♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, August 13, 2017

BAMZ: Is time for Vit-Sea, Krabi, Thailand

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Entry ini panjang berjela... Baca sampai habis

Kenapa pilih Krabi? Majority dari weolls mahukan Krabi. Aku, hanya follow majority. Lagipun, ini juga pilihan Boss selepas weolls balik dari Bali tahun lepas. Pi godek entry-entry yang lepas ye kalau nak tau cerita Bali. I is malas nak tepek banyak-banyak kali. Buat kerja lebih sikik EnCik bawang kalau nak tau cerita terkini I hahaha.

27/7/2017
Selepas settle some paper work, masing-masing dah bersiap nak meronggeng. Jam 1petang waktu Malaysia dah bertolak ke KLIA2, untuk flight jam 4petang. Kali ini chillax je, sebab takde yang mengandung. Tetapi family BAMZ bertambah. Kalau tahun lepas 4orang aje. Tahun ni family dah growing up jadi 6orang. Syabas! Oleh kerana family dah besar, aku dengan rela diri surrender tak mahu masuk campur pasal accommodation. Biar adik-adik yang buat. I is follow, what they choose and agree with any plan. Gituuuuuu. Macam biasa, kalau company trip, memang we olls pakai khidmat Kimi untuk hantar we olls. Jadinya, tak perlu risau-risau. Ngeee

Wefie depan pintu KLIA2 

Masing-masing lapar, jadi kita singgah makan Subway dulu sebagai alas perut. Sebabnya, sampai sana pun dah malam. Jadi kita isi perut ala kadar. Biasalah tu kalau pi holiday, tidur tak lena, makan tak selera, exited kata ko. Tapi bila flight dah take off tidur juga ye kan....

*********************************** Here we go, Krabi Thailand ***********************************

Sampai je Krabi dah jam 7pm++, jadi kita naik shuttle bus je. Senang dan mudah. Perjalanan ke hotel mengambil masa dalam 1jam ++ juga. Sebab kami tinggal dihujung area yang dekat dengan beach, makanya dalam bas tu boleh lah tidur pada yang nak tidur ngeeeee. Tapi tidur ke???? Memang tidak lah kan. Exited extra hahhahaa

The Palace Aonang Resort

Sampai sahaja resort, aku mula tergamam. Aku pandang Boss, Boss pandang aku dengan unhappy face, but aku cuba kawal keadaan dengan baiknya (eh jangan cakap aku kipas susah mati eh....). Tapi itulah, nama sahaja resort, but is more like hotel budget sahaja. Tapi pada aku hotel budget ke motel ke, as long aku boleh tidur, mandi dan rest as much as I can sudah memadai. Yang penting depan resort ada massage centre bersepah hahahha. Yaaaa, travelling is all about experience. Tak cuba tak kan dapat pengalaman kan. Therefore, don't stop exploring, the world is waiting for you. Eceeeh. Check-in settle, kasi refresh 1jam pergi cari makan, dan plan activity untuk keesokannya. Yeeeeeeha

Bangboo Halal Seafood

Jalan punya jalan, jumpa lah kedai makan yang berdekatan dengan masjid. Sambil-sambil jalan tu, singgah la booth collect pamphlet, yang boleh dibawa berbincamg di meja makan.  Weolls dah husha kedai makan ni dari dalam bas tadi. Kiranya dari resort, mengambil masa kurang lebih 30minit lah kalau jalan lenggang, jalan laju 20min sampai. Jauh eh? Kalau malas leh naik tuttut macam teksi lah, kat sini panggil tuttut . Relax laaaar nama pun explore jalan kaki sudah.

The Food : Bangboo Halal Seafood

Fuhhhh sedap giler makanan kat sini. Recommended sangat. Lagi-lagi ikan siakap masak lemon tu perghhhhh. Aku dok menaip ni terkecur-liur dibuatnya. Tak menyesal jalan jauh-jauh hahahah. Selesai makan, weolls ada buat game sikit lar, so siapa menang dapat reward. Make some fun, dan yang paling penting table weolls yang paling riuh.

Settle makan, walk back to resort, tidur dan tunggu hari esok. Yeay!

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

28/07/2017Write the caption... In love with mother nature
Get ready for breakfast !!! Untuk hari yang pertama ni, weolls pilih untuk island hopping and snorkeling. Semalam dah jalan-jalan dah collect pamphlet bagaikan, so weolls decided amik package dari Ao Nang Winner Travel. So we're ready for today woot woot

#kaklongtravel

Ao Nang Winner Travel

Masing-masing muka excited. Meet up point at Nopparat Thara Beach, Tub Island, Chicken Island, Poda Island, and last Phranang Cave Beach, we going to explore four island. Nasib baik semuanya kental dan tak mabuk laut.


Tub Island - Kat sini korang leh mandi manda. Waktu aku pergi, air tengah naik dan tak boleh nak ke seberang pulau yang dekat dan boleh ke seberang jalan je. Oleh itu, kitorang layan ombak laut dengan hati-hati.


Chicken Island - Sebuah pulau yang bila korang sampai je, ada structure batu dan pulau itu sendiri seperti ayam belanda. Mungkin sebab itu dipanggil Chicken Island. Kat sini, tak boleh buat, hanya untuk selfie je. Tak jauh dari sini, baru port untuk snorkeling. Nasib baik takde yang lemas, sebab panic dengan air. Macam biasa, snorkelling untuk 45min.


Poda Island - Waktu lunch, dan kat sini boleh mandi. Lunch weolls dah termasuk sekali dengan package. Jadi jimat, memandangkan masing-masing dah penat dengan snorkelling tadi, kat sini lebih santai sikit, dan lebih kepada banyak selfie. Dunia gadget, semuanya nak simpan sebagai memori.


Phranang Cave, Railay Beach - Di pintu masuk gua dikatakan tempat para nelayan meninggalkan offering untuk mereka memancing, supaya perjalanan selamat. Disini juga terdapat kaki-kaki rock climbing, yang gigih memanjat batu-batu. Syok pulak aku tengok. Dan tak jauh dari sini, dikatakan tempat untuk meningkat kesuburan para pasangan yang sudah berkahwin. Itu kepercayaan disini ye. Terpulang pada diri uolls nak follow atau tidak. Pun boleh juga kalau nak mandi manda disini. Air agak deras rrrr.

Dah seharian di laut, kulit pun dah legam Kikiiii, jadi marilah balik ke resort berehat dan get ready untuk makan malam.

 The Food: La Casa 

Kali ni, kita berjalan di area beach. Sambil-sambil kita husha barang untuk dijadikan souvenir, sambil husha barbie doll yang bersepah depan Mcd kat sini, sambil tu juga lah kita husha kedai makan. Mabuk laut tadi tak habis lagi, rasanya nak pulak makan malam beranginkan angin laut. Eceh.... Makanya we pilih lah La Casa Restaurant. Restaurant ni, lebih kepada Italian food, tapi weolls ni tekak kampung nak makan la seafood. Tapi rasa makanan kat sini hampeh oh, mungkin bukan signature diorang. Tapi syukurlah ada makanan untuk dimakan malam ini. Macam biasa, ada game lagi malam ni. dan seperti semalam ada rewards menanti creativity masing-masing uhuuu

Family Massage 

Dah penat snorkeling dan rescue orang tadi kan? Marilah kita longgarkan urat-urat yang mengejang. Kat sini bersepah massage centre, tak perlu nak pening-pening, masuk je sure kena layan hihiii.

Sudah sedap badan? Pulanglah ke resort dan tidur haha

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

29/07/2017 - Exploring ... I'm in love with mother nature 
Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandiiiiiiiiiiii. Aktiviti di terukan masih lagi dengan taravel agensi yang sama, Ao Nang Winner Travel. 

Wefie sementara tunggu transport


Perjalanan dari resort ke sini, mengambil masa kurang lebih 1jam. Sempat lagi la kalau nak tidur dalam van. Dan perjalanan dari tempat letak kereta nak ke Hot Stream, pun kurang lebih 30min. Ikut pada kepantasan uolls berjalan. Aku cuma takat rendam kaki aje kat sini, sebab nak berendam, semua area penuh. Tapi, aku ambil kesempatan berurut dalam hutan ni. Ada massage juga kat sini tau.

Lepas sahaja Hot Stream, masih lagi dikawasan yang sama, berjalan ke Emerald Pool melalui Sra Merakot. Kat sini lah bila kau berjalan tu kau dikelilingi dengan air warna hijau, tak pasti kalau air tu semulajadi atau pun buatan manusia. Kiranya berjalan kesini macam kau buat jungle trekking, trek yang disediakan oleh pihak management gak la.

Sampai Emerald Pool, nah penuh umat berendam dalam tu, aku macam biasa amik gambar semua orang je. Hahahaha. Adik-adik aku semangat la nak berendam, aku rasa malas nak berendam, peluh jantan pun menitik hebat masuk ke hutan ni. Lol. Sebelum ketempat yang seterusnya, lunch dah termasuk dalam package. So makan duluuuuuuuuuu

Selesai disini, naik van untuk ke destinasi yang seterusnya, Safari Elephant. Dan kali ini, kita masuk kawasan kelapa sawit yang menempatkan beberapa ekor gajah yang uolls boleh tunggangi. Seekor gajah boleh naik dua orang. Jadi bolehlah share bersama-sama. Selesai je pusing-pusing, uolls akan dijamu dengan nenas yang manis. Sungguh aku tak pernah rasa nenas semanis disini sepanjang kehidupan aku.

Selesai! Mari pulang untuk makan malam.


Sebelum makan, kita ambil angin petang di pantai Ao nang. Konon2nya nak tengok sunset, tapi cuaca agak mendung, makanya bantai bergambar ajelah. Oh ya, kalau scroll kat atas tu aku ada cakap pasal barbie doll kan? Sedikit berhati-hati dengan mereka, sebab kalau uolls nak bergambar dengan diorang boleh, tapi kalau diorang dah pegang handphone tu, diorang akan tengok berapa banyak gambar yang diambil dan berapa orang barbie doll terlibat dan dikenakan bayaran. Bukan sesaja ajak selfie ok. Sebab mulanya nak bergambar bersama, tapi bila setiap yang bergambar dengan diorang kena token, errrr ok lupakan. Hahhahaa

Bangboo Halal Seafood

Sebulat suara masing-masing nak makan kat sini, jadi seraaaaaaaaaaaaaang. Selesai makan selesai game, kami terus ambil tuttut untuk ke Krabi Night Market. Agak jauh dari tempat kami, dan rasanya dah lewat waktu kami sampai. Jadi kat sana masing-masing shopping!!!


Selesai disana, mari pulang. Macam biasa sebelum balik, aku pun pergi berurut. Settle, balik tidur dan bersedia untuk pulang ke Malaysia esoknya.

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

30/07/2017 
Snorkelling sudah, shopping sudah, collect memoeri pun sudah, tiba masa untuk pulang. Waaaaaaaa sedih pulak ye kan.

We're Bamz Angels. Sawadikaaap 

Sekian sahaja cerita Krabi. Kita jumpa lagi di cerita travel yang akan datang.

Xoxo

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs