Dahulunya, I tak percaya oat boleh menurunkan berat badan. Jadinya I sambil lewa je dengan nasihat Puan Boss. Tapi, bila rasa berat badan tak tertanggung, I mulakan diet dengan penuh serius. Ye, sedang serius lakukannya. ^^
Dengan 3sudu oat, dicampur dengan instant soup, I berjaya menahan perut tanpa memikirkan nasi. Yes, kalau boleh, I memang akan avoid diri ini dari makan nasi. Tapi, kalau sudah terhidang atau terbeli, jamah la juga walau sesudu dua. I juga avoid diri I dari makan daging merah. Atau segala daging yang ada. Juga, avoid diri makan seafood yang memang senantiasa menyelerekan. Mencuba untuk jadi seorang yang vegitarian. Lebihkan sayur dan juga buah-buahan. Yang paling penting, I disiplinkan diri tidak makan sebarang makanan yang berat selepas pukul 7.00malam.
Tidak hanya bergantung pada oat semata, macam iklan kat Hotfm, Siti Nurhaliza ada kata "20minit cukup, parking jauh sikit dan berjalan". Nah! Kalau I tetiap pagi menolak kereta yang block Sexy baby I, ditambah pulak dengan I turun dan naik tangga dari tingkat 6 ke tingkat 11 <--- kalau ikut hati, dari ground floor nak naik tingkat 11. Sesekali, bangun awal dan jogging seawal 630pagi. Dibantu pula dengan suplement tambahan yang diambil seminggu 2kali, membuatkan I rasa sangat berkobar2 untuk menurunkan berat badan dengan serius.
Kesannya, selepas dua minggu, I berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Wow, satu tindakan positive, untuk diri sendiri. I suka!!!!
I sedang mencabar diri selama 3bulan. Insyaallah.
Monolog: 22days to go!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^