♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, October 27, 2012

Menu Raya!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Back to work selepas bercuti selama sehari. Ye, sehari je dah cukup la. Tak kemana pun. Nak balik kampung, Ninda dan Tokda takde kat kampung. Masih ditanah suci. Lagipun Ayah ada tugas yang perlu diselesaikan di sini. Buat sanak saudara dikampung tu, Selamat Hari Raya!

Tahun ni, tahun I nak asah skill yang memang dah lama terpendam dilubuk hati. Lebih kepada berdikari, lebih kepada cubaan sendiri. Nak mengharapkan orang lakukan untuk kita, tidak berkubu langsung dalam hati. Pun kalau yang ada nak offer, I lebih suka menolak dengan baik, dan harap penolakan itu diterima positif.

Yehaaa!

Intro yang cenderung kepada perubahan diri. Eceh! Sangat bersemangat oke. Aidiladha disambut dengan cara bersederhana. Tidak pulang seawalnya ke rumah keluarga yang hanya mengambil masa selama 15minit. Malah malam raya, masih berada dirumah berasingan dan lakukan experiment kepada skill sendiri. Apakah ia? Teruskan bacaan ye.

Memilih Aidiladha sebagai hari pencubaan untuk memasak juadah raya. Ye, ianya benar. Tidak berbohong atau pun menjadi seorang yang propa.


Taraaaaa memilih Rendang Ayam Masak Hijau sebagai menu utama. Jarang sekali keluarga MK's masak rendang hijau. Tapi kali ini, I sajikan rendang ayam hijau untuk mereka.  Boleh ke, I pikat selera MK's? Walaupun ianya hijau, tapi percayalah tidak pedas langsung. Sengaja memilih untuk tidak pedas. Tapi, rendang yang marbles dan terangkat bila masuk dalam mulut adalah rendang yang pedas. Kan kan. Lain kali, I akan buat pedas-pedas.


Sambil masak rendang, sambil itu la membancuh bahan-bahan nak buat kek. Dah terror buat kek marble, maka kek marble aje la yang I bancuh. Walau sebenarnya, jauh disudut hati nak buat kek yang lain. Tak mengapa, kek tersebut boleh tunggu. Heheee.


Tak lengkap menu, tanpa ketupat dan nasi impit. Pun I meroyan nak buat sendiri juga. Kalau lemang diizinkan, I nak juga merasa buat lemang. Nah! Kan dah over sangat disitu. Heheheee

Sekian sahaja, cerita raya I.

Cerita raya uolls?

Monolog: Tenang ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs