♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label FWB. Show all posts
Showing posts with label FWB. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Triple-X: Saman Selesai

2 comments:
السلام عليکم
Cerita pasal camping belum habis lagi ke? Hok aloh ingat da settle kan. Belum la, kan we olls kena kompaun. Baca sini kalau nak tau story. Jadi, memasing pakat nak buat buat rayuan dari amount yang sepatutnya dibayar. Ye la kesilapan pertama kot, jadi patut sangatla membuat rayuan.

Setelah penat memerah otak (tahniah buat mereka yang menyumbang idea untuk membuat surat rayuan ini) akhirnya salah seorang wakil dari kami sanggup turun ke Port Dickson untuk menyerahkan sendiri surat rayuan tersebut. Terima kasih kerana sanggup berkorban. Jasamu dikenang.

Bersyukur tak terhingga, dari dikenakan kompaun RM250 (seperti tertera diatas kertas surat saman tersebut) jumlah itu dapat dikurangkan menjadi RM150.

 Sampul surat untuk MPPD

Wang pos

Disebabkan komitmen masing2, wang pos sahajalah cara terbaik untuk membayar kompaun tersebut. Terima kasih Pos Malaysia sebab menjadi orang tengah untuk membayar kompaun ni. Heheee

Jadinya, RM150 itu telah dibahagi kepada 17orang. Sebulat suara telah bersetuju untuk menyumbangkan seorang RM10. Extra RM20 akan diberikan kepada runner yang running ke sana. Sebagai duit minyak dan tol. 

Lain kali, tak buat lagi. Insyaallah :)

Wednesday, February 22, 2012

Triple X Story :: Diperhati!!!

1 comment:
السلام عليکم

Chak!

Kesinambungan kisah ini dan kisah ini. Picit kalau mahu tau kisah apa.

Ini adalah kejadian yang berlaku, sewaktu group pertama, kedua dan ketiga nak menyiapkan makanan. Tanpa sedar, the group telah dicop sebagai vandalism. Kenapa?

Dibahagian Pantai Port Dickson, bukan semua tempat dibolehkan untuk aktiviti bakar membakar. Tu pun I baru tahu setelah, I and the group dilayangkan surat ini.


Untuk pertama kalinya I datang Port Dickson, I dapat surat ini. Sedih, memang sedih. Keseronokan yang diharapkan terus jadi kekesalan yang tidak dapat dihuraikan. Walaupun tanpa sedar, terlepas pandang, dan dengan kata lain, tidak tahu. Tidak ada kemaafan yang diharapkan melainkan, kedua2 pegawai MPPD memberi sekeping surat ini. Perhatikan amount yang patut dibayar. Hmmm kenapa?


Kerana aktiviti diatas, I and the gang telah disaman oleh MPPD. Sesungguhnya, I and the gang tidak tahu bahawasanya, kawasan perkhemahan we olls tu tidak boleh melakukan sebarang aktiviti pembakaran. Seperti yang we olls kena, we olls meletakkan arang dan membuat pembakaran diatas pasir pantai. ITU TIDAK BOLEH. Mahu berdalih bagai, tidak ada kemaafan kerana we olls diperhati. Bukan tiada tempat pembakar, tapi, tempat pembakar ada bersama I, group yang keempat. Ada sedikit rasa ralat, dimana sepatutnya tempat pembakar itu dibawa bersama group kedua. Benda nak jadi, jadikan pengajaran sahaja. 


Iye, diperhati tanpa sedar okey. Jadi, segala aktiviti yang berlaku, terang2 la Pegawai MPPD boleh nampak dan tahu. Ouch! Malukan. Kalau nak diikutkan, ada satu lagi saman nak dikeluarkan oleh dua Pegawai MPPD yang melakukan rondaan jam 3pagi. Mengapa?



We olls sekali lagi dilabelkan sebagai vandalism. Kerana menggunakan batu2 pejalan kaki sebagai pelapik bekas pembakar we olls. Ouch! Kenapa Pegawai MPPD nak cari pasal dengan we olls ni. Hari sebelumnya kan dah kena, takkan nak kena lagi. Berkat dari kelantangan dan keberanian "Penyelia Terjun" we olls, kata sepakat sudah diambil, dengan sepantas kilatnya we olls menyusun batu2 yang dikatakan. Walau hakikatnya, batu2 itu  terdahulunya berada ditempat lain. Atas dasar malas nak banyak bunyi, we olls susun la. Terima kasih atas kerjasama. Kalau tidak, we olls kena bayar RM500. Double dari sebelumnya.

Apapun pada yang nak berkhemah dan berkelah. Berhati2 la.

