♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, December 17, 2012

Perjalanan ke Pantai Timur

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monday is back! Oh why.. Oh why.. Sigh... Keluh kesah bila Isnin datang. Malas, letih, lesu, penat blablablaa.

Warm up hari Isnin dengan mem-belog. Weekdays takde cerita sangat, sebab sibuk dengan kerja. Jadi belog kusam ni akan cerita kisah-kisah dihujung minggu I aje. Boleh aje nak update on the day, tapi biasa la coverage selalu aje susah nak dapat. Quality time dengan family, takkan nak hadap gadget je kan. Not me la kan kalau ada geng nak hadap gadget. Hehee.

Asalkan namanya hujung minggu, harus la penuhkan dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau di minggu yang lepas, I pulang ke kampung, minggu ini I pulang ke pantai timur untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin I. Yeah yeah..


Perjalanan bermula, ikut kata GPS. Kali terakhir menuju ke pantai timur dua tahun yang lepas. Itu pun sebab rescue buddies yang memerlukan pertolongan cemas. Seingat I, itulah kali pertama I drive pergi dan balik, waktu tu gerak malam, dan pulang subuh. Dan esoknya sambung kerja semula. Walaweiii hehe.

Bab-bab travel ni, I suka jalan waktu malam berbanding waktu siang. Tak tahu la kenapa, tapi I rasa travel waktu malam, lagi menenangkan dari waktu siang. Waktu siang, I rasa masa berlalu sangat lambat berbanding waktu malam. Tapi, sepanjang travel waktu malam, tidak la pernah I jumpa apa-apa yang tak sepatutnya. Tak pernah la jumpa benda pelik-pelik. Minta simpang la kan.


Jadi co-pilot aje. Bila dah jadi co-pilot, memang takde kerja lain. Tangkap gambar syok sendiri. Memang suka kasi gambar tepi aje. Sila jeles Cik driver. Miahaha


Asal travel, kekudap kena la ada. Tapau apa yang ada kat RnR. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tolak tambah bahagi, ada la dalam 3jam. Sesampai di Jengka 13, Pahang terus I cari Mama yang sedang sibuk rewang kat dapur. Makan-makan dan bergambar.


Part of families yang datang. Pengantin perempuan adalah cousin I.


Selamat pengantin baru Kak Ayu dan pasangan semoga kekal ke anak cucu.


Dua beradik yang tumpang bergambar. Turn kite lama lagi kan deq. Hehe


Cik driver aka kawan baik I. Mekasih sudi drivekan I ke sini.


The latest dua pupu. Kalau tak silap kiraan la kan kan.


 Artist in the house. Ayah dok push adik I ni menyanyi. Malu tapi mahu. At last, menyanyi gak lagu 'Rahsia Pohon Cemara'. Suara not bad. Patut la asyik berkurung dalam bilik aje. Selalu test vocal eh. Hehehe.

Ada cerita lagi tunggu eh.

**Kualiti gambar tak berapa nak cantik. Lupa nak set. Ngeee

Bye!!!

Monolog: LESU

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs