Diulangi destinasi pilihan untuk tahun depan. Yang pastinya, cuti tahunan untuk tahun ini dibekukan. Bukan sebab dah habis cuti okey. Ada lagi sebelas hari yang disimpan untuk kegunaaan emergency. Hehehe. Raya? Raya I kena kerja sebab, salah seorang Angels Bamz ni cuti kawen. Ngeeeeeeee
.:: Hasil pencarian Google ::.
.:: Hasil pencarian Google ::.
Jika diizinkan Allah, I nak pergi Kundasang, Sabah. Ini gara2 Dejavu Di Kinabalu. Nak rasa kesejukan alam semulajadi kat sana. Yang tak melibatkan banyak aktiviti, tapi lebih kepada menikmati keindahan alam. Pemandangan gunung ganang yang menenangkan. Fuhhh nyaman terasa. Kali ini lebih berani, berani tak nak naik ke puncak Kinabalu tu. Hahaha
.:: Hasil pencarian Google :.
Jika diizinkan Allah, ingin sekali melakukan aktiviti snorkelling. Nak jumpa Nemo. Sebelum ini, pergi snorkelling di Sabah, kali ini destinasi pilihan, di dalam Malaysia sahaja. Pulau Tioman. Siapa dah pergi pasti nak pergi lagi kan. Kalau pergi kali ini, akan pastikan I ambil cuti panjang. Dan berharap saat nak pergi tu, takde yang cuti bersalin. Well, colleague I semuanya sudah pun berkahwin. Jadi faham aje la kaaan.
Cukup la berangan ke dua tempat, untuk entry kali ini. Esok lusa atau bila2 up lagi destinasi pilihan. Heheh
Oke bye!
Monolog: Seronoknya kalau dapat pergi kaaaan.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^