♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, April 17, 2014

FOTD: G3 Kitchen & Bar, Bangsar Baru

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Ini cerita minggu-minggu-minggu-minggu-minggu yang lepas. Tapuk dalam draft aje. Takde masa nak kasi habis. Oleh yang demikian, masa rehat ini aku manfaatkan dengan menulis. In the mood la konon. Hahaha.

Vote for G3 Kitchen & Bar di Bangsar Baru. Yes! I want vegetarian burger please.

Vegetarian burger??? Sound unique ye kan. Aku pun tak terfikir yang burger tu boleh diadun/buat/masak menggunakan pelbagai jenis sayuran. Aku cuma bayangkan burger vegetarian tu hanya roti dan salad dan tomoto dan sos. Sesimple itu. Tapi siapa sangka yang sebenarnya tidak la seperti apa yang aku bayangkan. Dan rasanya lagi memang terangkat.

Kita mulakan dengan minuman...


Taraaaaa sudah terang lagi bersuluh ini pulak aku show dengan nyata, I'm not alone here. Wink wink. Biasa la kalau kita pergi mana-mana restaurant, kita akan dapat minuman dulu. Pun begitu sebelum disedut, cepat-cepat aku snap gambar. Kalau tidak tinggal separuh gelas dah. Sebab apa? Rasanya sangat sedap giler tau! Kita namakan dia healthy drink, left is Ginger and right is Apple juice. Price? Aaaaa sorry lupa pulak. Next...

Ini cerita sedih ni. Video yang aku rakam tak support handphone aku waktu ni. Maka dengan itu keseluruhan gambar yang aku ambil tidak dapat diselamatkan. Yang ku mampu gambaran yang masih ada didalam memori otak aku ni. Ternyata tidak cukup bahan penulisan ye kan. Tidak mengapa itu maknanya aku kena datang balik ke sini. Oke ayat sedapkan hati sendiri. Bagoooos.

Secara ringkasnya...

First time aku masuk ke dalam kedai ni, aku terasa teruja sedikit. Teruja bukannya apa. Dekorasi dalam kedai ni yang berlainan dari kedai- kedai makan yang biasa aku jejaki. Dengan memperkenalkan open store concept dan open door kitchen, membuatkan aku selesa dan dengan selambanya menjamu mata bagaimana persiapan untuk menghidangkan makanan terus dari dapur (yang sebenarnya husha-husha kot-kot ada chef yang handsome). Jangan tak percaya, chef yang memasak kat dapur itu jugalah merupakan owner kedai ni. Zaman sekarang ni, jarang tauke kedai duduk kat dapur. Lebih suka duduk kat kaunter dan arah-arah staff dihadapan. Heh! Pun begitu, aku salute pada tauke. Semoga terus maju didapur hiks.


Seterusnya sebelum kita teruskan dengan main menu, kita jamu mata dan perut dengan appetizer. Garlic bread. Masa order, aku just assume yang garlic bread ni lembut. Bila sampai aje roti itu, bau semerbaknya memang menambah-nambah selera nak menjamah. Tapi bila makan dan patahkan, keras pulak. Silap aku jugak, order tanpa minta sup. Memang tak order sup pun, sebab macam aku tuliskan tadi, aku assume roti itu lembut. Ada kan garlic break rotinya lembut. Nah! Lain kali datang kena order soup. Cicah dengan mushroom sup terangkat sekali lagi. Next...


Main course Vegetarian Burger. Kat sini, satu lagi frust. Sebabnya aku ambil video juga. Lepas tu take for granted yang aku dah save video tu. Susah-susah aku godek isi kat dalam roti tu untuk kasi terliur orang. Bak aaang!!! Aku tak save okey. Niat tak bagus memang tak diredhai gitu. Memang kena repeat balik la kan. Okey aku cerita pasal burger ni. Sebelum tu, sungguh-sungguh aku nak pesan, datang makan kat sini, pastikan perut tu kosong dan benar-benar lapar. Sebabnya portion kat sini besar-besar belaka. Kalau tidak, memangnya tak habis la apa yang kau orang makan. Jangan membazir.


Closed up kasi cantik. Perasan cantik blur pun ada gak kan. Lol!!! Yang kerinting-kerinting tu bukan kentang tau. Tetapi cendawan bulat yang dirombak menjadi kerinting-kerinting ala-ala kentang goreng gitu. Masuk mulut kunyah dengan nikmat, terasa nyamannya masuk ke dalam tekak. Lepas tu, tang burger tu pulak, patty yang digunakan adalah cendawan bulat. Kalau sekali imbas, memang nampak macam patty burger bakar. Warnanya dah seakan-akan sama. Dimampatkan lagi dengan slice tomato nipis diatas dan bawah. Rasanya lemak-lemak masam tu memang perghhh sodap tau. Amboi aku menulis pun dah terliur. Kau orang yang baca rasa apa? Rasa nak lari ke restaurant ni kan. Hah pergi la tak rugi noks!

Terjahla bila kau orang senang.

G3 Kitchen & Bar,
No19, Jalan Telawi 3, 
59100 Bangsar Baru,
Kuala Lumpur.
Tel: 603 2282 9019
Opening Hours: Mon-Fri, 11am-12midnight Sat&Sun, 9am-12midnight

Sekian!

TATA

Monolog: I'M BLESSED TO HAVE YOU OMEEI ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs