Menyambut ulang tahun bersama family itu sudah wajib. Seperti tahun-tahun yang lepas, asalkan hari kelahiran je, mesti I akan ambil cuti. Samada bercuti di luar kawasan, ataupun bercuti di dalam kawasan. Tahun ini, memilih untuk tidak kemana-mana, dan lebihkan waktu bersama keluarga. Sayangnya keluarga ini.
Sehari sebelum jatuhnya hari ini, I ada call Mama. Seperti biasa, meminta Mama untuk masakkan makanan kegemaran. Yes, Mama akan buatkan walaupun beliau mengaduh penat. Itu la Mamakan. Sanggup lakukan apa sahaja.
Bila bergurau dengan Mama, "Mana kek?". Terus Mama jawab "Pandai buat kek kan, buat la sendiri". Glup, sentap gegurl dengan kata-kata itu. Namun, sungguh dalam hati, tidak la mengharapkan apa-apa. Melainkan bersyukur kerana masih berkesempatan untuk menjalani detik-detik kehidupan sehingga kini. Amin.
Sehingga ke petang, dikala hujan lebat, kepulangan adik lelaki, Lye bersama dua pan pizza, dapat menghidu drama yang disembunyikan oleh MK's. Terus, Mama memanaskan kuah laksa, di ikuti dengan hidangan yang lain-lain. Mengambil langkah buat tak tahu. Let them surprise me. Eceh.
Taraaaaaaaaaaa. Tangisan dalam hati yang tak mungkin orang lain dengar. Tersentuh jiwa ini.
Tengok lilin dah tahu umur I kan. Ye, I sudah pun masuk ke alam 31tahun. Masa sangat berlalu dengan pantasnya.
The sweet brother I had ever. Thank you for everything. I love you.
Dalam keadaan gelap terang gelap terang dek kerana peti DB terbakar. Upacara memotong kek berlangsung dengan jayanya. Macam Halloween pun ye. Cuma tak de costumes. Heheee
Bubbye!!!
Monolog: Bersyukur dengan apa yang ada.
Dalam keadaan gelap terang gelap terang dek kerana peti DB terbakar. Upacara memotong kek berlangsung dengan jayanya. Macam Halloween pun ye. Cuma tak de costumes. Heheee
Bubbye!!!
Monolog: Bersyukur dengan apa yang ada.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^