Manusia kini, nyata dan realiti.
Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia memang tak boleh tutup. Apatah lagi bila seseorang itu mahu berubah dan mengubah kehidupan dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik. Lagi-lagi bila kehidupan kini tidak ada kaitan lagi dengan manusia-manusia sebelumnya.
Tak kurang juga, dengan sikap tindas menindas, dan melarikan diri dari perkara yang sepatutnya diselesaikan. Diam adalah cara yang paling terbaik untuk berhadapan dengan manusia-manusia ini. Balas kembali serangan? Tak perlu, kerana kehidupan ini senantiasa berputar. Sekarang mungkin mereka bahagia dengan kehidupan sekarang, akan datang belum tentu kebahagian itu milik abadi.
Yakin dengan diri sendiri benar, tidak perlu rasa takut dengan cerita, ugutan malah segala ancaman yang cuba dihamburkan, itu sudah cukup. Percaya atau tidak percaya manusia sekeliling dengan perubahan yang dilakukan, itu terbuka kepada tahap pemikiran masing-masing. Hidup ini mendewasakan, bukan merendahkan akal dan fikiran.
Peringatan juga untuk diri sendiri. Moga hidup ini dirahmati.
Monolog: 3days to go!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^