Sabtu-11-May-2013
Trip bertujuan untuk syok-syok dan me-releas tension yang ada. Pun begitu, kawalan diri sendiri yang masih berkabung, tetap terjaga.
Okey, itu adalah mukadimah aku sebelum aku rancak menaip. Sememangnya aku akan mulakan tarian jari aku ni dengan bahasa-bahasa yang sangat straight to the point, sebab aku tak mahu disalah anggap. Tapi kalau masih ada yang tersalah anggap dengan tarian jari aku ni, aku minta maaf diawalnya. Aku tak perfect mana pun.
Here we are. For the first time jejak kaki ke kota Singapura. Maka keterujaan pun sangat-sangat teruja sampai tak terkata.
Wajah-wajah terujanya kami hahhaa. Muka masing-masing pun masih fresh.
Bukti pembelian. Wehooo yes, nampak kat situ hanya ada enam tiket sahaja. SDF kan ada tujuh, komitment dengan keluarga yang seorang lagi tidak mengizinkan dirinya untuk turut serta. Tidak mengapa, lain kali ada rezeki pastinya akan datang lagi.
Kalau dah masuk ke dalam ni, dah tentunya tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ikutkan nafsu nak aje cuba keseluruhan yang ada. Tapi, waktu mencemburui aku dan yang lain-lain. Makanya hanya empat tempat ini menjadi sasaran kami.
i) Revenge of the Mummy™
Pengalaman aku...
Ikut kata-kata orang yang beratur kat belakang aku, masing-masing rasa gerun. Ada yang patah balik tak sanggup nak hadap sebab takut. Tapi itu tak menggugat aku untuk patah balik. Dah penat-penat beratur panjang walaupun sejuk ber-aircon waktu beratur, tapi seram-seram sejuk itu ada. Tapi itu bukan penghalang. Ketakutan harus la dicabar. Dah macam iklan Fear Factor pulak.
Aku kategorikan sebagai permainan yang menguji tahap kekentalan mental dan emosi. Kalau hati tak kental aku nasihatkan jangan naik. Boleh pengsan kalau iman tak kuat. Agaknya lah kan. Revenge of Mummy ni lebih kurang macam roller coaster, tapi dalam versi in-door dengar gambar-gambar yang gerun dan menakutkan yang boleh korang berimaginasi secara automatic. Layan klip kat bawah ni.
ii)TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
Pengalaman aku...
Aku puas menjerit untuk kali kedua. Selama ni, dok admire dengan super hero transformer tu melalui movie-movie yang pernah aku tonton. Kali ni aku join dorang menyelamatkan dunia gitu. Sedikit gerun dengan 3D yang konon-kononya berada diparas ketinggian yang tak tercapai akal. Padahal, aku hanya berada dibawah, yang mungkin sama level dengan skrin. Ye, aku dengan ketinggian belum berada di level serasi bersama. Aku memang gayat. Dan aku takut pada ketinggian. Layan klip jom.
iii) Madagascar: A Crate Adventure
Pengalaman aku...
I like to move it move it. Siapa yang tak tahu lagu ni??? Siapa yang tak suka dengan mereka-mereka ni??? Alex, King Julien, Gloria, dan The Penguins Skipper, Kowalski, Rico, Private. Jangan tanya aku yang mana satu nama-nama penguin itu. Sebab aku sendiri tak tahu nama yang mana mewakili penguin yang mana.
Lepas tadi dok jerit-jerit, kasi cool sikit dengan gelagat mereka-mereka ni. Enjoy!
iv) Shrek 4-D Adventure
Pengalaman aku...
Terus terang aku tak pernah nak tengok atau mengikuti kisah Shrek dam Fiona ni. Tapi aku pernah tengok karektor kedua pasangan berwajah hijau ni di iklan-iklan. Bestnya layan 4D ni, sebab boleh duduk macam tengok wayang. Di selang selikan dengan semburan air, yang seakan-seakan berada di dunia fantasi. Layan klip ni eh...
So sweet kan... Berangan tak sudah.
Yeah! Kami memang budak-budak. Dulu diwaktu kecil tidak merasa akan semua ini. Jadi alam dewasa ini membuatkan kami lagi terbuka untuk meneroka segalanya. Sedari zaman kanak-kanak ke zaman seterusnya. Yang penting happy!!! Lupakan segala duka nestapa seketika.
Waktu untuk pulang. Semoga kita jumpa lagi Singapore.
Bye!
Monolog: Letih tapi menghiburkan.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^