Holla!!!!
Date: 02-November-2013
Vanue: Kelana Jaya
Pesta warna-warni, pesta makan-makan, pesta kenyang perut. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku mesti luangkan masa untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Puan Boss. Yeay! Mudah-mudahan murah rezeki Puan Boss sekeluarga hendaknya. Nasib baik la sebelum pergi ke majlis ni dah buat workout sepuas-puasnya kat stairs. Trainer pesan, "What ever happens keep doing your stairs". Pesan itu aku bawa sampai mati. Kenyit mata ngeeee.
Hari yang sibuk. Pagi-pagi aku dah terbang sana sini. Makanya, aku sampai di rumah Puan Boss pun dekat pukul 230petang. Dah lewat, sampai-sampai terus laaaa makan!! Gambar makan, pun tak ambil. Nah kebulur kau. Ada masa ke nak keluarkan handphone bagai. Yang penting isi perut dulu. Nak terbang ke Seremban selepas majlis ni untuk majlis pertunangan adik pun tak sempat. Sorry tak dapat hadirkan diri. Masa sangat pendek dan laju berlalu aka jadual kehidupan sangat padat. Lol
Dah kenyang baru la bergambar!!!
Taraaaaaa. Ini laaa Puan rumah, Puan Boss, Sister, Best Friend dan seangkatan dengannya. First time dia offer diri nak bergambar. Kalau taaak dia selalu mengelak dengan alasan "Camera malu dengan saya" haha. Apa nak cerita pasal Puan Boss aku ni. Semuanya yang awesome tu ada dengan dia. Nak cakap apa lagi kalau dah ter-sangat awesome. Susah senang aku, keluh resah aku dia la yang menadah telinga dan bahu. Tetapi tak semua cerita aku boleh ceritakan. Sendiri simpan la derrrr. Kenyit mata banyak-banyak kali ngeeeeeeeeeeee.
Baby Allyandra Eunice in the house. Susah betul la nak tengok dia senyum. Macam Mummy juga. Tapi sekarang Mummy kena senyum selalu. Selain dari exercise badan, exercise muka pun perlu. Dinasihatkan oleh Puan Boss dan trainer. Wakakaaa
Muka happy lepas makan. Burp! Alhamdulillah kenyang. Jarang-jarang la aku nak berpakaian macam ni. Kena paksa diri nak biasakan. Kalau tak, kau orang akan tengok aku pakai t-shirt dan jeans. Sempoi. Untuk pengetahuan, aku beli baju ni sebelum raya. Sedih, bila aku cuba pakai kat rumah tak muat. Masa baru-baru beli laaaaa. Itu lah padahnya kalau beli baju tak fitting dulu. Oh well, aku memang tak suka nak masuk fitting room. Main ambil, bayar dan cuba kat rumah. Dah fikir untuk sedekahkan kat orang lain. Sebelum kesini cecuba la pakai. Nah kau! Aku dah boleh pakai. Terus cancel nak sedekahkan kat orang. Maknanya apa??? Maknanya "Keep doing your stairs" Hahhaa!
Bye!
Monolog: Happy Mood
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^