Bye

Triple-X Camping :: X'treme, X'citement, X'perience Part Two

No comments:
السلام عليکم
Holla, M back

Sudah baca yang pertama? Kalau belum baca, sila picit yang ini. Adat bercamping la kan. Mesti ada yang berjaga waktu malam, menjaga barang2. Plan pada mulanya nak berjoging sekitar pantai, dan melakukan senaman poco2. Tetapi, disebabkan kehadiran hujan yang tidak dijangkan, dan tidak tersedianya plan B, semuanya punah.

I tidur pun cuma 3jam. Tak biasa tidur dalam khemah kot. Tu yang dok terjaga2. Bangun2 dah pukul 7.45pagi. I dok kejutkan mereka2 yang sedang lena tidur, tapi tiada sahutan, makanya belum bangun la kan. Atau mungkin diorang da bangun dan dah bersiap mandi. I pun tak perasan keadaan itu. Jadi, I tak tunggu lama, I plan nak tumpang masak nasi kat rumah kakak ipar kawan I. Terus focus pada tugasan I.

Selesai je I masak nasi, I drive back to the beach. Terperanjat I tengok dengan keadaan yang ada. Apa boleh I cakap? Itu bukan dalam plan. Kalaupun, I lari sekejap semata2 nak masak nasi for lunch, dan masing2 dengan aktiviti sendiri, itu patut la. Takkan la nak tunggu I kan. Tapi, kalau masing2 dah bersiap seperti mau pulang? Apa I nak komen. Itu bukan dalam plan pulang berasingan. Zipp mulut.


Bila dah zip mulut, all the chef yang ditugaskan untuk masak lunch, kena la masak. Alhamdulillah, sedap hehe


Owh! Menariknya... Lapar la pulak. Terliur kan.... Me toooo haha. Selesai makan, group yang pertama dan ketiga mahu pulang. Jadi tinggal la group yang kedua dan keempat. 


Mana I? Sekali lagi bertindak sebagai photographer.

Selesai mengemas, menghangkut, singgah ke rumah kawan I untuk bershower. Melekit badan I seharian tak mandi. Untungla pada yang mandi banyak2 kali. Pufff.

Dah kesana kemari, perut pun lapar. Terus ke Teluk Kemang, cari laksa. Dah lapar sangat, gambar pun lupa snap. Masa tu my Nikey tak bersama dengan I. Dipegang oleh orang lain. Dah penat semuanya pun lupa. 


SDF and the gang. Insyaallah akan repeat lagi aktiviti seperti ini.

Bersurai..

Triple-X Camping :: X'treme, X'citement, X'perience Part One

2 comments:
السلام عليکم
Holla..!

Entry yang lepas, I dah siap2 buat auto-publish untuk my belog ni. Entry2 itu adalah intro untuk aktiviti camping ni la. Rujuk entry Toing dan In the mood of ;). Hah! Ya, I plan weekend activity dengan my lovely SDF dan kengkawan. Awesome! Alhamdulillah menjadi, walau here and there macam ada yang takde kerjasama. Well, human kan ada masa memang tak amik port walau sebenarnya, port yang dia tak amik tu kena amik juga. Faham ke? I assume U olls faham. Hehehe.

Group pertama sampai seawal 5petang. Group kedua, sampai dalam pukul 7petang. Group ketiga pula, dalam pukul 8malam. Group yang terakhir adalah group I, sampai dalam pukul 11malam. Biasa la, masing2 ada kerja, dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebelum bercuti pendek. Jadinya, plan berkonvoi tu, tak dapat nak diteruskan. Apapun, terima kasih atas kerjasama masing2.


Taraaaaaaaaa khemah2 we olls, ada yang besar, ada kecil. Tak kesah la besar atau kecil, janji ada tempat untuk berteduh. Ada 5buah semuanya. 


Yeah! My lovely SDF in the beach. Hahha. Masing2 ada tugas masing2. Ngeh2.


Our food, prepared by the team. Semua pun tolong bakar kot. Ada ke yang tak tolong bakar? Ngeh2..



FWB and the gang. First time bergabung untuk short vacation ni. Giler sengal masing2. Awesome. Time ni, masing2 sedang bersiap sedia untuk game. Mana I? I ditugaskan untuk menangkap gambar masing2. Tukar profession jadi photographer. 

Tengah seronok2, angin mai dengan kuatnya. Masing2 kelam kabut pegang khemah masing2. Ada yang membantu, ada juga yang tak membantu. Macam mana tu? Kesal I melihatnya. Haishhh nak kata apa, time2 macam ni la kita kenal mana lawan, mana kawan. 

Sengaja kasi besar gambar, takde la susah2 U olls nak tengok kan2 :D

Setakat ini dulu. Nantikan entry seterusnya. Bye!

♥ Aurora Follow3rs