Hai hai haiiiiii semuaaaa. Ye ye uolls la semua tu.
Lamanya tak menulis. Tetiba rasa rindu serindu rindunya. Nampak tak disitu, bunga-bunga bicara dah keluar. Ahaaa takde apa nak cerita pun. Sebabnya, rutin hariannya serupa macam semalam. Sama macam kelmarin. Seperti esok dan seterusnya. Bangun pagi, siap-siap pergi kerja. Balik kerja pulang rumah dan berehat. Diulangi setiap hari. Syokkan. Syok gilerrrr *sigh.
Pada yang ber-boss-kan bangsa Cina, untungla uolls dapat cuti seminggu deretkan. Ada juga sesetangah company bangsa Melayu dan India pun turut follow juga tutup seminggu. Walaupun dipaksa ambil annual leave secara bergabung dengan mereka, takkan luak 3 hari tambahan ye dak. Bercuti la sepuasnya. Bulan ni kan February ada 28hari je. Sekejap je dah abis bulan, sekejap je dah gaji. Ewah *silang panggung.
Seperti tahun-tahun yang lepas, pastinya ada singa menari di tempat I bekerja. Oh ya, Puan Boss yang berketurunan Hindu, yang mempercayai fungsui, dan mengikuti setiap perayaan tak terlepas dengan aktiviti tarian ni. Jadi, I pun terkena tempiasnya bila ada yang datang dan bercakap cina dengan I. Cop cop I melayu laaaa berapa kali nak ulang.
Orang kuat Bamz. Mereka memang pantang. Yeye, pantang nampak camera. Laju aje. Gambar I siapa nak tangkap. Sendiri mau ingat tangkap gambar sendiri la. Pun begitu, weolls tak cukup korum. Si Lynn yang masih dalam maternity leave.
Si singa memulakan tarian. Tung tung cheng. Tung tung cheng...!!
Lailai acara memasukkan 'gold' ke dalam premis. Kepercayaan mereka, moga-moga rezeki masuk. Insyaallah
Penat menari. Sekian terima kasih.
Weolls orang kuat Bamz dengan dua kepala singa. Kualiti gambar tak memuaskan. Maklum aje la, ramai na yang nak snap gambar weolls ni. Abaikan si gemok dalam gambar itu. Memang tak leh elak. Haha
Kata-kata akhir Puan Boss sebelum bersurai, katanya "Moga-moga dapat bonus lebih tahun ini" Ahahaha ahahahaaa syoknya dengar.
Monolong: Bersyukur. Amin
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^