Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Lately ni, I suka naaa makan karipap. Entah kenapa, asal pagi je, mesti cari karipap. Karipap, karipap dan karipap. Kalau tak dapat karipap, macam rasa tak sempurna hidup. Eh boleh gitu? Mengada-ngada betul nafsu mengada-ngada sekarangkan. Oh tak mengapa, asalkan tidak membebankan orang lain.
Karipap pun selective. Mesti dapatkan karipap sardin. Kalau beli karipap, mesti interview akak jual kuih tu. "Ni karipap apa kak?" Kalau jawapannya lain dari sardin, ini pulak yang I cakap "Akak memang tak jual karipap sardin ke? Jual la mesti saya beli hari-hari". Boleh kan buat macam tu. I kan customer. Bila tak dapat, mula kempunan. Poyo!
Oleh yang demikian, bila dah suka dan benda tu susah nak dapat, I cari pendekatan untuk diri iaitu try and error. Mula la nak buat sendiri. Mula la cari itu, cari ini. Mula la nak mencabar diri. Mula laaaa segala-galanya. Siap sms Mama macam mana nak buat. Oh damn! Anak dara tak reti buat kuih. Sedangkan Mamanya, pakar segala kuih. Oke, tengah malu menyorok kejap. Zasssss
Cak! Sudah keluar dari tempat sembunyian. Muahahaaa. Jom buat karipap sardin versi resipi I.
Bahan-Bahan
-Doh-
Tepung gandum
Minyak
Air
-Inti-
1 tin besar sardin
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Serbuk perasa - garam, gula
Cara-cara.
Panaskan minyak di atas kuali. Sediakan tepung gandum didalam bekas untuk menguli. Bila minyak dah panas, tutupkan api. Ambil dua senduk minyak, dan curahkan ke dalam tepung gandum tadi. Agak-agak dah sejuk, gaulkan keduanya. Campurkan sedikit air, sehingga sebati. Doh karipap dah siap.
Untuk inti, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Selesai menumbuk, tumis bahan tersebut sehingga naik bau. Masukkan air sardin dan sedikit serbuk perasa. Tunggu sehingga mendidih. Sementara itu, isi ikan sardin dilenyek-lenyek. Selesai meleyek, masukkan isi ikan sardin ke dalam kuali. Siap.
Bila dah siap, boleh la mengentel. Nah, proses mengentel sedang berlaku.
Untuk pertama kalinya mengentel. Terasa teruja dengan hasil tangan sendiri.
Jom makan! Explore banyak lagi masakan. Wanita sangat. Bueeek
Bye
Monolog: 14 days to go!
♥ Aurora Pages
♥ Aurora
- NorynMK
- Kuala Lumpur, Malaysia
- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^