March treatment HOYEEEEYYYYY!!!!
Hiking lagi! Hurey kerja giler dan menjadi kegilaan aku buat masa ni. Mengila bila back to back pergi ke tempat yang sangat tough! Oh yes!!! Siapa yang dah pergi ke Gunung Nuang dan sampai ke Puncak Gunung Nuang, pastinya akan faham apa yang aku maksudkan tadi. Yes! Gunung Nuang bukan calang-calang gunung nak diredah. Stamina dan ready fizikal dan mental. Tak kuat, pasti kau patah balik. Aku tak garenti, tapi kemungkinan terjadi.
Aku kesini lagi, bila tak merasa nak sampai ke Puncak Gunung Nuang minggu yang sebelumnya. Mohon klik entry yang sebelum ini Love The Nature: Evaluation and Training hike @ Kem Pacat-Gunung Nuang, Hulu Langat 22022014. Terjahan kali ini, aku mahu sampai ke puncak. You go girls!!!! Yakin boleh rakan mudaaaaaaa rakan mudaaaaa
Terjahan kali ini, bukan sorang-sorang. Tetapi ber-group yang terdiri dari 5 orang. Aku, SK (ketua ekspedisi), Norma, Angel dan Ali. Norma dan Angel staff SK, Ali pulak kawan Norma. Jadi bergabung la kami bersama ke puncak. Nanti hujung-hujung baru aku tepek gambar. Sekarang ni kita cerita dulu. Eheee
Mari baca itinerary yang aku buat mengikut waktu. Kita buat cara lain pulak. Hekhek
INFO - Puncak Gunung Nuang: Elevation 4,898' (1,493m)
5.00pagi - Berkumpul di BHP Cheras. Kalau berjumpa 5pagi, agak2 aku bangun pukul berapa? Dah tentunya 3.30pagi. Aku ni kan terhegeh-hengeh kalau bersiap.
5.45pagi - Dah selamat sampai di tempat parking kereta di Gunung Nuang. Gelap gulita keadaanya, sejuk-sejuk embun pagi masih terasa. Tak banyak kereta lagi, tapi ada satu bas dari MP Sepang. Barangkali ada aktiviti yang sudah pun berlangsung dari semalam.
6.10pagi - Bersiap sedia untuk berjalan ke kawasan pergunungan. Oleh kerana cuaca masih gelap dan memang takde lampu kat dalam tu, kena la pakai head lamp untuk memudahkan perjalanan. Takde head lamp, pakai la lampu picit, takde jugak, pakai la lampu minyak tanah. Tak pakai pun takpe kalau deria mata memang tajam boleh melihat dalam gelap. Lepas dah pakai head lamp tu, check keperluan yang perlu dibawa untuk kali yang terakhirnya, final check la kiranya. Mana yang perlu dan tak perlu untuk dibawa supaya tidak membebankan yang boleh menganggu perjalanan. Sedikit briefing dari ketua ekspedisi. Eceh. Dah siap berdoa dan bertawakkal ikut cara masing-masing, mari la melangkah masuk. Bismillah.
6.20pagi - Tak sampai suku perjalanan, ketua ekspedisi patah balik ke kereta, sebab buff tertinggal di atas kereta. Satu sign yang tak baik, bila dah ready nak berjalan dan patah balik. Aku memang tak suka perkara itu berlaku, but set otak dengan perkara-perkara yang positive. Semuanya akan okey. Insyaallah.
Teruskan perjalanan....
7.45pagi - Dah sampai di bawah Kem Lolo. Berehat sebentar ambil nafas. Macam yang aku jangka tadi, mesti ada yang buat aktiviti di hari yang sebelumnya. Dah siap dengan khemah bagai. Syoknya la kan berkhemah. One day aku buat jugak bergini. Tapi tak boleh la nak plan sampai puncak. Siapa pulak nak jaga barang-barang yang ada.5.45pagi - Dah selamat sampai di tempat parking kereta di Gunung Nuang. Gelap gulita keadaanya, sejuk-sejuk embun pagi masih terasa. Tak banyak kereta lagi, tapi ada satu bas dari MP Sepang. Barangkali ada aktiviti yang sudah pun berlangsung dari semalam.
6.10pagi - Bersiap sedia untuk berjalan ke kawasan pergunungan. Oleh kerana cuaca masih gelap dan memang takde lampu kat dalam tu, kena la pakai head lamp untuk memudahkan perjalanan. Takde head lamp, pakai la lampu picit, takde jugak, pakai la lampu minyak tanah. Tak pakai pun takpe kalau deria mata memang tajam boleh melihat dalam gelap. Lepas dah pakai head lamp tu, check keperluan yang perlu dibawa untuk kali yang terakhirnya, final check la kiranya. Mana yang perlu dan tak perlu untuk dibawa supaya tidak membebankan yang boleh menganggu perjalanan. Sedikit briefing dari ketua ekspedisi. Eceh. Dah siap berdoa dan bertawakkal ikut cara masing-masing, mari la melangkah masuk. Bismillah.
6.20pagi - Tak sampai suku perjalanan, ketua ekspedisi patah balik ke kereta, sebab buff tertinggal di atas kereta. Satu sign yang tak baik, bila dah ready nak berjalan dan patah balik. Aku memang tak suka perkara itu berlaku, but set otak dengan perkara-perkara yang positive. Semuanya akan okey. Insyaallah.
Teruskan perjalanan....
Sempat capture gambar sebelum aku siap sedia berperang dengan keadaan dihadapan. Tempuran fizikal dan mental. Ini daun, bukan bunga. Sungguh unik aku rasakan.
810pagi - Dah selamat sampai di bahagian atas Kem Lolo. Wah, ramai juga yang berkhemah. Sampai diatas sini pun ada khemah lagi.
Teruskan perjalanan...
9.00pagi -Berhenti rehat untuk sarapan pagi. Kalau ikutkan plan yang telah dirancang, kami akan breakfast dekat Kem Pacat. Disebabkan antara kami seakan layu dan perlukan tenaga untuk terus bergerak, makanya, berhenti disini untuk mengelakkan kejadian yang tidak dikehendaki dihadapan. Berbekalkan burger kacang (vegetarian), sedikit energy drink sudah cukup. Tak mahu la makan nasi lemak, bihun bagai. Susah pulak nak bergerak. Jumpa lagi anjing putih yang pernah aku jumpa sebelum ini, minta diberikan makanan. Tapi maaf la, kami tak mahu manjakan anda. Bukan kejam, tapi tak mahu biasakan. Itu dugaan namanya. Hiks. Oke dah kenyang. Jom gerak.
Teruskan perjalanan...
10.10pagi- Sampai di Kem Pacat. Berhenti seketika untuk beri peluang kepada kawan-kawan yang lain untuk mengambil gambar disalah satu pokok yang unik disitu. Seperti aku, turut teruja bila pertama kali datang sini. Jalan sedikit "jem" untuk terus ke puncak. Makanya, kami mengambil langkah memberi peluang kepada group yang besar melimpasi kami terlebih dahulu.
Teruskan perjalanan... (Setiap kali aku tulis ayat ni, macam GPS aku sedang berbunyi hahaaa)
11.10pagi - PUNCAK PENGASIH yeay! Aku dan Ali berjaya memotong segala barisan yang ada dihadapan. Fuh! Luar biasa stamina aku kali ni noks! Puncak Pengasih ni, merupakan sempadan antara tiga negeri, iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Say Salam pada Ninda dan Tokda di Selangor, Salam pada makcik yang ada di Pahang, dan Salam pada makcik yang ada di Negeri Sembilan. Dengan ucapan "Saya berada di Puncak Pengasih" Hehheee. Sengalisious!!!!
Ikuti pose poyo sekejap. Time ni, memang la berpeluang nak capture gambar. Gila kau, jalan berbatu-batu nak pegang camera. Aku belum tahap pro lagi. Dah pro esok, aku akan capture gambar sambil mendaki. Angan-angan tinggi kau!!!
12.15petang - SUMMIT! Hureeey Puncak Gunung Nuang deh!!! Joget samba!!! Tak tunggu lama, masing-masing keluarkan bekalan untuk makan tengahari. Sambil prepare makanan, sambil tu cari coverage untuk check in FB. Itu perkara biasa ye kan. Kahkah gelak setan. Lunch kali ni, disediakan oleh Norma. Masa makan tak ingat nak tangkap gambar, kita tangkap masa balik ajelah ye kahkah.
Serious kurang pasti kenapa aku kena tangkap gamabr begini, tapi yang nyata aku tetiba rasa malu. Puiii
We are here!!! The gang and thank you guys! Kita repeat lagi okey. Pomis kenyit mata. Oke dah siap posing semua, waktu untuk turun sebelum highway jem. Lariiiiiii
4.30petang - Bekalan air habis. Oh nooooooo!!! Disebabkan ramai yang berkhemah hari ni, makanya nak ambil air sungai sebagai air tambahan, tidak tersanggup rasanya. Kurang yakin gitu. Lain la kalau tiada orang, aku gunakan air sungai tu tanpa was was untuk aku minum. Tawakkal adalah yang terbaik.
6.00petang - Dah sampai di bawah Kem Lolo. Disebabkan esok harinya ada Ultra Marathon, makanya sibuk la organizer menyiapkan segala keperluan untuk esok hari.
7.15pm - Kami sampai park. Super tired. Tapi puas...!!!
Sekian.
Bye!!!
Monolog: Tak percaya tapi ini terjadi...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^