Resepi Rendang Ayam Hijau
Bahan-Bahan
·
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
·
250 ml santan
·
2 sudu besar kerisik
·
Garam dan gula secukup rasa
·
2 keping asam gelugor
·
2 helai daun kunyit- buang urat dan
hiris halus-Yatie tambah
·
1/2 cwn minyak utk menumis
·
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
·
4 batang serai-hiris halus
·
1 inci halia
·
1 inci kunyit hidup
·
1 inci lengkuas
·
30 biji cili padi hijau
·
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
·
10 biji bawang merah
·
1 labu bawang besar-Yatie tambah
·
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
1.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis
bahan2 kisar hingga garing.
2.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga
rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup
rasa.
3.
Kacau lagi di atas api yang perlahan
dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
4.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
5.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi adalah hasil peng-googelan dari blog yatiememories.blogspot.com. Thank's sebab sudi share resepi. Inilah hasil dari air tangan I. Heheee
Monolog: I memang suka memasak lately ni ;)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^