Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Jumaat yang indah. Bersyukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah.
Semalam, I berpeluang pulang awal. Walau ikut jadual, I kerja full. Disebabkan Puan Boss ada hal keluarga, jadinya tutup awal la. Yippi, bahagianya pulang awal.
Bila pulang, perkara yang biasa dilakukan bila sampai rumah adalah buka tudung saji didapur. Walaupun masih kenyang makan kuey teow tengahari tadi, tetap juga nak jenguk masakan Mama. Masakan Mama mesti dan selalunya sedap. Betul tak?
Mama puasa, puasa sunat. Jadinya juadah berbuka puasa beliau hari ini adalah Apam Kelapa. Sebelum ni, Mama cuba buat Apam Polkadotkan. Hari ni Mama buat cuba buat Apam Kelapa pulak. Gebu je rupanya.
Sedang I nak snap gambar Apam ni, Mama siap dok cakap...
"Nanti² susun cantik² dulu"
Hahaha presentation kena cantik eh. Tau je anak dara dia ni nak promote masakan dia.
I ♥ YOU MAMA.
Monolog: Bila nak pandai buat kuih T_T
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^