السلام عليکم
Holla,
Selesai makan dirumah Mak (mak angkat), I tak tunggu lama untuk berjuang dengan satu misi. Sanak sedara yang sedang berkumpul dek kerana terjadinya insiden yang tak diingini, I tak hiraukan. Bagi I misi ini sangat penting. Untuk membuktikan sesuatu. YES! YAKIN DIRI.
Kata orang alang² menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan. Alang² susah, biar lama² jadi senang. Begitu juga dengan misi yang I nak buat ni. Berbekalkan doa dan harapan yang tinggi menggunung, moga² Allah mempekenankan permintaan hambanya yang kerdil ni. Tidak mahu dikatakan hanya pandai bercakap, kali ni, I akan buktikan yang I mampu berjaya. YES! PASTI BOLEH.
Siapa tidak mahu berjayakan, semua pun mahu. Siapa pula yang tak mahu mengubah kehidupankan, semua pun nak. Tak terkecuali diri I ini.
Dengan lafaz Bismillah, I menjejakkan kaki ke kaunter pendaftaran. Apa jadi seterusnya? Nantikan cerita seterusnya. Weeee
Thank's Google
Jangan sibuk la tengah berbincang ni. Bye!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^