Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Hari pertama aku di Boracay, Philippine.
0430am aku dah bangun dari lena. Mau taknya ayam berkokok bertubi-tubi dari jam 0200am. Hahaha dan lagi satu, aku ni manusia yang susah nak tidur dengan lenanya bila beralih bantal atau tempat tidur. Jadi, untuk hari pertama ini, aku tidur-tidur ayam, sama seperti kokokan ayam di sini. Tapi yang sebenarnya, aku dah puas tidur dalam flight, dalam bas ahhahaha.
Memandangkan cuaca kat sini cerahnya lebih awal dari Malaysia, makanya aku decide nak tengok sunrise. Jam 0530am aku dah turun ke beach. Oh ya, resort aku duduk ni dekat dengan beach. Mana aku stay? Nantilah dah habis cerita baru aku up resort mana eh.
0600am Sunrise on the sea horizon
Selesai selfie, selesai ambil gambar pemandangan sambil melihat keadaan yang semakin cerah, marilah cari sarapan untuk breakfast. Aku stay sini sekali dengan breakfast, tapi pilih untuk jalan keluar untuk lebih memahami dan membiasakan diri untuk empat hari berikutnya. Cewah
0621am - Julie's Bakeshop
Kedai bakery ni tak jauh dari D'Mall Boracay. D'Mall adalah kawasan perniaga untuk jual barang-barang. Lebih kurang macam shopping area juga lah. Korang yang nak beli souvenir tu boleh lah datang kawasan ni. Area sini boleh dikatakan mahal juga. Sebab harga tetap dan tak boleh nak nego-nego harga. Selesai borong roti-roti marilah pulang ke sarang dan bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya. I tak sabar hahahaa.
Life is GOOD!!!
0930am aku dah bertolak ke White Beach menaiki tuttutt (public transport). Untuk hari ini, aku plan nak explore
Ariel's Point. Ada dua pilihan pada uolls yang nak join activiti di Ariels Point, samada korang beli secara online atau terus walk in ke White Beach ada kaunter pendaftaran di
Ariel's House Bar & Restaurant dekat Boracay Beach Club. Macam aku, aku terus beli dekat kaunter disini, dengan harga Php.25000 seorang. Harga ini termasuk boat cruise, BBQ lunch, unlimited beverages, cliff diving, kayaking, snorkeling dan juga gelang yang aku pakai macam gambar kat atas tu. Waktu register antara sebelum jam 1000am -1115am. Aktiviti bermula dari jam 1200pm hingga 1700pm akan pulang semula ke White Beach. Kiranya, seharian jugalah aktiviti di
Ariel's Point tu.
Ariel's House Bar & Restaurant, White Beach
Bangus Fish with Rice - recommended
Sementara menungggu boat untuk ke
Ariel's Point, sempat jugalah aku layan pemandangan yang indah, cuci mata sana sini. Sambil berangan-angan, sesambil menikmati sarapan pagi, Pineapple juice and Pancake maple syrup serta buah-buahan di tepi pantai ni. Wah bukan main mengancam menu breakfast ye kan. Well do, its a holiday, so lets enjoy the moment. Cuaca memang sangat-sangat panas. Siapa yang kulit sensetif tu, dinasihatkan pakailah sunblock 100++spf dan ke atas. Kalau tidak, ready lah muka korang rentung hangit terbakar. Hahahahah
1124am Yeay!!!! Boat da sampai
Sebelum bertolak ke destinasi, tour guide akan memberikan beberapa penerangan sepanjang berada di
Ariel's Point.. Perjalanan mengambil masa 30-45minit untuk ke
Ariel's Point. Jadi enjoylah permandangan atas laut biru ni. Tapi, boat dia bukan spead boat eh. Sepanjang aku kat sini, semua boat transfer dia sejenis old school sikit, jadi nak kata kau akan beralun kepeningan melawan ombak tu memang takde. Tapi kalau kau seorang manusia yang mabuk laut tu, memang takleh nak buat apalah ye. Tapi kalau kau datang dari keturunan kaya-raya, boleh la ambil private boat. Harga private boat aku tak tahu la pulak. Sorry ya, takde info pasal tu sebab aku memang tak plan nak ambil private boat. Oh ya! For the first time sepanjang aku travel, kali ini aku mabuk laut. Mungkin laut ini terlalu tenang nampaknya sampai aku rasa nak tidur. Hahhahaa
1207pm - Selfie on the boat
1230pm Here I am ahaaaaa aku exited giler giler gileerrrrrr. Memandangkan ianya activity air dan aku pun tak ready dengan swimming wear, makanya aku relax-chillex pergi tukar baju. Kawan-kawan satu boat dah terjun buat cliff dive. Aku? Aku sibukkan diri selfie dulu, sebab nak tunggu turn untuk cliff dive tu panjang beraturnya. Aku fikir, buat apa nak berebut. Masa kat sini panjang sampai petang, jadi elex r brother hahahah
Ready cliff dive 5meter
Cliff dive ada 3 level, 5meter, 8meter dan 15meter. Mana yang nak melawan fear diri boleh cuba kesemuanya. Disini, dinasihatkan untuk tidak tolak menolak, tunggu arahan tour guide yang ready dibawah baru boleh jump. Bila dah ready dah tenang, teruskan lah terjunan. Aku seorang yang gayat ni, amik masa gak lah nak terjun. Siap berselawat bagai! Wei kecut perut gak aku melompat kebawah okey! Sampai terpusing arah aku lompat. Orang lain lompat pandang kedepan, aku pi pusing belakang. Pasai apa, aku pun tak tau hahahaha. Pendapat peribadi aku, uolls kena try semua level, kalau tidak uolls akan rasa menyesal/ralat dan sebagainya. Tapi, jangan paksa diri kalau tak mampu nak buat tau.
I belanja view Ariel's Point
BBQ Lunch
1300pm waktu makan tengahari. Makanan dah termasuk dalam package. Hati-hati ketika uolls makan ye. Sebab ada tersedia makanan tidak halal. Jadi, bertanyalah pada guide yang ada. Kalau tak yakin tak payah makan ye. Boleh je uolls bawa jajan atau makanan uolls sendiri sebelum kemari. Persediaan awal masing-masing, ikut selera masing-masing juga tau.
Kayaking
1400pm selesai lunch aktiviti diteruskan dengan berkayak dipanas yang terik. Dah semakin gelap rupa aku ni ha. Kerana experience, aku redahi jua panas terik ni. Takde limit waktu yang ditetapkan untuk sebarang activiti disini
Ariel's Point. Jadinya, uolls boleh lah ulang-ulang segala aktivit yang ada. Selesai kayaking, aku enjoy snorkelling. Tapi tak luas sangat lah kawasan snorkelling tu. Pendapat peribadi aku, snorkelling kat sini so and so aje. Mungkin sebab aku dah penat back to back cliff dive tadi kot. Kikikiii
Ariel's Point - Good Bye
1630pm seharian disini, tiba masa untuk pulang. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Jauh dari kebisingan bandar, kedamaian yang sukar untuk aku gambarkan. Aku bawa pulang memori yang sangat bermakna dalam hidup aku. Aku rasa tenang, aku rasa bebas tanpa fikirkan masalah yang melanda. Aku betul-betul maanfaatkan percutian kali ini. Hahhaha, nampak syahdu giler ayat aku bila berlalunya boat meninggalkan perkarangan
Ariel's Point. Aku pasti aku akan datang semula. Siapa nak ikut? Mohon private message aku eh. Hahhahaa
This is my happy place
1700pm aku selamat sampai di White Beach. Hari semakin gelap, walau waktunya masih awal. Jadi, aku pun chillax, enjoy moment tepi pantai yang sangat la bersih ni. Sambil berjalan-jalan dipersisiran pantai ni, aku nampak block "Boracay Island" yang diperbuat dengan pasir. Konon-konon aku nak selfie la dekat block tu, tapi kena bayar la pulak. Jadi aku lupakan hasrat itu, dan aku hanya simpan koleksi dalam video aku. Tak payah la aku up video tu erk. Sorry ya, koleksi peribadi hahahahha
D'Talipapa seafood
1730pm jalan punya jalan perut pun terasalah lapar, dan aku pun pusing lah kawasan White Beach di Station 2. White beach ni ada tiga station, dan setiap station tu memang jauh la ye. Sanggup tak sanggup je nak jalan dari satu station ke satu station. Kat sini, korang boleh beli seafood fresh dan bawa ke restaurant untuk dimasak. Kiranya korang tinggal bayar upah memasak sahaja. Tapi boleh juga korang order dari kedai, tapi ikut harga kedai lah. Macam aku sengaja pilih barang mentah (seafood) aku sendiri dan bawa ke kedai untuk dimasak. Memandangkan aku ni suka makan udang, jadi aku balun udang dan lobster wakakaka.
I belanja you sunset ye
Prawns Garlic Butter, Prawns Grill, Sweet Chili Lobster
1kg (kurang lebih 30ekor) udang berharga Php.1500, dan 2ekor lobster Php.1500, dan upah masak Php.600, berserta nasi putih dan air pepsi makan untuk 2 orang. Berbaloi tak? Aku kira berbaloi, sebab aku pilih sendiri gemok tak gemok udang tu. Giler fresh seafood sini, padat isinya weiiii. Lobster pun macam tu isinya sangatlah manis. Aku tabik spring seafood padat sebegini hahahaha
Sudah kenyang? Marilah pulang. Aktiviti hari ini sangatlah memenatkan dan bertambah koleksi memori aku. Akan aku pastikan aku datang semula hahahah. Oleh kerana dah penat, resort yang dekat pun nampak jauh. Jadinya sepakat untuk sewa motor yang berharga Php.50 sekepala. Padahal dekat je boleh jalan kaki tau. Malam takde aktiviti tau. I tidur sampai esok pagi .
Bye!
Xoxo