♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, January 22, 2014

Love The Nature: Gunung Rajah, Bentong Pahang #VTrek

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla readers! Merindui cerita aku kah? Vaaaahvaaaah super duper kepoh la kau orangs ini. Cop cop terasa itu bagus, masih mempunyai naluri kemanusiaan. Syaaaabaaaas inspector sahaaaaab :))

16-18January 2014 yang lepas, aku telah selamat meredahi Gunung Rajah, Bentong Pahang. Mountaineering yang pertama dalam hidup aku. Untuk pengetahuan kau orang, keputusan untuk menyertai VTrek mengambil masa yang sangat singkat, dan menyebabkan emergency leave disaat-saat akhir. Pun begitu, niat suci murni aku dipersetujui oleh adik-adik sekerja dengan aku yang akan mengantikan tempat aku seketika, selama pertapaan aku di pergunungan itu. Sokongan padu Puan Boss yang memang merestui pemergiaan aku untuk pertama kalinya, sangat-sangat diluar jangkaan. Aduh sedih pulak bunyinya. Tidak payah bersedih, marilah lari dari kesibukan kota yeeeeeha!


Lets start the story!

Sebelum jemari aku menari dengan lebih laju, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih buat gang VTrek, yang sudi menerima kehadiran newbie macam aku ni untuk turut serta dalam aktiviti mountaineering  kali ini. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Boleh ke lepas ni, saya join korang lagi???? Boleh laaaa boleh laaaa boleh laaaa ye. Pertama kali dalam hidup aku, melibatkan diri dengan aktiviti outdoor yang extreme. Aku nak puji diri sendiri niiiii. Aku terasa bangga menjadi Noryn Mohammad Kodari. Gunung Rajah telah ku tawan, walau bukan sampai ke puncak hehheee.

Sesungguhnya, meredahi gunung-ganang ini adalah pertama kalinya didalam hidup. Tidak pernah sama sekali aku bercamping sekalipun dihutan. Camping ditepi pantai itu, biasa la deh. Aku dan pantai dan sungai tidak dapat dipisahkan. Kami berkawan rapat hehee. Tidak pernah sama sekali aku meredahi hutan gelap-gelap berbekalkan head lamp aje. Apatah lagi, sepanjang perjalanan basah disirami air hujan yang menguji tahap kekuatan mental. Trek yang aku lalui, bukanlah trek yang telah tersedia selesa untuk berjalan. Tetapi aku meredahi trek yang berakar-akar, berbatu-batu dan bersungai. Nah! Diluar jangkaan oke.

Memang takde bukti yang dapat aku tepekkan kat sini, kerananya aku rasakan kurang sesuai untuk aku meredahi sambil bergambar, yang termampu aku menghayati ciptaan yang Esa. 

Sepanjang perjalanan diwaktu malam, dapat aku rasakan dengan mata hati bertapa damainya ciptaan Yang Esa. Sambil diterangi cahaya bulan penuh yang malap, bunyi air sungai yang mengiurkan, rintik-rintik hujan yang menyenangkan, percayalah tidak terdetik pun rasa takut dalam diri. Yang muncul adalah, apa lagi yang akan aku jumpa dan lalui dihadapan. Teruja itu adalah perkataan yang terbaik.


Bila sudah basah, sejuk basah sejuk, makanya aku mudah diserang cramp, diserang semput. Oh kau! Semput keee. Alhamdulillah, tak semput bila aku kesini, tetapi cramp yang kurang menyenangkan membuatkan segala iron positive aku drop dengan kadar segera. Bila sudah drop, aku terus give up. Memandangkan, aku kecundang setibanya aku di Kem Lata Naning, maka dengan ini aku menjadikan kem ini sebagai destinasi rehat dan rawat aku hahahaa.


Air yang tenang jangan sangka takde apa-apa. Heheeee itu nasihat dari SK ngeeee.


Syok kaaaan. Damai aje. Ada chance mahu datang lagi. Nak datang sorang-sorang tu, memang tidak la aku sampai dan cam laluan-laluan yang ada. Tapi kalau dah berkali-kali datang, Insyaallah aku boleh ingat la kot. Kottttt. 


The guys are ready for next peak. Dalam hati, aku teruja nak ikut, tapi aku tak mahu masalah lain yang berlaku makanya adalah lebih baik aku diam diam rehat di kem ini. Sobbs


Boleh aku katakan, untuk mountaineering ini memerlukan stamina dan fizikal yang kuat. Bukan hanya cukup ala kadar untuk merempuhnya. Bayangkan sahaja, bila kau kena melangkah sedepa tangan untuk naik ke atas. Cerun jangan kau cakap, boleh jatuh tergolek ke bawah dibuatnya kalau kau hilang focus. Dari memanjat akar, melewati batu-batu berlumut, menyeberangi sungai kecil, dari kering ke basah, dan kering dan basah lagi. Aku yang sememangnya alah dengan kesejukan, merasa bangga bila aku dapat harunginya dengan tenang, walaupun diakhirnya aku kecundang kerana tak mampu lagi bertahan. Satu kerugian yang aku rasakan tidak patut berlalu dimasa yang sangat berharga ini.


Sehingga kita berjumpa lagi!

Bye

Monolog: Sepakat membawa berkat ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs