♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, December 11, 2012

Berurut untuk sihat ;)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Selamat bercuti warga kerja di Selangor. Terima kasih kerana mengurangkan kesesakan jalan raya.

Ahad yang lepas, pulang ke kampung untuk menjemput Mama yang sekian lama berada di kampung menjaga Ninda yang kurang sihat. Dikesempatan itu juga, minta Mama carikan tukang urut yang boleh mengurut badan I yang minta dibetulkan segala urat yang ada di badan ini. Masa yang ada diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Berurut selama 3jam, satu masa yang rasanya sangat berbaloi untuk diisikan. Tak sia-sia pulang ke kampung kali ini. Walau niat sebenarnya ingin berjumpa dengan Ninda, tapi dek kerana Ninda sudah pun berada di Pahang, untuk menghadiri majlis bersandingan cuzzy yang akan berlangsung Sabtu ini. Insya Allah, bertemu juga Ninda disana Sabtu ini.

Tukang urut yang ramah. Sambil berurut, sambil itu la berborak. Sambil berborak, sambil itu la menahan sakit. Tapi, buat-buat tak sakit. Tahan mana yang patut. Tak tahan kaluuuu, memang la I menjerit. Jerit-jerit manja laaaa, takde sampai tahap kakak tukang urut tu kena tendang, Hish tak baik tau.

Sedang berurut, kakak tukang urut itu menunjukkan sebutir pasir yang keluar dari bahagian lengan. Diurut sekali lagi, keluar lagi sebutir pasir. Maknanya ada dua butir pasir yang keluar dari bahagian lengan. Katanya, takde apa-apa, Insya Allah, segala penyakit akan sembuh. I tidak la fikir sesuatu yang kurang baik, atau perkara-perkara yang karut. Hanya fikir segala logic, tilam yang I baring tu, ada pasir. Itu tak mustahilkan.

Cuma, andai benar kata-kata kakak tukang urut itu, minta diri ini sihat seperti sebelumnya. Minta dijauhkan perkara yang tidak baik. Berkat doa, dan ketentuanNya, Insya Allah.

Entry tanpa gambar.

Bye!!!

Monolog: Berserah 

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs