Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Bertemu lagi diruang celoteh riang ria bersama aku. Eceh, berangan menjadi pengacara macam Erra Fazira dalam Primadona pulak. Oh well, Erra Fazira memang sudah menjadi idolaku sejak dari kecil, makanya angan-angan untuk menjadi macam dia tu selalu ada didalam diri. Segalanya tentang dia tu aku suka. Yang penting aku suka dia sebab diri dia sendiri. Cantik itu satu bonus. Ngeeee.
Aku bukan nak cerita pasal Erra Fazira. Aku nak mengomel pasal era aku sekarang ini. Eceh macamkan gempak gilerkan era kehidupan aku ini. Kehidupan yang mula berubah, lebih mementingkan kesihatan dan penampilan diri, hendaknya aku sendiri harus berusaha ke arah itu. Walaupun dahulunya, aku sering kali mengalah dengan keadaan dan seringkali aku tersekat disetiap gerak langkah dan keinginan, itu bukan bermaksud aku biarkan keadaan itu terus disitu. Ada masanya, kita perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik dan sampai ketahap yang lebih sempurna. Transformasi kata PM eheee.
Shaklee, siapa pernah dengar nama ni? Rata-rata pasti tahu akan keunikan dan keberkesanan supplement yang terbaik ini. Dulunya, aku memang tidak menitik beratkan soal supplement ni. Asalkan aku pandai kawal makan, exercise dah cukup. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berada di negara yang mewah dengan makanan, mampukah aku menolak hidangan yang lazat serta tinggi kadar kolestrolnya. Tepuk dada tanya la selera sambil menyanyi oke.
Sejak aku ternampak banner Shaklee, yang kebetulannya satu kawasan dengan aku, aku tak fikir lama untuk roger agent tersebut. Dia yang bernama Misriah Yahya. Comel aje orangya. Sebelum itu aku banyak buat survey akan keberkesanan supplement ini. Rata-rata kebanyakan review yang aku baca memberikan kesan yang positive. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya ~bekerjaya la sangaaaaaat, aku kena kekal sihat dan aktif untuk meneruskan hari-hari aku. Pun begitu, selain dari kekal aktif, penampilan badan juga kena jaga. Tak mahu la dikategorikan sebagai gemuk. Eheee.
Sebelum ni, aku sibuk bercerita tentang exercise, kali ni aku nak cerita pasal supplement pulak. Selain exercise, aku juga ada mengambil supplement Shaklee sebagai makanan tambahan. Tidak aku nafikan, pengambilan tiga serangkai ini menghasilkan keputusan yang tidak pernah aku fikir. Senang cerita, resultnya sangat la AWESOME. Apa tiga serangkai tu? Tiga serangkai itu adalah ALFALFA+LECHITIN+HERB-LAX. Biar gambar menceritakan apakah fungsi setiap satunya.
Diawal pengambilan, tidak dinafikan, selera makan aku bertambah dan menjadi salah satu punca kenaikan badan aku yang mendadak. Itu biasa bila mencuba apa-apa supplement, kerana badan belum selesa dengan benda baru. Lama kelamaan, hormone badan mula terkawal. Umum sudah mengetahui, tanpa exercise semahal mana pun supplement yang dimakan, tidak akan membuahkan hasil. Hasilnya, gabungan exercise dengan supplement Shaklee ini, aku memiliki perbezaan yang amat ketara. Disamping itu, aku juga mengambil VITAMINC dari Shaklee. VITAMINC untuk menaikkan immune system dalam badan. Pun begitu, disarankan minum air yang banyak untuk membantu proses pengambilan. Setiap hari, aku akan ambil dua biji ALFALFA, sebiji LECITHIN, sebiji VITAMINC. Manakala sebiji HERB-LAX aku ambil seminggu sekali.
Alang-alang dah membeli supplement dari Misriah, aku cuba tanya kalau nak jadi member macam mana. Boleh dapat member price ye kan. Bukan pulak aku berniat nak meniaga, tapi lebih untuk makan sendiri dan keluarga. Kalau pun kawan-kawan aku nak order melalui aku pun tak menjadi masalah. Heheh. I'm officially a Shaklee member now! Muahahahaa
Pada yang tercari-cari supplement tambahan, kau orang boleh cuba Shaklee. Harga pun tidak mahal, dan boleh bertahan selama tiga bulan setiap botol. Berbaloi-baloikan. Jimat pun jimat, keberkesanannya pun terbukti. Jangan ragu-ragu ya.
Oke sayang, berhenti disini. Aku akan menulis lagi.
Bye!
Monolog: Pilihan ditangan anda :D
♥ Aurora Pages
♥ Aurora
- NorynMK
- Kuala Lumpur, Malaysia
- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^