♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, February 6, 2012

PROCEDURE... Is Procedure

السلام عليکم

Thank's Google


Pasai apa2 tiba2 ada kapal korek lak ni. 

"Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan.
Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia, pada satu masa dahulu.
Ada beberapa skala kapal korek yang digunakan pada masa itu. Kapal korek yang paling besar di dunia ketika itu dikenali dengan Kapal 1. Ia hanya digunakan di beberapa lombong bijih di Tanjung TualangNegeri Perak. Ia lengkap dengan beberapa kemudahan seperti bilik rehat, dewan makan, surau, bilik mesyuarat dan bilik kawalan mutu. Ada juga kapal korek yang kecil iaitu Kapal 3 dan Kapal 5"

Itu cerita tentang kapal korek. Lain tempat kerja lain cerita la kan. I nak cerita lebih2 pasal tempat kerja yang lain pun I tak berapa nak reti. Tapi mesti lain tempat kerja lain cara kan. tak semuanya serupa. Sama juga kerja kat klinik ni haaaaaaa. I rasa kerja diklinik ni lagi mencabar dari tempat yang lain.

So now, I nak bercerita tentang kerja I kat klinik.

Weekdays, memang takde cleaner. So, logiknya bila takde cleaner tu, biasa la kan. Menyapu, mengemop dan mengelap. Kadang2 tu, memang tak leh nak buat semua perkara diatas. Macam kat rumah juga, kalau berpasir rumah kita sapu, kalau kotor kita mop, kalau berdebu kita lap. Kerja2 mengemas ni senonim dengan perempuan. Kerbersihan kena la jaga kan. Tak susah nak buat semua tu kan. Well, orang sakit tak leh nak duga. Bila dah walk in, focus terus kepada mereka. Income ma, customer didahulukan. Tapi bila free2 boleh buat kan? Bolehhh

Duduk kaunter depan register walk in patient atau regular patient. Normal la kan kalau da duduk kaunter registration, senyum kena lebih, greeting kena nampak mesra, info kena tepat. Yakin itu perlu. Tolak tepi mood atau angin yang tak baik tu. Walaupun I duduk kaunter dan membelakangi kaunter registration, I tetap pasal telinga dan nampak bayang2 patient yang datang. Walaupun, I diberikan tugas yang lagi up dari yang lain. Bila dikatakan busy, I stop kerja I dan bantu yang lain2. Kadang2 tu, kalau banyak sangat kerja I, I memang tak dapat nak bantu. Sorry la gurls our new accountant ni sangat la banyak bunyi. Jadi I buat mana yang penting dulu. Kerjasama kena ada. Tak gitu? 

Selesai meregister patient, normal la stanby in between kaunter register, pharmacy, yang berhampiran dengan bilik doctor. Senang supaya doctor tak terjerit2 dok panggil kite bila diperlukan. Bukannya dok depan kaunter dan bersembang benda yang tak penting. Bila ada patient, automatic freeze benda yang bukan berkaitan dengan kerja. Nah, senangkan, doctor tak payah nak bangun. Kite tak rasa stress bila kena jerit. Bersedia dengan apa2 kemungkinan. Tak gitu?

Bila dah selesai consultation, kena buat ubat la kan. Kena pandai baca tulisan doctor ni. Tulisan doctor ni sangaaaaaaat laaaaaa cantik. Biasanya tulisan doctor susah nak dibaca. Bila susah nak dibaca, mana yang tak boleh dibaca, kite refer la pada doctor yang ado. Cover diri sendiri dan juga cover klinik supaya, tak tersalah kasi ubat. Kalau salah kasi ubat, semua orang akan susah. Tapi bila patient allergic dengan ubat, itu bukan salah kasi ubat. Tapi, body patient itu tak boleh terima contain yang ada dalam ubat tu. Maksudnya body patient tu sensetif la. Jadi boleh diganti ubat yang serasi dengan patient tersebut. Komited dengan kerja. Faham tak? Faham... Bagus.

Selesai tugas itu, past la ubat tu dengan cara yang betul. Jelaskan secara terperinci atau detail cara2 nak makan ubat tu. Kadang2 patient ni, tak tahu atau blur dengan ubat. Sabar melayan karenah itu perlu. Walau geram macam mana sekalipun, sekali lagi tolak tepi perasaan itu jauh2. Bila diberi ubat, kite dapat pulangan dengan duit. Berterima kasih, dan doakan yang baik2. Service yang baik, mesti mereka datang lagi kan? Mesti dapat extra incomekan? Alhamdulillah kalau ada rezeki. 

Bila berhadapan dengan accident, jangan mudah panic. Bukan patient yang control kite, tapi kite yang control patient. Kena pandai tangani keadaan tersebut dengan relaxnya. Kalau patient da kalut, kite pun dok kalut, semua pun kelaut. Kan kan kaaaaan. Handle keadaan dengan tenang. Semua akan jadi mudah. Kan kannn.

Ramai patient yang datang, stock ubat pun makin sikit kan. Bila makin sikit, setiap bulan kena la tengok ubat2 yang menyusut tu. Kadang2 berada di klinik ni takde sesibuk mana. Masih boleh tengok FB, masih boleh main game, masih boleh buka Air Asia, masih boleh berbelong. Memang kerja tempat I ni tak stress sangat. Sebab masih berpeluang buat semua tu. Tapi tak salah la tinggalkan sekejap dan tengok stock yang perlu di order. Update stock list tu penting. Susahkan bila doctor minta ubat selalu tak ada? Patient request selalu cakap stock tak ada? Sekali dua boleh, tapi selalu lama2 patient pun tak mahu nak datang. Tapi tak bermakna ubat yang tak perlu di order pun turut letak sekali. Mana yang boleh main tai chi, kita tai chi. Senangkan? Haaaa 

Begitu la sedikit cerita I dan cara I bekerja di klinik. Bukan bermakna I senior disini, I tutup mata. Kadang2 menanah juga telinga ni dengar bebelan Puan Boss. Biasa la Boss tetap Boss. Tapi apa daya I, kalau dah diberitahu, dah dibahagi tugas, tetap juga tak boleh nak buat. Buat tetap buat tapi tidak seperti yang diharapkan. Sensetif tau, bila kata kasar Puan Boss "I kasi gaji besar untuk buat kerja. Karang I tolak gaji baru tahu". Sekali dua dia warning macam tu, tak apa la juga. Tapi bila lama2, ianya satu doa tau. Nah sekarang ambil, apa yang dapat sekarang ni, bersyukur la. Minta jangan diturunkan lagi sudah.

Amboi, panjang lebar I bebel bab kerja I ni. I tahu, Angels I akan baca tulisan ni. Mana yang terasa, I tak boleh nak buat apa selain mohon maaf. Kadang2 berada ditempat I susah, cuma orang tak nampak kesusahan tu. I nak marah2 pun, masing2 dah besar.


I menulis bukan kerana kecewa, tapi ini la platform yang membolehkan I meluah perasaan.

Okey la... Jumpa lagi tataaaaaa

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs