Masih mood raya...
Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf, pada keluarga sy MK's Ayah, Mama, adik beradik saya Mohdz Nasli Mohammad Kodari, Ezzy Gonzales dan Amir Farhan. Halalkan makan dan minum, maaf diatas kekurangan yang tidak tertunaikan. Tak lupa buat keluarga sebelah Ayah Mohammad Kodari, dan keluarga sebelah Mama Misripah (saya anak jawa :D). Juga kenalan yg mengenali samada yg ter-dekat, ter-sedang, ter-jauh diatas segala salah dan silap serta keterlanjuran bahasa, kebiadapan berbicara, keteroveran tingkah laku. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Saya juga tidak sempurna
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Rutin tahunan, yang pertama. Selepas solat terawikh yang terakhir, di kawasan perumahan MK's berlangsungnya aktiviti bertakbir di malam raya dari rumah ke rumah. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara kami sekampung. Seronok. Time ni aku duduk diam dalam bilik. Sebab, rumah yang kecil dipenuhi dengan ramai orang lelaki, makanya aku cepat rasa malu. Hehehe
Rutin tahunan yang kedua, sesi bergambar besama keluarga. Tapi, mana silapnya, rutin ni ter-skip untuk tahun ni. Insyaallah, raya haji nanti akan dilaksanakan.
Rutin tahunan yang ketiga. Seperti biasa setiap kali tiba hari raya, selepas menunaikan solat Aidilfitri, MK sekeluarga akan singgah menziarah salah seorang dari kami yang lebih dahulu pergi meninggal kami. Siapa yang mengenali kami sekeluarga, sudah tentu tahu akan rutin ini. Muhammad Zul Hafis, telah meninggalkan MK's 11tahun yang lalu. Kalau dia masih hidup sekarang, sudah berusia 19tahun. Kehidupannya tak panjang, janjinya dengan yang maha Esa, hanya setakat 8tahun. Semgoa Allah tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sudah tentunya, dia bahagia disana. Al-Fatihah.
Rutin tahunan yang ke-empat. Apa lagi balik kampungggggg.
Selamat hari raya semua...
Monolog: Maaf zahir batin ;)