Waktu terakhir di tahun 2013? Dah sampai ke azam kau orang semua???
Bersyukur, aku masih bernafas dihari terakhir ditahun 2013. Syukur diberikan kesempatan untuk menikmati yang indah didunia ini. Bersyukur, bersyukur bersyukur, Malaysia masih aman. Hiks.
Ditanya tentang azam aku?? Seperti dua tahun yang lepas, aku tak simpan apa-apa azam. Lebih kepada mengikut keadaan semasa. Dari segi kesihatan, pekerjaan, perjalanan dan apa-apa sahaja yang membabitkan aku dan kehidupan aku yang telah ditentukan oleh-Nya. Omputih kata, follow with the flow.
Sedar tak sedar, aku telah meninggalkan banyak perkara yang manis, dan tak kurangnya yang pahit. Tidak perlulah aku huraikan apa yang manis dan apa yang pahit. Yang pastinya aku berasa selesa dengan perjalanan yang tenang itu. Pun begitu, yang tenang jangan sangka tiada rintangan. Rintangan yang ada, aku harungi dengan cara yang terbaik, walaupun otak dan hati berperang sesama sendiri.
Pun begitu, akan aku simpan yang manis itu sebagai sesuatu yang indah dalam hidup. Yang pahit itu pulak, akan aku jadikan pengajaran untuk kehidupan yang akan datang.
Cuma, aku berharap kehidupan akan datang lebih baik dari yang sekarang. Yang paling penting, aku mahukan kesihatan yang lebih baik, dan dipermudahkan segala urusan diatas ketidaksempurnaan aku yang kerdil ini. Berusaha untuk menjadi yang lebih baik di atas 'tiket' kemanusiaan.
Tidak sabar untuk harungi pengalaman baru di tahun yang baru. Masihkah aku bernafas???
Monolog: Bersyukur
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^