09/03/2013-Sabtu
Setelah bertangguh-tangguh, akhirnya mengambil keputusan untuk menukar "kaki" Sexy yang semakin haus di ratah dek jalan tar. Sebelum mengambil keputusan untuk ganti yang baru, secara tak langsung sebagai seorang yang kurang arif tentang kenderaan automotive ni, I pun buat survey. Buat survey bukan setakat terjah dari satu kedai ke satu kedai tayar kereta. I juga akan bertanya pada kawan-kawan yang arif bab tukar menukar ni. Dapat kedai yang boleh kautim harga, lagi bagus. Jimat cermat membawa berkat.
Antara banyak-banyak jenama tayar yang ada dipasaran, I memilih tayar Continental. Entah kenapa, walaupun bukannya berpengalaman sangat, tapi mungkin disebabkan, pada awal penggunaan si Sexy ni, "kaki" itu yang dipakai maka, adalah lebih baik setia pada yang satu. Walau sebenarnya, tidak la berapa nak beza harga diantara tayar tayar yang lain.
Alhamdulillah, 3/3 urusan penting telah pun selesai untuk bulan ni.
Terima Kasih Ya Tuhan.
Monolog: AMIN
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^