Aku baru ada masa nak menulis. Trololol
21 April 2013 - Bila dijemput oleh tuan rumah untuk datang makan bihun sup buatan sendiri semperna meraikan hari ulangtahun mereka (walaupun ada yang tak tahu, tapi aku tetap tahu walau nampak macam tak tahu) bersyukur tak terkata, dengan rezeki terpijak. Sebelum pergi kerja, aku singgah ke rumah mereka. Dah dijemput, tak datang tak best pulakkan. Rasa macam terkejar-kejar pulak, aku cakap pada tuan rumah, pulang aku dari kerja aku singgah sekali lagi.
Sebenarnya, kepala hotak aku ni dah berlegar-legar satu plan yang sorang pun tak tahu. Hiks aku dengan kehendak hati aku, makanya jadi la apa yang terjadi.
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Jjai...
Happy birthday to you...
Gambarajah yang aku copy dan paste.
Kesempatan yang ada, aku datang semula ke rumah tuan rumah dengan sebiji kek sampai semua yang ada pun turut ter-surprise. Siapa yang kenal benar dengan aku ni, perkara sebegini tidak mustahil terjadi terutama sekali bab-bab ulangtahun kelahiran. Meskipun sudah sebulan berlalu, aku tetap mahu lihat si penerima tersenyum dan rasa happy. Aku akan pastikan aku akan menyambutnya walaupun hanya sebiji kek. Tradisi yang memang aku tanam dengan family, aku serap juga ke dalam SDF.
Ucapan dari aku untuk Jjai...
Semoga, kejayaan, kebahagiaan, kesenangan akan sentiasa berpihak pada kau. Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku. Derita kau, derita aku juga. Aku doakan kau yang baik-baik, dan moga persahabatan kita kekal sampai ke mati. Amin.
Bye!
Monolog: Tidak akan lupa
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^