut ulangtahun kelahiran dia. Cukup aku dah bawa di ke Kota Singa, tempat yang dia sendiri kepingin mahu jejak. Buku merah dah ada, bila ada offer ajak kesana, zassss aje la.
Niat pada mulanya nak makan angin ke Pantai Timur. Nasib tak menyebelahi aku, bila resort yang dipilih fully booked. Maka dengan itu, memang cancel secara tak langsungnya untuk memandu selama 8jam kesana.
Mari tiup lilin yang pertama...
Nak dijadikan cerita, Kakak aku turun ke Kuala Lumpur. Aku sendiri tak tahu yang dia nak datang kesini. Tau-tau dia dah call dan set for lunch. Tak fikir panjang, jom ajela.
Bertempat di Marche Restaurant The Curve. Lepas makan-makan datang pulak desert dengan lilin. Nah tiup laaaa :D
Selamat Hari Jadi!!!!
Isnin-13-May-2013
Bila dah dijemput turun ke tingkat bawah untuk makan malam, aku dan housemate turun tanpa banyak kata. Tapi hati aku dah berdetik-detik. Samada apa yang aku rasa itu berlaku dari idea secara berkumpulan atau persendirian. Instinct aku ni tak leh dinafikan, kebiasaannya tepat. Tapi aku biarkan sahaja, sehingga segalanya berlaku dengan sendirinya.
Bila terhidangnya, makan malam yang berlaukkan ikan siakap tiga rasa, sayur bayam masak tumis, dan juga ikan bilis berlada aku yang sememangnya dah lapar, menjamah tanpa banyak kata. Aku lihat tidak ada apa-apa yang pelik, dan aku tak dapat nak menghidu apa-apa melainkan bau makanan yang menyelerakan.
Kejutan yang kedua, kan aku dah kata...
Menyanyilah bergabung-gabung semasa kami berempat.
Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to youuuuuu
Happy birthday to EJ
Happy birthday to youuuuuu
Sekian terima kasih. Bye!
Monolog: Semoga panjang umur ya! Xoxo
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^