Khamis yang lepas, I buat ujian darah dan air kencing. Setahun sekali pastinya I akan lakukan test ini. Berdebor-debor tunggu result. Dupdap dupdap cerennngggggggggggg <--- debaran jantung berkecai #eh.
Tepek sini, keputusan dan tahap cholesterol dalam darah milik diri ini.
Cantiknya tahap cholesterol itu. Hebatkan. Lepas ni kena kurangkan daging, kurangkan lelemak ayam, kurangkan kambing panggang. Tapi itu yang sedapkan. NO kurangkan untuk kesihatan diri.
Setiap kali amik darah, mestinya keputusan tang iron I ni kurang. Yes, I admit I kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan. Tapi jus, hari-hari minum pun I okey. Tapi tak cukup untuk naikkan tahap iron I. Jadinya, kena makan sayur berhijau yang agak pahit. Lidah tak betah la nak makan yang pepahit ni. Acaner, ada cara tak.
Yang buat I tambah risau adalah tahap gula dalam darah I. Disebabkan I ni suka minum jus, maka kandungan gula dalam setiap jus itu boleh buatkan gula dalam darah tinggi. But, Alhamdulillah masih ditahap yang okey. History keluarga yang ramai penghidap diabetes, buat I lebih hati-hati.
Jadi, sudah start kena pandang.
Bye!
Monolog: Segalanya untuk sihat!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^