♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, February 15, 2014

Love The Nature: Saga Hills, Cheras 03-02-2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

CNY holiday Part2...

Semakin kita maju, semakin kita lupa akan kepentingan menjaga alam semulajadi. Semulajadi yang tidak perlu kita susah payah untuk membentuknya. Hanya perlu untuk kekalkan/menjaga dengan sebaiknya. Yang terjadi dan terbentuk seawalnya sebelum kita bukakan mata. Kalau pun kita mampu membina/menghasilkan satu hutan yang indah, ianya akan mengambil masa yang amat lama. Belum tentu berpuluh-puluh tahun kehidupan, terhasilnya hutan/bukit/gunung yang indah.

Semakin maju, semakin kita lupa untuk kekalkan kehijauan yang memberikan banyak makna dalam setiap inci kehidupan kita.

Sayangi sebelum terlewat...


Petikan yang aku petik dari facebook aku. 

Dah baca entry yang lepas-lepas? Bagooos! Cerita aku banyak bab-bab hutan la kan. Jangan jemu, teruskan aje membacanya.

Dah settle Broga Hills, aku terus shoot ke Cheras. Kali ni aku nak naik Saga Hills pulak. Amboinya dalam sehari naik dua bukit kau. Mampu? Mampu la deh, kalau memang kau tak rush untuk hal-hal yang lain. Kalau memang kau free dan takde temu janji dengan sesiapa. Kalau pun memang hati kau lebih tertarik untuk aktiviti outdoor dari yang lain-lain. Yang penting, selagi kau ada stamina yang kuat untuk mengharungi, bukan takat satu bukit, berbukit-bukit pun kau boleh. Itu pun ketinggian bukit tu bukan la macam tinggi gunung ye kan. Kena ambil kira juga tu. Kalau tak mahu kau tidur berhari-hari dalam hutan tu. Kau mahu??? Aku mahu!!!


Berbeza dengan Broga Hills. Mula-mula kau masuk ke dalam Saga Hills ni, kau kena mendaki kurang lebih setinggi 10tingkat apartment. Nah bagi aku yang memang dah masuk training hampir 4bulan, tiada masalah bagi aku untuk naik keatas. Tetapi, tercungap-cungap itu masih disitu la deh. Jangan la nak jadi super women sangat sampai tak terasa kesemputan tu. Lagi-lagi bila kau dah stop dari mengambil nicotine secara drastic, surely jantung kau akan lembik sedikit, tapi mampu untuk memperolehi stamina yang cukup. Pokok dan daunnya, diri kau sendiri yang nak mengubah dan melawan keadaan.


Di Saga Hills, sepanjang perjalanan aku akan jumpa Apek yang dalam lingkungan 50-70 tahun masih active dan yang penting usia mereka bukannya penghalang untuk mereka menerokai bukit yang berada dikawasan perumahan mereka ini. Sedari dulu, aku memang kagum dengan bangsa cina ni yang rata-ratanya akan mementingkan kesihatan. Tidak kira la dimana sekali aku beriadah, bangsa cina yang menopoli kawasan riadah tu. Dapat aku lihat, persen (%) bangsa yang ada kat sini diantara melayu india dan cina. Sangat jauh berbeza. Mana pergi bangsa yang lain? Sibuk shopping barangkali.


Disebabkan kawasan ini berdekatan dengan kawasan perumahan, dapat aku lihat mungkin mereka mengadakan komuti sesama mereka untuk menjaga khazanah yang tidak ternilai ini. Terbahagi kepada 6 section, setiap satu section memperolehi kawasan rehat dan rawat yang sudah tersedia rapi. Pun begitu, walaupun mereka menyediakan kawasan kecil untuk senaman yang seakan-akan gymnasium, dimana mereka menggunakan kayu sebagai bahan angkat berat (dumbbell), tetap aku rasa kawasan ini tak sepatutnya menjadi seperti ini. Pada pendapat aku, khazanah semulajadi ini tidak perlu diubah menjadi seperti gymnasium yang ada diluar/bandar. Ya, mungkin bezanya didalam hutan ni lebih fresh berbanding dalam gym yang bersuasanakan retro/disco dan ber-aircond. Tetapi, tidak kah mereka terfikir, terbukanya kawasan yang kecil ini menjadi satu kawasan yang besar, telah merosakkan satu-satunya yang mungkin menjadi satu kawasan yang jauh lebih menarik sebelum ianya diubah. Bagi aku, semulajadi seharusnya dikekalkan.


Bila sebut bukit/gunung/hutan berbezanya kawasan pendalaman yang belum diterokai manusia secara rawaknya adalah deria. Bermula dari deria mata, telinga, dan seterusnya bau menimbulkan nikmat yang tidak akan diperoleh dimana-mana kedai perfume. Kalau sudah nikmat itu hilang hanya kerana rakusnya manusia untuk memperoleh 'kebaikan' kononnya dengan mengubah struktur yang ada, aku percaya 10tahun akan datang, tiada lagi bau-bauan yang menarik bila masuk ke Saga Hills ni. Macam pengalaman aku, masuk section yang ketiga, baru aku jumpa bau yang memang aku mahu setiap kali aku masuk ke dalam hutan. Kenapa bau itu muncul ketika berada di section tiga???? Sedih! Sedih betul aku.


Tak jauh sebenarnya satu section ke satu section. Kurang lebih bezanya 30min-45min. Mengikut gaya dan langkah yang dibawa. Aku yang sudah injurt dari awal sebelum naik ke Saga yang aku peroleh kesakitan dari Broga Hills, sememangnya akan melenggang-lenggang kangkung bila masuk ke dalam ni. Berbekalkan air 1.5L dalam back park aku tu, cukup la untuk mengisi dahaga. Kalau jenis yang cepat lapar tu, bawa la energy bar/chew untuk diratah. Tapi ingat jangan pulak disemakkan kawasan yang indah ini dengan membuang sampah makanan tu. Tak berbaloi tau.


Dan aku pasti akan kembali ke sini sekali lagi.

Terima kasih Allah dengan kesempatan ini.

Bye!

Monolog: Kau perlu tahu apa yang kau mahu 

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs