PART2...
Trip itinerary: 30th October 2014 = DAY2
|| Walk and exploring MRT from end to end
|| Lunch Banana Leaf $4
|| Coffee $15
|| The Garden by the bay FREE
|| Flower Conservatory+Cloud Conservatory $28
|| Walk at Marina Barrage
|| OCBC Sky Way $5
|| Light Show FREE
|| Italian food river side $100
|| Walk and exploring MRT from end to end
|| Lunch Banana Leaf $4
|| Coffee $15
|| The Garden by the bay FREE
|| Flower Conservatory+Cloud Conservatory $28
|| Walk at Marina Barrage
|| OCBC Sky Way $5
|| Light Show FREE
|| Italian food river side $100
Morning Singapuraaaah
Kalau semalam, aku pusing bandar Singapore ni menaiki kaki, bas, MRT dan teksi (dah pancit dah tu pasal naik teksi, nasib baik tak tertidur), hari ini aku sambung lagi perjalanan aku dengan menggunakan public transport lagi. Kereta biar dia dok plot parking tu diam-diam.
Kredit Google.
Oh ya, kalau bawa kereta kan, korang kena beli parking tiket tau, dimana parking tiket tu korang leh dapatkan dekat mana-mana 7E berdekatan. Kau koyakkan timing, date, tahun kau kat tiket tu pehtu kau letak je la kat dashboard. Pastikan timing kau tu betul. Kalau tak pandai-pandai lah cari kat mana kereta kau berada. Jangan pulak koyak sampai 24jam, office hour aje dikenakan charge. System tiket parking ni dah ada kat Malaysia, kat Penang dah buat, Shah Alam pun ada, kat Melaka pun ada. Agak old fashion, tapi untuk jangka masa yang lama, pada aku system tiket ni tidak membazir dan menjimatkan. Tak payah nak bergantung dengan mesin syiling yang nak kena buat maintenance. Kan kan... Pehtu, rata-rata parking plot kat sini memang ada tanda parking. Yang takde tanda tu, jangan memandai yaaai nak parking. Tau tau dapat surat cinta dari seberang. Hihiii
Hari ni nak pusing dari end ke end MRT tu. Sesambil boleh cari makan dan cofeeee. Yes!
Okeis kita selfie sementara menunggu kedatangan MRT. Nampak aku pakai sandal tu kan. Semalam aku pakai kasut biasa tetapi disebabkan aku berjalan ke pelusuk jalanan kat sana sini, dan kasut itu telah memakan kaki ku. Cis bedebah. Tidak tahan lasak rupanya kasut itu. Jadi, aku sarankan kalau nak berjalan sana sini or dimana-mana sekalipun, sport shoes adalah yang tebaik!
Disebabkan kena berdiri dan MRT penuh (yelaaa time orang pergi kerja kot) maka kena berdiri dan aku pun melayan keindahan alam yang panas dan tetiba hujan. Sedang elok la tu hujan turun, sejuk sikit muka bumi ini. Amiiin.
Waktu makan tengahari... Jalan punya jalan punya jalan, satu kedai ni penuh dengan orang siap berbaris panjang dari dalam kedai sampai luar kedai. Aku pun jenguk-jenguk kedai. Ohhh banana leaf rupanya, mesti sedapkan sampai beratur kat luar kedai. Apa lagi sapedek chaaaaa hahhaa. Nak juga aku rasa makan banana leaf kat sini. Sungguh memang marvellous!!! Hanya $4. Murah kan?
Cerita kedai kopi hei cerita kedai kopi... Dah kena kari kita cari kopiiiiiii
Si tegar coffee macam aku ni (sehari tak kena coffee macamkan lupa mandi rasanya hekhek) mesti mengiler macam aku ni. Next road to road area sini memang melambak giler coffee cafe. Siap boleh run business yang sama sebelah menyebelah. Tabik spring roll toik toik tau. Tak mahu peningkan kepala untuk pilih yang mana, adalah lebih baik buat research terlebih dahulu. Kat sini aku sediakan link untuk korang pilih, kedai mana yang korang nak terjah. Klik Cafe Hopping Singapore. Aku pilih Jewel Cafe and Bar yang terletak di Ragoon Road.
Coffee latte di memang up!!!! Mesti terai. Dua cup hanya $15. Arghhh bungkus boleh?? Dalam banyak-banyak aku pilih Jewel Cafe and Bar. Kenapa Jewel Cafe??? Tak ada specific kenapa nak melepak kat sini. Cuma lebih kepada keterujaan aku dengan dekorasi cafe ini sendiri. Sedari luar, nama Jewel itu sendiri nampak solid. Lagi dengan element yang ada kat dalam kedai ni buat lagi fresh. Tambahan permainan warna yang aku rasa nampak cosy dikala malam buat suasana kedai lebih romantik. Tapi, aku jejak diwaktu siang, feeling romantic tu tidak berapa nak hade la kan. Hahhaaa.
Hari dah nak petang, namun cuaca panas terik bahang. Marilah kita duduk kat tempat sejuk dan berekon. Sempat lagi nak selfie king kong ni dalam MRT. Hai si gemok *wave
Satu satunya aku rasakan idea yang bernas. Singapore semua orang tahu tiada hutan. Dan mereka mencipta hutan buatan sendiri. Buktinya, dengan adanya Gardens by the Bay ni. Jalan je kat sini, sana sini orang dah sibuk jogging dan berbasikal. Erk.. Kehidupan disini sangat healthy! Mereka memupuk minda kita, yang sekarang ni mengalami perubahan global dan panas, dan kehidupan yang sihat. Dimana, kita memang memerlukan udara, pokok, tanah, angin dan hujan untuk melembapkan setiap isi bumi ini supaya tak panas. Bertapa pentingnya, flora dan fauna ini untuk kehidupan seharian. Untuk terus bernafas dan mengirup udara yang segar, nyaman dan tidak berapa panas. Memupuk minat untuk menyayangi alam sekitar dan alam semulajadi. Teknologi bergabung dengan kepentingan sejagat. Itu bagus! aku yakin, Malaysia boleh buat juga kan. Mmmm
Dah berpanas, sampai peluh jantan keluar, marilah masuk ke Flower Dome. Segala macam bunga ada kat sini.
Cloud Forest. Salute. Peliharalah hutan kita, jangan la ditarah demi mengejar pembangunan. Oh Malaysiaku. Datang ke Singapore, jangan lupa singgah sini, Flower Dome dan Cloud Forest. Masa aku datang tidak untuk masuk kedua-dua tempat ni hanya $28 seorang. Puas hati dan jangan risau panas, dalam ni sejuk!
Tak lepas peluang untuk ke Marina Barrage. Apa aku nak cakap kat sini, speechless. Kalau lah aku tahu begini keadaan petang di Singapore, aku memang pakai sport shoes dan join jogging and walk beramai-ramai. Atau aku boleh sewa basikal dan kayuh dengan aman. Mmmm
Sebelum balik. Marilah ke night show di OCBC Sky Way. Tak ada apa disini, cuma music performance bergabung dengan lampu lampu. Dan, pada yang tak gayat, boleh la naik sky way tu. Hanya $5, sedang aku nak bergambar kat atas ni, bateri camera pun habis. Apa pun tak boleh dan aku pun cepat-cepat jalan sebab aku memang gayat. Argh minta nyawa. Lagipun hanya ada 5minit masa dibenarkan untuk melalui sky way ini. Dan, pada yang nak datang last show pukul 8malam. Lepas tu kaunter tutup.
Makan malam dan pulang! Exhausted!
To be continued...
XOXO
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^