Dah lama rasanya jari jemari aku ni berhenti menari di keyboard. Terasa gatal jari jemari untuk berdansa dengan rancaknya. Terasa enjoy bila dapat mengikut rentak bunyi-bunyian keyboard ni. Nah mula sudah aku bermadah.
Mana nak mula?
Dua tahun mengilang dari dunia blogging. Aku rasa macam dah karat otak ini dengan idea. Ada yang tertanya kot, mana aku pergi selama dua tahun ni? Itupun kalau ada yang tertanya macamkan glamour sangat aku ni, tapi baguskan syok sendiri, sebab aku tak kacau orang - ini aku membebel dalam hati tau, aku tulis juga hahahaa
Aku kemana ehhhh... Akuuuu akuuuu akuuuuuu bawa diri laaaaaaar takkan tak faham-faham lagi. Tak kan aku nak kena cerita details. Hahahaaaa eh takdela EnCik bawang sekalian, aku ada je lagi kat Malaysia tanah airku ini. Masih berbakti ditempat kerja yang sama, dengan orang sekeliling yang sama. Juga ada datang pergi kawan baru dalam kehidupan. Alah itu biasa lah, lumrah kehidupan, ada yang datang ada yang pergi. Aku doa yang baik-baik untuk mereka. Selain itu, aku pun menyibukkan diri aku dengan pelbagai aktiviti kerohanian serta aktiviti lasak yang belum pernah aku terfikir nak buat masa muda-muda. Orang putih kata....
It's never too late in life to have
genuine adventure.
Well yaaaaah!! Aku akan cerita satu persatu cerita aku, pengalaman aku, yang mungkin sudah basi. Orang lain dah kebulan, aku masih atas bumi. Yaaaaaa aku masih berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah, selagi akal aku masih berfikiran waras, aku jaga sebaik mungkin. Aminnn
So!!! That's it pembuka cerita. Aku scroll dulu draft-draft (kalau ada) yang lepas untuk aku jadi bahan cerita aku ya.
Stay tuned for something awesome!!!!
Xoxo
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^