Lima hari berlalu baru beroleh kekuatan untuk bercerita pasal Shiro. Shiro, seekor kucing yang sangat manja dengan I telah pergi meninggalkan I untuk selama-lamanya. Dua tahun bersama I, Shiro adalah seekor kucing jantan yang sentiasa mendengar segala keluh resah I. Berbeza dengan kucing-kucing betina yang ada. Ye, I mewah dengan kucing betina berbanding dengan kucing jantan.
Walaupun nakal, Shiro amat mendengar cakap.
Tak pernah I sangka I akan kehilangan satu-satunya kucing yang sangat manja dan menggembirakan hidup I. Tanpa sebarang tanda sakit. Melainkan sebelum pemergiannya, terdapat luka dibahagian kaki yang telah dirawat.
Bila si adik menghantar whatsapp kepada I, mengatakan akan pemergian Shiro, hancurnya hati I. Niat untuk bawa Shiro tinggal bersama I tidak terlaksana. Kosong la rumah yang dah I sediakan untuknya. Nak cakap apa lagi, benda dah jadi. Terkilan dihati sebab I tak dapat menatap Shiro untuk kali terakhir kerana, telah selamat dikebumikan.
Mimi harap, Shiro dapat doakan Mimi. Mimi rindu Shiro sangat-sangat.
Bye!
Monolog: Jangan menangis Mimi..
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^